Terpanggil untuk postkan entry ni, coz of situasi dunia sekarang yang banyak mendedahkan kita dengan masalah perilaku golongan remaja. Aku pun dah ada sorang anak remaja. Pompuan plak tuh. Memang pening nak pantau mereka ni, kalau tak kena gayanya. Memantau golongan remaja bukan senang.... umpama nak menarik rambut dari tepung, tepung jangan berserak, rambut pulak tak putus. Ibu bapa kita dulu boleh jaga anak2 yang ramai. Ada yang sampai berbelas2 orang dan berjaya dalam hidup masing2. Tapi kita sekarang nih....nak jaga sorang anak remaja pon dah pening kepala dibuatnya. Yelah, kehendak remaja ni pelbagai. Contohnya, nakkan handphone ; tak mau yang bese2 je, nak yang canggih2 (even mak ayah dia pun handphone tak secanggih mana)... Kalau kita tak sediakan, ia dah macam satu keperluan. Senang juga kita nak tau pergerakan dia. Tapi bila kita sediakan, takut disalah gunakan. Bukan all the time anak2 remaja ni berkepit dengan kita jerk...
~ Remaja seperti burung... selalu inginkan kebebasan dalam membuat keputusan...
Kadang2 kehendak mereka ni dah tak selari dengan tanggunggjawab yang sepatutnya. Yelah bila dah 24 hours dengan handphone contohnya...sampai nak mengulangkaji pelajaran pun dah terganggu dan tak ada masa.....hape kessss ???? Itu belum dengan internetnya lagi yang memang tersangatlah mudah sekarang ni untuk didapati.... Dengan free wi-fi nya, promosi broadbandnya dan macam2 lagi....Yang paling teruk interaksi dengan ibu bapa pun dah semakin kurang.... So, dalam hal ni siapa yang patut dipersalahkan.... Ibu bapa, kemajuan IT @ media massa ataupun anak2 remaja itu sendiri ???? Yang pasti it was related to each other... Sama2 lah kita ambil ikhtibar dan fikirkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan