UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 16 Jun 2010

MeNaRa JaM CoNdOnG TeLuK InTaN VS MeNaRa PiSa, ItaLi

Kali ni aku nak cite tentang 2 menara......

Firstly, Menara Jam Condong Teluk Intan. Dengan rasa bangga nye aku nak bagi tau pada sume ( yang dah tau pun aku nak bagi tau lagi sekali.... ) bahawasanya, menara ni terletak di bandar tempat tumpah darahku..... iaitu Teluk Intan. Menara ni dah jadi macam trademark kepada Bandar Teluk Intan. Talking about history...... menara ni telah dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Tingginya ialah 85 kaki dengan 110 anak tangga. Aku sendiri pun penah naik sampai ke tingkat atas sekali. Masa tu masih sekolah lagi, coz dapat tugasan untuk buat Kajian Tempatan. Sampai sekarang pun masih lagi jadi bahan tugasan para pelajar sekolah.

Dulunya, menara ni digunakan sebagai tempat takungan air sebelum terbinanya Tangki Air Changkat Jong. Ada 3 tingkat semuanya dengan dilengkapi oleh satu jam besar. Senibinanya pulak lebih kepada bentuk menara2 di Negara China ( maybe coz of yang membinanya pun seorang yang berbangsa China ).

Sekarang menara ni dah tak digunakan lagi tapi masih tersergam indah sebagai salah satu daya tarikan pelancong di Bandar Teluk Intan. Kawasan bawahnya pun dah dihiasi dengan landskap yang indah dan disediakan tempat2 duduk untuk berehat. Biasanya pada sebelah malam ramai orang yang datang sekadar untuk berehat2 dan mengambil angin malam..... Dulu pun masa aku masih kat kampung , setiap kali malam minggu, mesti tak lepas peluang lepaking kat situ....he3.....

Satu ketika, menara ni pernah juga digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.


~ Gambar atas : Menara Jam Condong Teluk Intan
~ Gambar bawah : Menara Pisa , Itali

Search by google


Secondly, nak cite sikit tentang Menara Pisa, Itali (sikit jerk coz aku tak penah pegi lagi)....he3.... Menara ini seperti yang aku search daripada internet... disebut juga sebagai La Torre di Pisa (The Tower of Pisa), merupakan sebuah menara loceng. Tingginya ialah 55,86 km dari permukaan tanah. Beratnya dianggarkan 14, 500 tan dan mempunyai 294 anak tangga. Walaupun nampak condong... tapi binaannya masih kukuh hingga ke hari ini......

So, persamaanya yang aku boleh buat ialah :

Kedua2nya tinggi, condong, mempunya loceng ( seperi Menara Jam Condong teluk Intan yang akan berbunyi isyarat jam pada setiap 1 jam ), kedua2nya pun merupakan tempat menarik dan menjadi daya tarikan kepada para pelancong.

Ape lagi.....musim cuti sekolah pun masih ada berbaki. Bolehlah bawak family ke tempat2 menarik seperti ini...Tak dapat pegi ke Itali....cukuplah dengan Menara Jam Condong yang ada kat dalam negara kita sendiri..... Sesungguhnya negara kita tak kurang hebat dengan tempat2 menariknya.....

2 ulasan:

ArELeEz berkata...

menara condong teluk intan lagik t'baik dari ladang, wokk..!

azzey berkata...

Betul betul betul...itu den suko...he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs