Selasa, 30 November 2010
PILIH-MEMILIH .......BESTNYA BOLEH PILIH-PILIH
SURAT PANGGILAN TEMUDUGA.......TERASA DIRI BEGITU BERHARGA
Bila ada peluang interview ni .......entahlah...... Aku serahkan pada keadaan. Hanya Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk aku........Apa2pun aku bersyukur........bahagia.......gembira.........Rezeki itu ada di mana2........
SIBUK ....UPDATE BLOG
ASAM KEPING PUNYA CITER!
Mak dia tak boleh marah......Tapi gelak dan dalam hati gerammmmmmmmmm sangat . Tuhan je yang tau.....Hu3.........
MACAM DENGGI JE.....
* Hargai kesihatan yang diberi.....:)
JANGAN BERTANGGUH.......KAN DAH DISURUH
POKOK REPUT PENYEBAB AJAL
* SADISNYA CITER NI.........KESIAN......
KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.
Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.
Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.
*Sumber : KOSMO
DULU DAN SEKARANG
Isnin, 29 November 2010
TIGA LAGI KORBAN DENGGI MINGGU INI
GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.
"Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.
Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.
*Sumber : KOSMO
* Kesian dengan sorang officemate yang tak sihat hari ni. Bila jumpa doktor ; suspek Denggi! Mudah2an dia akan segera sembuh ......
PUTERA KATAK
Best gak layan citer2 dongeng cam gini. Citer PUTERA KATAK ni mengisahkan seorang putera yang terkena sumpahan menjadi seekor katak. Hanya ciuman dari seorang puteri ; dengan seikhlas hati mampu menghilangkan sumpahan itu......hu3......
Tapi ada ke yang sanggup cium seekor katak? Heh3..........Dah nama citer dongeng kannnnnn. Sesekali layan best gak!Heh3.......
BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 - MASIH ADA MASA UNTUK UNDIAN PERINGKAT PERTAMA
Jom terus meriahkan sesi undian ini! Klik di sini.
WANITA OKU RENTUNG DALAM KEBAKARAN
* Sedih baca berita ni.........
PASIR MAS: Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang lumpuh anggota badan dan cacat penglihatan, rentung dalam satu kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini Sabtu.
Dalam kejadian menyayat hati pada 5 petang itu, Fatimah Said, 50, hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum tubuhnya rentung dijilat api manakala adik lelakinya, Majani Omar, 33, yang mengalami masalah mental hanya mampu melihat tragedi itu.
Abang tiri mangsa, Mohd Johari Omar yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa, berkata beliau menyedari kebakaran itu sebaik dimaklumkan penduduk kampung namun tidak sempat menyelamatkan Fatimah kerana api marak begitu cepat.
* Berita selanjutnya di sini - mStar
RAMAI YANG MC.....INSTINCT KE CHEMISTRY TU ?
ALHAMDULILLAH....SURAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAH AKU TERIMA !
MAYAT LELAKI 'DISEMBELIH' DITEMUI
Sembelih sana -sini. Dah macam senang2 je. Macam nak sembelih ayam je bunyinya. Kejam sungguh orang yang sanggup buat kerja2 macam ni........
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Mayat seorang lelaki yang dibunuh kejam dengan kesan kelar pada lehernya ditemui di tepi jalan Kampung Batu, Jinjang, di sini awal pagi ini.
Mayat lelaki berusia lingkungan 45 hingga 50 tahun itu ditemui seorang lelaki ketika melalui sebatang jalan ke tangki air kampung tersebut pada pukul 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa berbadan gempal dan memakai baju t, berseluar panjang dan berselipar.
“Siasatan awal mendapati, terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan mangsa.
“Selain itu, terdapat kesan kelar di leher mangsa, seolah-olah disembelih pihak yang membunuhnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan tersebut.
Jelasnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa termasuk barangan peribadinya.
Zakaria berkata, pihaknya juga sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
*Sumber : Utusan
SEKOLAH BARU MY PRINCESS
Selamat pagi semua! Harap2 ceria je hari ni ek...........Jangan lupa breakfast dulu. Untuk tenaga ; maklumle 2 hari cuti , nak mulakan keja hari Isnin............. memang berat sikit ; Monday Blues...... Hu3........
Ahad, 28 November 2010
HUJAN DAN TONTON FILEM
JOM TENGOK NGANGKUNG ........BEST !
Kan aku penah citer yang aku ni penggemar citer2 seram. Last sekali yang aku tengok; MANTRA! Terabru ni ; semalam......aku pegi tengok NGANGKUNG plak ngan my hubby dan my princess kat TGV Cinemas, JUSCO Balakong.
Best citer nih! Tak seram sangat.....sikit2 je; SERAM KOMEDI.........
Tak rugi tengok......memang best!
FB MENEMUKAN KAMI SEMULA
* Rindu kawan-kawan lama masa sekolah dulu.......:(
CIPTAAN-NYA YANG TERBAIK
*Pagi yang cerah dan indah......... Itulah keindahan alam ciptaan-Nya.......
REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI
- Blogger tak perlu menyorok..setuju!
- Sampai bila-bila takkan cukup..
- Cerita apa yang patut diceritakan di dalam blog?
- Nak tackle FOLLOWER?
- Bila lihat mereka yang popular tu..
- Dedikasi Terindah Buat Bonda SITI...
- Pokok Misteri..
- Kerja ; SUKA VS TAK SUKA
- Entry Bergambar Dan Entry Tanpa Gambar
- Bukan Senang Nak Senang ;Tak Susah nak Jadi Susah !
Sabtu, 27 November 2010
DUA DITEMBAK DI KHALAYAK RAMAI
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dipercayai angkara dendam, dua orang lelaki cedera selepas ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di khalayak ramai di Bandar Baru Sungai Buloh di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 25 dan 28 tahun itu cedera di kaki selepas ditembak sebanyak lima das oleh suspek dari jarak dekat.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang duduk di atas sebuah kerusi di hadapan sebuah kedai pajak gadai yang telah ditutup.
Berita selanjutya di sini - Utusan
* Takut dengan jenayah yang berlaku sana sini!
MARI MENARI
* Tengah layan Program Mari Menari di ASTRO RIA.........My princess yang minat . Aku??? Layan jelah.......he3......
BLOG PILIHAN MALAYSIA - UNDIAN SUDAH DIBUKA
So, silalah klik kat sini dan undilah blog pilihan you alls ye. Meriahkan lagi segmen yang dibuat oleh blogger AZMAN ROSLAN nih!
P/S: Aku dah undi.....you alls bila lagi? Heh3.......*Cam iklan kat TV plak....*
LEWAT UPDATE...........SELAMAT BERSARAPAN PAGI
Jumaat, 26 November 2010
SAYA SUKA BLOG AWAK LA !
So, nak citer sikit tentang 5 blog yang aku sker baca dan mesti singgah setiapkali BW( Bukan maknanya blog2 lain aku tak sker ; sekadar menepati syarat segmen ni yang nak kita pilih 5 blog sahaja)
- BLOG ARDINIHUMAIRA - Aku sker sebab banyak info yang boleh aku pelajari dan dia salah seorang blogger yang agak rapat dan semacam ada satu chemistry walau kami tak pernah berjumpa
- BLOG SHARING IS POWER - Aku sker blog ni sebab penuh dengan info semasa dan juga tuan punya blog yang tak lokek berkongsi pendapat setiapkali diajukan pertanyaan. Agak misteri sebab aku tak pernah kenal wajahnya coz Sharinginfoz ni agak low profile.....hi3......
- BLOG SEKADAR BERKONGSI - Selain dari 2 blog di atas ; eelobor juga salah seorang blogger yang setia berkunjung ke blog aku dan sering meninggalkan komen. Kira mereka2 ni jadi pembakar semangat aku dalam dunia blog!
- BLOG BILA ARELEEZ BERBICARA TANPA SUARA - Aku sker blog 'minah' sorang ni coz dialah cifu pertama aku dalam dunia blogger dan dia juga yang banyak tolong aku tentang hal2 yang aku tak faham esp tentang Nuffnang. And one more thing.....she was my litle sista!Bila baca blog dia ; aku pun dapat tau khabar family di kampung.
- BLOG CITARASA RINDUAN - Aku sker blog ni sebab tuan punya blog was really gud in cooking! Dan dia juga salah seorang pengunjung setia blog aku.......
Tapi yang pastinya aku sker semua blog yang jadi follower aku atau pun yang aku sendiri follow dan semua yang pernah aku singgah sehingga ke hari ni. REALLY APPRECIATED ALL OF YOU & THANKS A LOT !!!
DAPAT BABY LAGI
* Picture baby tu later aku upload ek.....:)
SEBELUM NI UPIN IPIN.......AKAN DATANG BOBOIBOY PULAK
WATAK-watak dalam siri animasi memainkan peranan yang cukup penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah karya. Apa sahaja bentuk animasi yang dihasilkan dari dalam mahupun luar negara, ia cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Produk sulung empat anak muda dari Animonsta Studios yang memperjuangkan daya kreatif menghasilkan animasi BoBoiBoy iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim, Muhammad Anas Abdul Aziz dan Kee Yong Pin sesungguhnya dinantikan oleh peminat animasi tempatan.
Biarpun ini merupakan buah tangan pertama daripada Animonsta Studios, kebolehan mereka menterjemah daya kreativiti sebelum ini diakui ramai dengan terhasilnya Upin & Ipin sehingga mencipta fenomena tersendiri tidak lama dahulu.
Rantaian 26 episod itu bakal menemui penonton di layar kaca TV3 dengan durasi 11 minit setiap episod bermula Mac tahun depan.
Berita selanjutnya di sini - Utusan.
P/S: Teringat dengan my niece ; Kak Yong kat kampung yang cukup minat dengan UPIN & IPIN nih! Sampai baju pun nak beli yang ada gambar watak animasi nih!......*Tetiba......Rindu ngan Kak Yong & Odah*.....
BERAT TANGGUNGJAWAB NI!
BPIM 2010 ....... CALON-CALONNYA ADALAH.......
* Tarikh undian bermula pada jam 10 malam 26 November (Jumaat) dan berakhir jam 8 pagi 30 november (Selasa)
BULAN JATUH KE RIBA
P/S: Tengah menanti bulan jatuh ke riba. Agak2nya boleh ke ?.....Heh3.....
GIVEAWAY KECANTIKAN #5 BY ARDINIHUMAIRA
- Mesti jadi follower blog dni
- Buat satu post menegenai entry ni. Simple pun tak pe. Tak perlu ada banner
- Mempunyai blog, warganegara dan beralamat di Malaysia
- Tinggalkan link penyertaan korang kat kotak komen entry ni
- Terikh tutup penyertaan adalah pada 27 November 2010 jam 10 malam
So, jom join!
LATELY .......
Khamis, 25 November 2010
TERSENGGUK-SENGGUK.....DIALOG BULAN NOVEMBER 2010
Boss bagi ucapan....aku mengiyakan je. Ha3......dah tu asyik mengangguk je ; mengantuk! So, petang ni pun tak dapat lah nak BW.........Harap kengkawan mengerti ya.......:)
JANGAN PENING-PENING..... LUNCH NI NAK MAKAN APA YE
Tanya hati......Nak bahagia ke tak? Mesti tak de hati yang kata nak derita. Jadi jangan sesakkan kepala fikirkan pasal orang lain sangat. Fikirkan hati sendiri juga.....:)
P/S: Semalam my hubby siapkan lunch...Hari ni nak makan apa. My hubby koje!..........Waaaaaaaaaaa!!!
KALAU DAH TAK DE CHEMISTRY.....
NIKMAT YANG DITARIK
HIDUP INI HANYA PINJAMAN .....AISHAH KENANGAN TERINDAH
Aku pernah juga menjengah ke blog aruah. Sker tengok wajah2 comel bayi kembar aruah . Tak sangka sungguh dengan berita ni.
Al-Fatihah untuk aruah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin......
P/S: Terus aku terkenangkan orang2 yang tersayang. Ya Allah panjangkan lah usia ku dan lindungi lah diriku dan orang2 di sekeliling ku semuanya. Amin....
CERIAKAN HARIMU !
P/S: Petang ni dialog bulanan untuk November 2010. Kena atend nih......:)
Rabu, 24 November 2010
KUATNYA SUARA BERCAKAP ......
DAPAT HADIAH LAGI !
BERSERABUT!........BAYANGKAN MENU LUNCH HARI NI ......
Tetiba aku nampak menu untuk lunch hari nih....ha3......* my hubby yang masak*........tak tau apa lagi menunya.........
Sekarang fikiran dah relax sikit.....Jom sambung kerja!
URUSAN KE PPD ....SEKOLAH BARU MY PRINCESS
Apa2 pun doakan yang terbaik untuk my princess ek!
P/S: So petang ni sesi BW terpaksa di hentikan sehingga tuan punya blog selesai segala urusan ye.....:)
TAKKAN NAK SENYUM DAN SENGIH TAK BERTEMPAT .......
SABARLAH WAHAI PEMANDU.....KES DERA LAGI
* Kadang2 cinta membuat hati jadi buta!!!
Selasa, 23 November 2010
BERKAWAN DAN BERKASIH
MAIN BADMINTON WAKTU TENGAHARI !
Tapi tak boleh nak salahkan budak2 tu....may be boring sejak pagi asyik terperuk je dalam rumah kannnnnnn. Boring la tu.....hu3.......
BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 (BPM 2010)
* Bukan penghargaan yang penting....tapi saling bekerjasama dan berkongsi ilmu dalam dunia blogger nih.........Penghargaan satu bonus kannnnnnnnn....:)
CALON SPM MENINGAL DUNIA KERANA SESAK NAFAS KETIKA HENDAK DUDUKI PEPERIKSAAN
MUAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika hendak menduduki peperiksaan di Sekolah Menegah Kebangsaan Ledang, Tangkak, pagi tadi.
Beliau disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.
Sumber : Berita Harian
BUKAN....BUKAN.....BUKAN........TAPI.........
KE SUNGAI GABAI LAGI
Sambil lunch tu korang layan jelah picture2 ni ye.....:)
SYUKUR.......SERONOKNYA
LOKASI LUAR NEGARA KELAINAN "AWAN DANIA 3"
PERTH: Pengarah drama Awan Dania musim ke 3, Dinesh Samby, 31, menjanjikan kelainan kepada penonton apabila drama tersebut menemui penonton setiap Isnin bermula 22 November (semalam).
Drama bersiri itu ke udara pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
Menurutnya, musim ke-3 ini bukan sahaja tampil kelainan dengan memaparkan 70 peratus lokasi di luar negara malah turut melakukan beberapa pembaharuan.
Cerita selanjutnya di sini - mStar
AKU GUNA BAHASA ISYARAT BOLEH?
So, boleh ke tak nih?
PRESSIE FOR MY SIFU ........
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tat ta raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................
INDANYA SENARIO PAGI HARI
Kalau lelakinya boleh digelar Superman dan wanitanya dipanggil Superwoman...sebab banyak perkara yang nak dibuat dalam satu2 masa...........Memang penat!
Tapi itulah indahnya senario di waktu pagi. Itulah juga yang menandakan hari baru dah muncul kembali......:)
Isnin, 22 November 2010
WARGA ASING TETAK 2 BERANAK
* Takutnya aku baca berita ni.......
MANJUNG 21 Nov. - Dua beranak parah selepas ditetak dengan parang oleh tiga penjenayah dipercayai warga asing yang merompak empat telefon bimbit dari rumah mereka di Kampung Matang Acheh, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, Che Omar Ahmad, 58, cedera di kaki dan kepala manakala anak lelakinya, Saiful, 25, cedera di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, ketika kejadian, Che Omar, isterinya, Fatimah Dali, 48, dan enam ahli keluarganya termasuk Saiful sedang nyenyak tidur.
Katanya, seorang daripada tiga penjenayah berkenaan dikatakan masuk ke dalam rumah tersebut melalui salah satu tingkap dapur yang diumpil dari luar dan kemudian membuka pintu depan supaya dua lagi rakannya dapat masuk.
Berita selanjutnya di sini - Utusan
3 MAUT NAHAS BAS EKSPRESS - TRELER !
SIBU 22 Nov. – Tiga maut manakala sembilan lagi cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori treler di Kilometer 72, Jalan Sibu-Bintulu di sini petang semalam.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.35 petang itu ialah pemandu kedua bas ekspres, Gelayan Tang, 38, dan dua penumpang bas iaitu Wong Hia Hong, 73, dan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Halimah Esmawi, 27.
Pemandu bas, iaitu Robin Janggie, 34, cedera parah apabila kakinya patah manakala selebih mangsa kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sibu. – Utusan
* Cerita sedih di saat kita masih meraikan Aidil Adha yang baru je disambut minggu lepas.......
CUTI SEKOLAH....OFFICE PUN LENGANG!
APA KORANG RASA KALAU.......
P/S: Rasa geram dengan seorang 'hamba Allah' ni yang bersikap macam tu.....:(
AIR HUJAN DAN SAKIT KEPALA.......
LUNCH....SEBAGAI MEMENUHI PERMINTAAN .......
P/S: Selamat menjamu selera untuk kengkawan sume ye tengahhari ni.........:)
MY JOURNEY TO HUTAN REKREASI SUNGAI TEKALA
HUTAN REKREASI SUNGAI TEKALA
~ Tuan tanah yang mata tak tahan dek silauan mentari...Tu yang x leh nak senyum tu.....Hu3......
Aku , my hubby dan my princess betul2 bayar untuk masuk je dan jalan2 sekejap amik gambar. tak jadi mandi coz my hubby nak air terjun macam kat Sg Gabai tu juga! hu3......