Baru balik dari Tazkirah Jumaat. Hari ini mengenai bab Syukur. Perkara yang sering kita dengar tapi sukar untuk dipraktikkan.
Contohnya setiapkali bangun dari tidur sebaiknya kita mensyukuri nikmat usia yang masih dipanjangkan oleh-Nya dengan membaca doa bangun dari tidur ataupun ucapkan kalimah Alhamdulillah. Plaing tidak pun sebut nama 'Allah' tanda kita mengingati-Nya.
Kerana Allah tidak pernah minta kita membayar setiap satu rahmat yang dikurniakan-Nya. Cukuplah dengan sering bersyukur dan mengingati-Nya.
Paling menarik perhatian dalam tazkirah tadi bila Ustaz Mikdad ada membangkitkan tentang isu ' berapa ramai dari kita semua yang dalam excited menunggu hari gaji keluar setiap bulan memasang niat untuk bersedekah ke jalan Allah dengan rezeki yang Allah beri melalui gaji berkenaan.' Subhanallah. Selalu kita terlupa.
Jadi selepas ni, marilah kita sama2 mempraktikkan konsep syukur dalam ibadah kita seharian. Mudah2an kehidupan kita akan diberkati Allah hingga akhir hayat nanti. Insyaallah.
P/S: Kalau ada yang belum berniat masa nak kuar keje tadi ; jom kita sama2 pasang niat sekarang. Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah. Tapi dengan syarat ; pekerjaan yang baik ye....:)
13 ulasan:
sesungguhnya kkdg tu kita leka kan sis...
thx for sharing & reminding!
selamat pg,thnks for reminding
thnks fr reminding. camna ofis baru? ok?
trime kasih kerana mengingatkan :-)
mekasih azzey atas nasihat ni..syukur
syukur..kadang2 kita alpa, kena saling ingat mengingat, terima kasih.
alhamdulillah syukur...
hai :)
ini blog kedua arini yg saya baca tentang sedekah :)
:) banyak pahalanya..
p/s: kak, lawa akak pakai tudung cemni
insaf kejap akak nie :)
dik cumei lah pic tuu :))
fi sabi lillah.. ;)
betultu..kalau buat bajet takde pun masuk sedekah punye part.tapi takpe sekarnag selalu ada tempat orang mintak drma kat tepi-tepi bank..so bile dah keluarkan duit,boleh terus dermakan:)
Catat Ulasan