UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 15 Jun 2010

BaPa .... AyAh ... AbAh...WaLiD ...PaPa ...DaDDy...

Sempena kedatangan Hari Bapa yang biasa disambut dalam bulan Jun, aku terpanggil untuk wat entry tentang bapa... Ataupun biasa dipanggil dengan gelaran ayah, abah, walid, papa, daddy dan mungkin ada yang lain lagi. Tapi inilah yang kebiasannya.


Tapi ape pun juga gelaran yang diberikan, peranannya tetap sama. Bertanggungjawab terhadap kita yang bergelar anak kepada seorang bapa.Kerana mereka inilah dan dengan izin-Nya jua kita lahir ke dunia ini.Berat tanggungjawab yang dipikul oleh mereka2 ini.


Membesarkan anak2, memberikan pelajaran dunia dan akhirat yang secukupnya, memberikan nafkah yang sewajarnya, mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi . Apa juga pekerjaan sanggup dilakukan untuk menjamin kebahagiaan dan keselesaan insan2 yang bergelar anak.







Ada yang bekerja di pejabat dengan suasana selesa dilengkapi penghawa dingin, masih perlu memerah otak berfikir untuk mempertingkatkan prestasi syarikat dan secara tak langsung produktiviti diri sendiri. Ada yang bekerja di luar pejabat, masih perlu berkejar ke sana ke sini, memberikan khidmat kepada pelanggan. Dan ada yang terpaksa bekerja di bawah panas terik, membanting tulang empat kerat... kerana hanya itu yang mampu dilakukan dengan kelulusan yang ada.



Tapi walau macam mana sekalipun bentuk pekerjaan yang dilakukan... tujuannya cuma satu... untuk mencari rezeki yang halal demi utnuk meneruskan kesinambungan kehidupan bersama insan2 tersayang, terutamanya anak-anak.
Macam aku... cuma sempat merasai tempoh yang singkat bersama insan bergelar bapa. Beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya ketika aku berusia 7 tahun. Walaupun singkat, tapi jasanya takkan dapat kubalas dengan apa jua bentuk sekalipun.Al-Fatihah untuk beliau...
So, sempena kedatangan Hari Bapa yang tak berapa lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada yang teristimewa, of course my hubby...MOHAMAD AZMI....Semoga menjadi bapa yang bertanggungjawab untuk anak-anak. Dan juga kepada semua yang bergelar bapa. Semoga terus sabar menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang bapa. Jasa kalian memang tidak ternilai harganya....

6 ulasan:

lily lotus berkata...

semoga arwah aman disana...

happy father's day untuk ur husband too!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

al fatihah utk arwah abah..

azzey berkata...

Lily lotus : aminnn, mudah2an... & thanks a lot...same to ur hubby also....

azzey berkata...

Areleez: Sedihnya....sayu sgt...klu lah kita ada abah lagi....

ArELeEz berkata...

relax la.. kite kan ade mak lg.. hu3..

azzey berkata...

Areleez: Yelah....syukur sgt2.... tp klu masih ada abah...lagi best....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs