UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Selamat pagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat pagi. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

SELAMAT PAGI ; MERAH TANDA SEMANGAT DAN BERANI

~ THE RED FAMILY...:p


Selamat pagi Isnin. Walaupun tak cukup rehat ; badan pun rasa penat lagi dek kerana baru je sampaidari kampung malam tadi, tetap juga datang keja pagi ni. Memang semangat nak datang keje agak 'ke laut' sikit.....tapi dah tanggungjawab, so buat je lah.

Jadi apa kata kalau hari ni pakai baju kaler2 yang agak striking sikit....Macam kaler merah. Merah tanda semangat dan juga berani. Biar bersemangat sikit kita nak buat keje pagi ni..:)

Teruskan dengan keje masing2 ye......selamat menjalankan tugas.



P/S: Kalau buat baju raya kaler merah pun cantik kot.....hu3....

Selasa, 3 Mei 2011

IT'S RAINING HERE....

~ Selamat pagi...............:)



It's raining here. just only. Kat tempat korang macam mana plak? Owhhhhhhhhhhhhhhh....so sleepy. Memang berat je nak keje pagi ni ; seberat kelopak mata ni nak bukak pagi tadi. Yelah dah 3 hari cuti. Beselah kan. Enjin pon sejuk lagi....hu3...

Selamat pagi juga untuk korang sume. Hujan yang turun ni rahmat dari Allah. Jom kita perbanyakkan doa. Mudah2an dilimpahkan kebaikan buat kita sume. Amin.

Isnin, 25 April 2011

SELAMAT BERSARAPAN DAN JANGAN LUPA JAGA KESIHATAN

Hari Isinin lagi. Ada yang sker kaitkan Isnin dengan Monday Blues ; sebab rasa berattttttttt je nak datang keje selepas 2 hari bercuti. Itu perkara bese untuk orang2 yang bekerja. Whatever...keje tetap keje. Kena teruskan jugak walau macam mana Bluse sekali pun.

Sebelum tu jangan lupa breakfast dulu. But makesure, menu untuk breakfast jangan terlalu heavy sangat. Kesihatan kene jaga, so apa yang kita makan kena amik tau. Lagi2 untuk anak2 kita yang masih kecik tu.

Kalau tak jadi macam yang dilaporkan dalam KOSMO hari ni.Ibu Bapa Punca Anak Obes. Bahaya tu. Menjejaskan kesihatan. Anak2 ni muda lagi ....Tapi perlu diingat juga , kesihatan perlu dijaga untuk semua peringkat usia, bukan untuk anak2 kecil je...So , selamat bersarapan dan jangan lupa jaga kesihatan.

Khamis, 21 April 2011

SELAMAT PAGI ; SEMALAM DAPAT UPDATE 1 ENTRY JE

~ Selamat pagi sume


Disebabkan semalam agak busy ...aku cuma sempat update 1 entry je. Bw pun tak berapa sempat. Pagi aku atend Program Kesejahteraan Psikologi kat Putrajaya. Mula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 12:30 tengahari.

Balik ke office dah pukul 1:10 ; dah waktu lunch. Lepas lunch plak sempatlah bukak blog sekejap dan bw ke beberapa buah blog ....sebelum blackout kat office aku nih. Kebetulan semalam aku tak bawak laptop. Tu yang cuma sempat update 1 entry je tu.

So, hari ni insyaallah aku akan update lagi mana yang boleh dan bw ke blog kawan2 cam bese ye...:)

Khamis, 14 April 2011

KO CERIA ...AKU PUN CERIA SAMA.....

Selamat pagi ; pagi yang ceria agaknya hari ni. Mungkin...salah satu sebab aku kata cam gini ,bila pagi2 lagi dah dapat sapaan yang penuh senyuman dari my officer. Selalunya susah sangat nak tengok dia senyum. Muka 'ketat' semacam. Kita nak tegur pun tak gamak ....*bak kata oghang Peghak (Perak )...*

Tak kisahlah. Malas nak fikir tentang tu. Yang pasti bila pagi2 lagi kita dah dapat aura ceria , secara tak langsung kita pun akan ceria sama. Perasan tak? Tapi kalau pagi2 lagi dah kena maki ...kena complaint bagai......memang sehari suntuklah mud kita akan down...:(

Nasib baik pagi aku hari ni bermula dengan suatu yang ceria.....alhamdulillah.

Sabtu, 9 April 2011

BREAKFAST APA HARI NI? KALAU MAKAN TELUR HATI2 YE.....

Selamat pagi untuk hari Sabtu ni. Mungkin ada yang bekerja hari ni ...so selamat bekerja lah ye. Dan kepada yang bercuti , pastinya akan menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Dah breakfast ke?

Makan apa breakfast tadi? Nasi lemak.....atau pun roti canai.....tak pun telur separuh masak. Cakap pasal telur ; berhati2 ye. Sekarang ni dah ada telur tiruan. Dalam KOSMO hari ni ada berita mengenai Periksa Semua Aktiviti Jualan Telur di Pasaran.

Semalam pun aku ada terbaca dalam satu blog mengenai perbezaan telur yang ori dan tiruan nih. Antaranya ; telur tiruan saiz kuning telurnya agak besar, tidak berbau dan kasar sedikit. Dan bila baca tentang bagaimana telur2 tiruan ni dihasilkan terus rasa nak muntah pun ada.Bahan2 yang digunakan tu boleh mendatangkan penyakit !

So, berhati2 lah sume ye.......:(


P/S: Susah plak kita nak periksa satu persatu telur yang kita beli kannnnnnnnnnnnnn.....

Rabu, 30 Mac 2011

HUJAN LAGI PAGI NI ; BERSYUKURLAH KITA SENTIASA

~ Wajah ku pada pagi ini....ha3..*itu pon nak citer ka?*


Selamat pagi sume.Pagi ni hujan lagi ; melenyapkan keresahan sepanjang hari dan malam tadi yang diselubungi kepanasan tahap tak tertahan dah rasanya ; sampaikan kami 3 beranak terpaksa melelapkan mata kat ruang tamu je ...hu3.....Coz bilik teramat lah panasnya.

Sejuk je pagi ni ; syok kalau tido nih. Tapi dah amanah kene le datang keje. Sejuk2 ni kalau dapat pekena ubi rebus dengan ikan masin dan kopi 'O' panas ....memang meletops!

Korang dah breakfast? Selamat menikmati breakfast pagi ni ye. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Kalau tak menepati selera kita sekalipun ; jangan le mengeluh je. Kenangkan mereka2 yang tidak punya apa2 untuk dijamah pagi dan tidak tahu bila lagi akan dapat mengisi perut yang kelaparan ; betapa kita lebih beruntung bdari mereka2 itu......


P/S:Sesekali memandang pada kekurangan orang lain adalah perlu untuk kita menginsafi diri dan mensyukuri apa yang diberi....

Selasa, 15 Mac 2011

NAK PEGI PENANG !!!

Hari Selasa untuk minggu yang ke-3 di bulan 3 nih. Hari nimasih ramai lagi yang bercuti ; coz cuti sekolah yang baru bermula. Aku?...Aku tetap datang koje macam bese . Niat di hati nak juga pegi bercuti.

Destinasi impian? Pulau Pinang. Sebabnya? Dah lama tak ke Pulau Pinang ....Ada sape2 blogger kat situ. Boleh kita jumpa kat sana dan belanja aku makan..Ha3....boleh cam gitu? Gurau jelah.....

Actually tak pasti lagi nak pegi bila. Yang pasti dalam plan memang dah ada...:)

Isnin, 14 Mac 2011

HILANG RASA MONDAY BLUES AKU..

Selamat pagi. Pagi ni walau pun busy sebab ramai member2 office yang bercuti ; ada yang amik cuti sampai seminggu..aku tetap rasa happy coz kat office ni sah senang nak dapat line tenet. Pegilah ceruk mana pun dah ada access untuk internet.

Kalau dulu aku guna lappy aku ni ; sesetengah tempat tak dapat nak access internet. Tapi sejak buat renovation ....coz banyak2 bahagian2 kat office ni yang dibuat renovation .......besorkan office le...tambah extension le..dan macam2 lagi. So dah semakin meluas access untuk internet. Seronok2 sangat.

Tak yah susah2 lagi aku nak usung broadband tu ke hulu ke hilir. Dan dengan senangnya aku dah boleh update blog selalu. He3...Bestnya....syok sesangat...

Hilang rasa 'MONDAY BLUES ' aku...hu3....

Selasa, 8 Mac 2011

COME BACK TO WORK.....OWWHHHHHHHHHHH..

Hari ni kembali bekerja dengan badan yang masih lemah. Gagahkan juga datang keje hari ni tapi aku malas nak drive. Nasib baik my hubby keje shift malam hari ni ; so boleh le dia tolong anta aku. Kalau tak susah juga....

Selamat pagi untuk korang sume. Lagi sekali aku mintak maaf coz tak de kesempatan nak balas kunjungan korang. Semalam, even 1 entry je aku update.... tapi masih ada kawan2 yang sudi datang dan singgah baca entry sambil tinggal komen kat blog aku.

Terima kasih untuk nur , jebateja , Ayu (CR) , Princess Nur , eelobor, manje , Miecyber , Haniff Borhan , logorithm dan dni (Ardinihumaira) yang sudi tinggalkan komen dan doakan kesihatan aku kat entry nih.

Untuk kengkawan yang lain yang aku tak sebut nama ; bukan aku tak ingat....untuk korang sume pun terima kasih banyak2 coz tak jemu untuk datang ke blog ini lagi. Insyaallah hari ni aku akan cuba balas kunjungan korang sume....:)

Isnin, 21 Februari 2011

SELAMAT PAGI DAN SELAMAT BERKURSUS

Selamat pagi untuk semua. Hari Isnin hari ni.Kembali bertugas setelah cuti berhujung minggu. Ada yang MC ke hari ni ...macam aku pagi tadi hampir meng'MC'kan diri. Nasib baik semangat kuat lagi.hu3....

Dan mungkin juga ada yang berkursus hari ni. Macam 2 orang adik aku ; Rozaneem dan Areleez menjalani kursus Induksi bermula hari ni untuk melengkapkan syarat disahkan dalam jawatan .Nasib baik aku dah selesai sume dan alhamdulillah dah dapat pengesahan dalam jawatan dah pun. Selamat berkursus lah untuk keduanya dan kepada yang sama2 turut berkursus pagi ni.

Apa2 pun mulakan semuanya dengan niat yang baik . Mudah2an Allah permudahkan urusan kita. Amin..

Khamis, 17 Februari 2011

PAGI DAN SANDWICH


Pagi Khamis hari ni. Kalu government servant, hari ni adalah hari untuk memakai baju batik. Memang dah ditetapkan setiap hari khamis adalah hari untuk batik....Jangan tersalah sarung kain batik basahan kat umah sudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....hu3.....

Amacam? Dah breakfsat ke? Pagi ni kalau makan sandwich sedap juga kan. Pekena plak dengan teh 'O' panas...tak pun Milo 'O' panas. Aku baru je minum Nescafe 3 in 1 nih. Dah lama tak minum Nescafe. Sesekali try okay juga. Tapi selalu sangat pun aku tak berapa sangat.....

Actually sandwich kat atas tu bukan sandwich pagi tadi....tapi sandwich yang aku buat masa nak pegi mandi-manda kat Sg Gabai hari tu.So layan jelah ye gambar tu. Anggaplah sebagai sajian mata korang.........he3....

Rabu, 16 Februari 2011

PAGI YANG INDAH DAN SELAMAT .. INSYAALLAH

Selamat pagi yang indah dan selamat untuk semua. Insyaallah ; dengan izin Allah. Sambil update blog pagi2 ni sambil dengar lagu Maher Zain - Insyaallah. Tenang je rasa hati bila dengar lagu ni. Kalau kita hayati lirik lagu tu memang penuh dengan mesej berguna yang tersirat.

Hidup perlukan ketenangan ; lagi2 dalam menempuh ujian yang datang. Tanpa ketenangan kita akan mudah rasa gelisah dan sentiasa merasa keluh-kesah. Ketenangan juga perlu supaya kita sentiasa dalam pertimbangan yang sewajarnya apabila berbuat sesuatu.

Macam mana nak dapat ketenangan? Mintalah daripada Yang memberikan ketenangan. Minta dari-Nya . Hanya Dia yang mampu memberikan kita ketenangan. Dekatkan diri pada-Nya sentiasa dan insyaallah Dia tidak akan jauh dari kita. Dengan izin Allah semuanya boleh berlaku dan dengan izin Allah jua terhalang segala macam musibah dari terus berlaku.

Mengambil berkat sempena Maulidur Rasul yang baru kita sambut semalam....sama2lah kita cuba mengamalkan sunnah2 Baginda s.a.w. Nabi Muhammad yang dikasihi Allah , mudah2an dengan mengidupkan sunnah2 baginda....diri kita juga akan dikasihi Allah...Insyaallah

Jumaat, 28 Januari 2011

MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

Salam untuk semua. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia juga ye. Pagi Jumaat......beselah semangat kerja memang agak 'up' sikit. Coz waktu kerja yang pendek untuk hari Jumaat ni.....he3....

Hari ni ada makan2 lagi. Tak sudah2 kita dengan makan2 ye. Sana makan, sini makan......Pukul 11 pagi ni kat office aku ada buat 'Majlis Sejambak Kasih , Sekalung Budi'.....ha3.....Tak hagak2 nama majlis tu.

Actually majlis ni untuk meraikan kakitangan yang bertukar dan bersara. Semua kakitangan dijemput untuk hadir. Majlis akan berakhir pukul 1 tengahari ; sebelum solat Jumaat. Aku tak pasti lagi nak pegi ke tidak. Tapi yang pastinya , bila majlis makan2 ni ........ sure ramai yang akan pegi....:)

Selasa, 25 Januari 2011

MINUM PAGI ; JANGAN LEBIH 1/2 JAM !

Selamat pagi. Ucapan bese di pagi2 hari ni. Tak pernah plak orang ucap 'selamat petang' kannnnnn.....waktu2 pagi cam gini. Jadi dah betulllah tu.....ha3.....

Dah breakfast? Breakfast yang heavy atau yang bese2 je. Apa2 pun selamat menikmati breakfast di pagi ni. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yang Allah beri.

Aku? Macam bese jugalah, pagi2 morning ni belum ada rasa nak makan apa2. Tunggulah dalam pukul 9 nanti.....Yang penting masa minum adalah untuk minum.....bukan untuk 'mengular '....ye kawan2 dan diri sendiri juga....Heh3...


P/S: Bukan ape....Big Boss dah sound semalam masa Dialog Bulanan (Januari 2011). Waktu minum pagi jangan melebihi 1/2jam. Ni ada yang sampai berjam2.....:P

Ahad, 23 Januari 2011

PAGI INI DENGAN PERSOALAN ......NAK CASHOUT KE TIDAK ?

Selamat pagi. Macam bese weekend macam ni aku sibuk lagi dengan keja2 umah tapi dah kurang sikit sebab semalam dah pulun habis.....hu3.....

Breakfast belum lagi. Tak tau nak makan apa......Tengah berfikir2 ni ; NAK CASHOUT KE TIDAK?

Bagi pendapat sikit boleh?...He3...

Rabu, 19 Januari 2011

YEAY2..ESOK CUTI YEAY !

Ha3…seronok sakan nak cuti sampai tak hengat2! Macam lah aku sorang je yang cuti esok. Orang lain pon cuti sama. Tapi may be ada yang keja ; sebab OT. Okaylah gak tu….masyukkkkkkkkkkkkkkkk gak……:)

Hari ni datang keja dengan hati yang berbunga2 ceria ; bagai ada taman di dalamnya. Hu3….Walaupun kelam kabut pagi tadi nak siapkan lauk untuk makan tengahari my princess….tapi tetap cool je buat sume tu. Sempat jugalah my hubby ‘layan’ sepinggan sebagia breakfast dia pagi ni ; Nasi putih berlaukkan Sotong Masak Kicap dan sayur Kacang Buncis goreng Bercili.

Sekarang ni dah kat office…..update blog jap. Tadi dah wat keja sikit……Pas ni sambung keja semula.Selamat pagi dan selamat bercuti esok untuk kengkawan sume…

Isnin, 17 Januari 2011

JANGAN MENGALAH SEBELUM BERJUANG ; SAKIT KAKI

Tak hagak2 tajuk entry. Actually kaki aku sakit lagi ni.....tapi dah kurang sikit dari semalam. So selagi boleh bawak keta.....aku gagahkan juga datang keja. Lagi pun bukan demam pun. Cuma kaki ni je yang sakit sikit. Tu yang tajuk entry macam gitu ...saje nak memotivasikan diri sendiri....hu3....

So, selamat bertugas semula pada hari Isnin ni untuk korang sume. Monday Blues?..He3...Beselah tu......Tapi macam aku tulis kat tajuk tu....Jangan mengalah sebelum berjuang. Nanti hilang le perasaan Monday Blues tu.....

Yang penting pegi breakfast dulu....Then buat keja macam bese hokay....:)

Ahad, 16 Januari 2011

SELAMAT PAGI DAN RASA SAKIT KAKI

Dah pukul 11 :30 pagi ; baru dapat online. Semalam 1 entry je dapat update. Banyak urusan dari pagi ke petang. Malam dah penat...terus tido je.

Pagi ni bangun dengan rasa sakit di kaki. Tak tau kenapa. May asyik berjalan sehari suntuk semalam kot. Mintak2 okaylah nanti nak nya. Cuaca kat luar pun mendung je , macam nak hujan. Hari ni mesti ramai yang spend time dengan family. Bersantai2 di rumah. Tak pun pegi kuar jalan2.

Apa2 pun selamat berhujung minggu untuk semua ye........:)

Khamis, 13 Januari 2011

PAGI YANG CERIA DENGAN BERITA YANG GEMBIRA ..

Pagi ni aku update n3 sambil ditemani lagu2 di radio. Ceria je rasanya. Macam mana ceria nya hati ni bila dapat berita dari my princess semalam dia terpilih untuk menyertai 'Kursus Kepimpinan Kokurikulum' yang dianjurkan oleh sekolahnya.

Satu permulaan yang baik untuk dia di sekolah baru. Walaupun baru masuk 2 minggu di situ dan di kelas yang baru dengan guru dan kawan2 yang baru.....tapi nampaknya kebolehannya dihargai oleh guru kelasnya.Dengar citer dia sorang je pelajar perempuan yang terpilih di dalam kelasnya.

Alhamdulillah...mudah2an dia terus success dengan pelajarannya di sekolah baru ni....


P/S: Lambat update coz baru sekarang line okay kat office nih......:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs