UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 29 November 2010

TIGA LAGI KORBAN DENGGI MINGGU INI

GEORGE TOWN - Tiga lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan minggu ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia di seluruh negara akibat wabak itu meningkat kepada 128 orang sejak Januari lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, satu kematian dilaporkan di Sarawak kelmarin manakala dua kematian dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang dan Johor pada Isnin lepas.

"Jumlah itu menyaksikan peningkatan kematian kepada 50 kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak hanya 78 kematian yang direkodkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Basic Life Saving Training di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga semalam sebanyak 43,477 kes demam denggi dilaporkan berbanding 37,205 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Sehingga semalam, Selangor mencatatkan jumlah kes demam denggi tertinggi tahun ini berbanding negeri lain iaitu 15,520 kes dengan 43 kematian.


*Sumber : KOSMO


* Kesian dengan sorang officemate yang tak sihat hari ni. Bila jumpa doktor ; suspek Denggi! Mudah2an dia akan segera sembuh ......

2 ulasan:

IMANSHAH berkata...

salam

takut juga bila dengar pasal denggi ni

bukan apa benda kecik je, tapi boleh membunuh

ardinihumaira berkata...

jom kita bersihkan halaman supaya nyamuk tak membiak dengan jayanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs