UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 31 Julai 2010

ProGrAm ImaM MuDa KeMuNcAk...... ImAm MuDa TeRuNggUL

~ Imam Muda Kemuncak Astro Oasis........30/07/2010......9.00 malam

~ Saat2 manis menerima trofi kemenangan sebagai IM terunggul Astro Oasis musim pertama

~ Wajah seorang IM terunggul.....IM Asyraf

Seperti yang dijangka, kemenangan berpihak kepada IM Asyraf sebagai Johan IM Astro Oasis musim pertama. Walaupun selepas tugasan di kampung masing2....IM Hizbur mendahului tetapi memang rezeki berpihak pada IM Asyraf juga.

Mungkin pengalamannya sebagai imam telah membantu anak muda yang berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang ini untuk membuktikan kehebatannya, selain kelainan hujah2 yang diutarakan, berjaya menarik perhatian juri. Markah dikira sebanyak 50% dari ujian bertulis, 20% daripada tugasan dan 30% lagi menerusi ujian secara langsung malam kemuncak ini.

Sebagai johan, beliau berjaya memenangi:

  • Sebuah kereta Exora
  • Wang tunai berjumlah RM20,000
  • Menjadi imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
  • Pakej pelancongan ke Indonesia
  • Pakej menunaikan haji dan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah
  • Telefon iphone
  • 1 set komputer riba Apple iMac
  • Sebuah trofi
  • Sijil penyertaan
  • Sijil pentauliahan

~ IM Taufek

~ IM Nuri

Pembuka tirai......alunan azan yang menyentuh hati oleh IM Taufek dan IM Nuri. Ternyata keduanya juga tidak kurang hebat sebagai Imam muda.

Selepas itu diteruskan dengan zikir Asmaul-Husna oleh 6 orang lagi pelajar IM, menambahkan lagi kehangatan persaingan IM malam kemuncak ini.

~IM Hizbur, Selaku Naib Juara Imam Muda Astrp Oasis musim pertama

~ IM Hizbur bersama isteri

~ Isteri IM Hizbur yang cantik manis........yang sentiasa mendoakan kejayaan suaminya

Dengan kemenangan IM Asyraf, maka Gelaran Naib Johan disandang oleh IM Hizbur, seorang guru tahfiz yang berasal dari Baling, Kedah. Kebolehannya di dalam bidang tahfiz membawa beliau hingga ke peringkat ini.

Tugasan terakhirnya sebagai pelajar IM ialah menyampaikan khutbah di kampungnya sendiri yang tidak pernah terfikir oleh beliau selama ini.

Dengan gelaran Naib Johan, melayakkan beliau untuk menerima:

  • Wang tunai sejumlah RM15,000.00
  • Pakej pelancongan ke Indonesia
  • Pakej menunaikan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah
  • Telefon iphone
  • 1 set komputer riba Apple iMac
  • Sebuah trofi
  • Sijil penyertaan
  • Sijil pentauliahan
Yang memeranjatkan lagi bilamana, kelapan2 orang pelajar IM yang terkeluar juga telah menerima biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah seperti mana Juara & Naib Juara! Diharap program ini akan disambung lagi untuk musim yang akan datang.

4 ulasan:

ardinihumaira berkata...

sejuk perut mak mengandungkan dia ;)

azzey berkata...

ardinihumaira: hati si ayah plak.....pasti berbunga2....gembira...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

org tgk part azan tu jer.. pastu, dah.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........... he3..

azzey berkata...

Areleez: mmg fail.....temuduga jd bilal masjid if mcm tu!!! ha3.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs