UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 10 Julai 2010

IMaM MuDa ... LaTeSt InFo (MiNggU Ke-7)


~Tq Mr Google.......

Program Imam Muda dah pun sampai minggu yang ke-7. Minggu ni tinggal 7 lagi pelajar yang masih bertahan.

Untuk minggu ke-6 pelajar yang mendapat tempat pertama ialah Asyraf. Nampaknya pengalamannya sebagai imam di luar memang banyak membantu beliau untuk bersaing dengan rakan2 pelajar imam muda yang lain.

Imam muda yang berada di tempat paling bawah untuk minggu ke-6 pulak ialah imam muda Adib ; seorang usahawan dan baru berusia 21 tahun. Itulah adat pertandingan ; ada yang berada di tempat teratas dan ada yang berada di tempat terbawah.

Minggu yang ke-7 ini menyaksikan kesemua pelajar imam muda menunjukkan kebolehan masing2 berperanan sebagai seorang 'bapa'. Sesuailah dengan tema minggu ini ; keibubapaan.......

Tugasan yang diberi menghendaki pelajar2 imam muda ini ke Rumah Anak2 Yatim Darul Fuqaha, di Sungai Merab, Kajang. Mereka diberikan setiap seorang, 3 orang anak yatim untuk dijadikan anak angkat sepanjang program berlangsung.

Pelajar ditugaskan untuk mengajar anak2 yatim ini tentang cara2 mengaji Al-Quran yang betul, adab2 untuk mengaji, sebutan2 yang betul dalam surah2 seperti Al-Fatihah, cara2 menghafaz Al-Quran dan juga kelebihan2 mendampingi Al-Quran.

Kesemua pelajar telah memberikan sepenuh komitmen dalam program ini dan mendapat pujian daripada pihak juri. Tetapi adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah......Ada mula dan ada akhirnya.....

Nasib pada minggu ini tidak menyebelahi imam muda Adib. Beliau tersingkir dan meninggalkan 6 orang lagi pelajar imam muda yang lain untuk meneruskan perjalanan dalam Program Imam Muda.

Di akhir episod.....yang paling mengharukan, bilamana ada 2 pucuk surat yang telah dibacakan oleh imam2 muda ini menceritakan tentang luahan perasaan 2 orang anak2 yatim yang telah menjadi anak angkat mereka dalam program di Rumah Anak2 Yatim Darul Fuqaha. Dapat dirasakan betapa anak2 yatim ini gembira dengan kedatangan dan perhatian serta kasih sayang yang ditunjukkan oleh imam2 muda ini kepada mereka walaupun tidak lama.

Jadi, kepada kengkawan yang ada rezeki lebih dan masa yang terluang di luar sana. (aku pun mengingatkan diri aku juga)........ marilah kita sama2 membantu dan meluangkan masa seketika untuk anak2 yatim yang seperti ini untuk menggembirakan dan meraikan mereka. Sesungguhnya mereka tidak pernah meminta untuk berada dalam keadaan seperti itu........

4 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

semoga iman muda adib dapat menggunakan ilmu yang dipelajari kat luar nanti

1st Time UV Lebih 600

azzey berkata...

Sharinginfoz: Mudah2an insyaallah....org2 muda mcm nilah yg kita perlukan sbg pemimpin....
tq for ur comment.....

shuhadah Zainol berkata...

shu terlepas episode ni... nk tgk ulangan la...

azzey berkata...

Shu: tak pnh terlepas lagi sejak episod yg ke-3....sker tengok...jom kita sama2 terus tengok ek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs