UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan kembung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Pedas Ikan kembung. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Ogos 2010

MENJADI JUGA ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG AKU !

~ Bahan2: Bendi, Tomato, Bawang besar, Kunyit hidup, Halia ,Daun kesum........Dan Ikan kembung (lupa nak snap gambor......hu3)


Untuk menu berbuka semalam, menjadi juga plan aku nak masak Asam Pedas Ikan Kembung. Aku memang sker makan Asam Pedas. Selalu nyer makan yang my mum masak. Kalau tak pun beli yang dah siap jerk. Dah lama aku tak masak sendiri Asam Pedas ni. Tapi semalam rasa macam nak asah balik bakat 'chef' aku.......ha3.....Itu pun just try jerk.....dan cuba recall balik apa yang pernah my mum masak!

Bahan2 nyer macam bese jerk:-
  • Ikan kembung ( 2-3 ekor)
  • Cili kering (10 biji - dikisar)
  • Bawang besor (1 - 1 1/2 biji .....ikut saiz, kalau besor sangat, 1 biji pun dah cukup -dikisar)
  • Halia (1 cm - dikisar)
  • Kunyit hidup (1 cm - dikisar)
  • Tomato (1 biji - option ; dikisar atau potong)
  • Daun kesum (wajib sebagai penambah rasa)
~ Bawang besar, cili kering, halia dan kunyit hidup dikisar bersama........ha3.....dengan blender sekali aku update daaaaaaa.........

~ Bahan2 yang dah dikisar

~ Tumiskan bahan2 kisar......


Mula2 tumiskan bahan2 yang dah dikisar tadi.Makesure bila tumis bahan2 ni api jangan terlalu kuat dan tumiskan sampai naik minyak.

Bila dah naik minyak.........masukkan air asam jawa, tomato yang dikisar atau dipotong2 dan air secukup nyer.

Tunggu hingga kuah mendidih, masukkan pula ikan kembung dan bendi.

~ Dah mula mendidih.......

Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa masam dan masin kuah nyer.

Lastly, masukkan daun kesum. Tutup api. Dah pun siap. Senang jerk kannnnnnnnn......

~ Hmmmmmmmm.......dah siap pun........

Asam pedas ikan kembung memang my favourite. Boleh juga guna ikan2 lain macam selar, pari.....Ikut citarasa masing2. Macam aku memang sker guna ikan kembung coz isi ikan kembung ni manis dan lemak. Tapi aku sker ikan yang saiz nyer tak terlalu besor! Yang kecik2 dan sedang2 gitu.......ahakssssssssss!

So, selamat mencuba ye........

Jumaat, 20 Ogos 2010

PLAN NAK MASAK........ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Tadi google resepi. Terjumpa resepi Asam Pedas Ikan Kembung. Tengok gambor cam sedap......Tetiba jerk idea datang....... Yes! Petang ni nak masak Asam Pedas Ikan Kembung lah.

Mintak2 mood nak masak ni berterusan sampai ke petang nanti. Takut2 tetiba plak jadi malassssssssss.......Tu yang susah tu!!! hu3.........

Sabtu, 31 Julai 2010

TrY AsaM PeDaS BaNGi PuLaK........

~ Asam Pedas Bangi.....Tak dpt gambar penuh coz guna camera hp & masa tu ramai orang.......

~ Nasi putih, sayur peria & telur masin

Dah lama teringin nak makan Asam pedas yang betol2 rasa asam pedas. Sebab ramai orang boleh masak asam pedas nih, tapi tak menjadi........ So satu hari yang cuaca agak cerah dan perut pon terasa lapor sesangat........ jalan2 cari makan pon terjumpa kedai ni yang terletak di Bangi. Betul2 berhadapan dengan Kompleks PKNS (Shopping Kompleks).

Bukan Melayu jerk yang makan kat situ.....Kaum Cina pon ramai juga penggemar asam pedas ni. Macam2 ikan ada. Ada Kembung, Pari, Terubuk, Selar dan macam2 lagilah. Sume masak asam pedas. Tapi stil ada menu @ lauk2 lain dan memang banyak pilihan!

~ Asam Pedas Ikan Kembung

~ Asam Pedas Ikan Pari

My favourite.....beselah Ikan kembung. My hubby pulak try ikan pari. Not bad rasanya dan memang berbaloi!. Memang puas hatilah. Coz kuah pon pekat dan tak pedas sangat.Harga pon tak mahal. Makan untuk 2 orang, termasuk air minuman......dalam RM18.

So, kepada penggemar asam pedas.....bolehlah cuba Asam Pedas Bangi nih. Pasti puas hati!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs