UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 16 Jun 2010

InSuRaNs ..... LiNdUnGI DiRi DaN YaNG TErSaYaNG

Insurans. Satu perkataan yang cukup untuk membuatkan orang menjauhkan diri dari kita, bila kita bercakap tentangnya..... " Tak pe , lain kalilah, budget tak cukup......Tak payahlah, dah ada..... Beli benda makan lagi baik dari beli Insurans"..... dan bermacam2 lagi dialog yang bese kita dengar dan kita pernah gunakan bila bercakap tentang insurans. Seolah2 insurans tu sesuatu yang menggerunkan....

Tapi sebenarnya insurans is the important thing in our life. Samaada kita sedar atau pun tak. Di antara kepentingan insurans yang boleh aku simpulkan kat sini :-

  • Menyedari kepentingan menjaga kebajikan ahli keluarga dan kos merawat penyakit hari ini yang sangatlah mahal.....
  • Trend semasa...rata2 hari ini satu keluarga mesti ada satu polisi insurans sekurang2nya (if more than that, gud also)
  • Tahu tentang pentingnya insurans tapi tak begitu pasti tentang bagaimana insurans dapat membantu secara efektif sekiranya berlaku sesuatu musibah


~ Look at this picture.... our life can't expected. Anything can happend..... Bermula dengan cerah, tiba2 mendung, then panas terik....lastly gelap, kelam......

That's why we need insurans in our life. As a protection. Macam payung ketika hujan. Kita tak boleh nak jangka musibah atau perkara buruk yang bakal berlaku. Kalau tak takkan ada situasi....anak2 kecil keciciran dalam pelajaran kerana hilang tempat bergantung..... ibu2 muda yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi di bawah terik matahari sambil mengendong bayi kecil.... ibu2 dan bapa2 tua yang hidup mereka terbiar tiada pembelaan bila anak2 yang diharapkan sudah tiada lagi.....dan pelbagai situasi lagi.....

Dulu pun aku memang fobia bila dengar insurans ni. Pada aku orang saja jerk nak ambil kesempatan atas diri kita. But, based on my experience last time, working with Insurans Comapany..... telah membuka mata dan hati aku seluas2nya tentang konsep dan kepentingan insurans. Yang buat kita takut tu , sebab selalu dengar cite tak baik tentang insurans.

Sebenarnya semua polisi insurans tu bagus. Tujuan utama untuk melindungi pemegang polisi atau pelanggan. Yang silapnya bila komunikasi di antara pemegang polisi dengan perunding insurans atu dipanggil juga sebagai agen insurans tu yang kurang jelas.

So, sebaiknya sebagai pelanggan dapatkan sepenuhnya maklumat daripada agen atau cawangan insurans yang terdekat tentang polisi yang kita ingin beli dan sebagai agen mesti lah telus dengan penerangan yang diberikan. Jangan hanya memikirkan nak close kes.....Mesti ada konsep win-win situation . Pemegang polisi sewajarnya menyemak bayaran yang dibuat dan dapatkan resit rasmi bayaran. Dan agen pula jalankan tanggungjawab sebaik mungkin untuk membuat bayaran seberapa segera yang boleh setelah menerima bayaran daripada pemegang polisi....Barulah orang takkan pandang serong pada insurans lagi..... Sekarang pun dah pelbagai cara disediakan oleh syarikat insurans untuk membuat bayaran. Cthnya: potongan gaji, Auto Debit, Potongan melalui kredit kad, Post Dated Cheque, Arahan Bank (SI) dan macam2 lagi.....

So, tak ada sebab untuk kita menolak kepentingan insurans lagi dalam kehidupan kita.....

2 ulasan:

ArELeEz berkata...

tlg insuranskan saya, plzz.. heh3..

azzey berkata...

Leh jerk.. x de hal... Ibuy u pay...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs