UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kosmo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kosmo. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

'SAYA MUDA LAGI - SHY8'....KUASA USOP WHEELCHA


SHY8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.


Penangan watak 'Usop' dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah cukup kuat sekali. Sana-sini orang asyik meniru je skrip dan karektor Usop ("Kita bakor je...*dengan gaya tangan sekali...heh3.....*)

Memulakan karier lakonan di usia 30-an ; tapi kalau dah memang rezeki .....Dia tetap diterima oleh penonton2.

*Sumber - KOSMO


P/S: Aku boleh gelak sorang2 kalau teringatkan lakonan 'Usop Wheelcha' ni dalam HKLBR.....Ha3......*sker tengok wife dia....cantik dan muda lagi...*

Selasa, 5 April 2011

ISTERI MUDA TETAK MADU DIPENJARA

ALOR SETAR - Seorang isteri muda hanya mampu menangis sambil menekup muka dengan tangan apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun setelah dia mengaku bersalah mencederakan madu dan anak tirinya di Jitra Januari lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Nor Azmah Shaari, 28, yang melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Baru Baru, Jitra pada pukul 10.30 pagi 7 Januari lalu.

Hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, Nor Azmah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Aminah, 51, dengan menggunakan sebilah parang.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 324 akta yang sama iaitu secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak mangsa berusia 16 tahun dengan menggunakan sebilah parang.

Menurut fakta kes, semasa anak mangsa mahu mengambil adiknya di rumah untuk diberi makanan, ibu tirinya telah melibas dahinya dengan parang tetapi dia dapat mengelak.

Siti Aminah yang turut berada di rumah itu cuba menghalang tetapi ditetak oleh madunya itu di kepala dan muka.

Anak mangsa turut ditetak di kaki menyebabkan kedua-duanya terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.


*Sumber - KOSMO


P/S: Inilah yang dikatakan ; "ikut hati mati, ikut rasa binasa"

Ahad, 3 April 2011

SERI BAYU MENINGGAL DUNIA


GAMBAR terakhir Seri Bayu yang dirakamkan pada 2 Mac lalu.

KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.

Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.

"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.

Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.


*Sumber - KOSMO

Jumaat, 1 April 2011

MALEK NOOR REBAH DI PADANG BOLA

MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.


Aku dapat tau tentang berita malam tadi melalui TV. Malek Noor dikhabarkan rebah ketika menjadi penjaga gol untuk Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak malam kelmarin akibat serangan sakit jantung.

Beliau telah dimasukkan ke Unit rawatan rapi di Hospital Pantai Ipoh. Menurut laporan di KOSMO beliau kini semakin stabil dan marilah kita sama2 mendoakan bekas jaguh bina badan itu pulih sepenuhnya.

*Sumber - KOSMO

Rabu, 30 Mac 2011

ZILA BAKARIN TUTUP AURAT

~ Dari kiri : Zila , Ane & Fazreen


TERKENAL dengan identiti yang seksi dalam kebanyakan penampilan dan lakonannya, tidak bermakna pelakon Zila Bakarin menolak tawaran untuk memegang watak wanita berimej keislaman.

Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja.

Akuinya, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati.

“Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya,” terangnya yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata, Kaseh Azri, 2.


Cerita selanjutnya di sini - KOSMO


P/S: Nampak sopan dan sweet je Zila Bakarin ni pakai tudung. Walaupun cuma dalam lakonan. Mana tau satu masa dia benar2 bertudung. Sape tau? Semuanya Allah punya kuasa....


PERAK HARAMKAN TARIAN POCO-POCO

POH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


*Sumber : KOSMO


P/S:Terus sentap aku baca berita nih. Memang inilah salah satu tarian yang selalu diselitkan masa kursus dan senamrobik kat office selalu tu. Mula2 tadi dapat berita dari my hubby ; dia dengar kat berita katanya. Apa2 pun bila dah dikatakan HARAM ; perlulah kita menjauhinya.


Rabu, 23 Mac 2011

RAWATAN PERUBATAN PERCUMA

PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

Ganjaran itu diberikan berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi.

Keputusan kerajaan itu berkuat kuasa mulai tarikh diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) Ke-12 di sini semalam.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," kata Perdana Menteri.


*Sumber: KOSMO

Isnin, 21 Mac 2011

IRMA HASMIE SUDAH BERTUDUNG ...SERONOK DENGAN IMEJ BARU


~ Manisnya Irma Hasmie dengan penampilan barunya


SETIAP mata tertumpu sejenak tatkala susuk tubuh pelakon Irma Hasmie Ibrahim muncul di khalayak dengan imej bertudung litup sewaktu menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Menyarung busana rekaan Hatta Dolmat, Irma Hasmie tidak langsung kekok dengan penampilan baru itu, malah dia dilihat selesa menggayakan gaun labuh berona krim yang sedondon dengan tudung yang disarungkan.

Tidak berhenti menguntum senyuman, keayuan Irma makin terserlah dengan imej sopannya, sekali gus memperlihatkan dia sudah mara ke sebuah lagi fasa kehidupan yang lain.


Cerita selanjutnya baca di sini- KOSMO



Alhamdulillah seorang lagi artis kita memilih untuk berhijrah dengan memakai tudung. Kita sama2lah doakan agar dia sentiasa ditetapkan iman dan istiqamah dengan keputusan yang dipilihnya ini . Tahniah untuk Irma Hasmie...

Rabu, 16 Mac 2011

AWAN RADIOAKTIF BERGERAK KE TOKYO

SEORANG kanak-kanak diimbas untuk diperiksa kadar radiasi padanya di sebuah pusat pemeriksaan di bandar Koriyama, negeri Fukushima semalam.


TOKYO - Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

"Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi," kata Kan.

"Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang," tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi


*Sumber - KOSMO



P/S: Simpati dengan mereka yang terlibat. Semoga kita semua akan terlindung dari musibah2 yang tidak disangka2 ni.

Selasa, 15 Mac 2011

PASUKAN SMART BERLEPAS KE JEPUN HARI INI

PASUKAN Smart dan perubatan dari Malaysia akan turut terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.

"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


Sumber - KOSMO

Isnin, 14 Mac 2011

JEPUN SEMAKIN BAHAYA

ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.


*Sumber - KOSMO

Jumaat, 11 Mac 2011

ALAHAIIIIIIIIIIIIIIIIII... NAIK HARGA ..

KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan - KOSMO


KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.

Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.

Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

“Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.


* Sumber - KOSMO



Mood : Tengah berkira2 ...alahaiiiiiiiiiiiiiii, barang naik harga......:(



Selasa, 8 Mac 2011

BENJY PERNAH CERAIKAN ISTERI

KUALA LUMPUR – Dalam diam, pelakon Benjy yang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar, Johor sejak Mei tahun lalu atas tuduhan penyalahgunaan dadah rupa-rupanya pernah menceraikan isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di rumah mereka di Menara Dutamas di sini pada Julai 2008.

Namun pasangan itu didakwa kembali hidup sebumbung pada hari sama mereka bercerai setelah Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, melafazkan perkataan rujuk semula terhadap Safiya.

Perkara itu hanya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila Safiya, 28, memfailkan dua permohonan serentak iaitu permohonan mengesahkan talak dan mengesahkan lafaz rujuk semula pada 7 Februari lalu.

Benjy yang dibawa dari PPA berada di mahkamah bersama Safiya semalam dengan diwakili peguam syarie, Hazirah Othman dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebaik sampai di mahkamah Benjy dilihat terus mencium dahi Safiya.


*Sumber : KOSMO


P/S: Apa2 pun kita doakan agar Benjy dan isterinya akan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini nanti...

MATI MUDA AKIBAT OBES

KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan mayat Ang Kok Fei semalam.


KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau.

Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula.

Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama.

Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain.


*Sumber : KOSMO

Jumaat, 4 Mac 2011

BERBELANJA RM300 JE ; MENANG RM88,888

NEIL ADAMS (kiri) meraikan kemenangan Khairuni Sabil bersama anaknya, Nursarah di Kuala Lumpur semalam.



* Ni yang orang kata " Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tahu"....Kenapalah aku tak shopping kat TESCO masa tu ..Hu3......


KUALA LUMPUR - Hanya dengan berbelanja sebanyak RM300 di pasar raya besar Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco), seorang suri rumah mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah utama peraduan Tahun Baru Cina 8 Hari Grabbit Bonus, iaitu wang tunai sebanyak RM88,888.

Khairuni Sabil, 47, sama sekali tidak menyangka kunjungannya ke Tesco Mutiara Damansara di sini pada 3 Februari lalu untuk membeli barangan keperluan dapurnya telah mendatangkan tuah bernilai buatnya.

"Saya selalu berbelanja di cawangan ini yang hanya terletak lima minit perjalanan dari rumah saya. Saya hanya memasukkan satu borang penyertaan dan tidak sangka ia berjaya.

"Mungkin ini merupakan rezeki anak bongsu saya, Nursarah Muslim yang menyambut hari lahirnya ke-11 hari ini (semalam)," katanya ketika majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sini semalam.


*Sumber- KOSMO

Khamis, 3 Mac 2011

H1N1 'DATANG' LAGI...EKORAN H1N1 SEKOLAH DITUTUP SEMINGGU

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini tutup selama seminggu bermula hari ini setelah seorang pelajarnya disahkan meninggal dunia akibat menghidap virus selesema babi (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penutupan sekolah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan punca wabak H1N1 menular ke sekolah terbabit.

Katanya, kematian pelajar terbabit bagaimanapun hanya dilaporkan kepada pihaknya pada 28 Februari lalu oleh pengurusan sekolah terbabit.


*Sumber - KOSMO


P/S: Aku dengar berita ni kat radio masa on the way datang keja pagi tadi. Risau plak jadinya coz kat kawasan Kajang kes ni...:(

Rabu, 2 Mac 2011

MUDA-MUDI PESTA DADAH DICEKUP

SEBUAH hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur yang disewa sekumpulan 30 orang untuk berpesta menyambut hari jadi Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Keseronokan sekumpulan 30 orang termasuk lima wanita yang menyambut hari lahir dalam sebuah bilik hotel di Jalan Cheras di sini tidak berpanjangan apabila mereka ditahan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan pada pukul 4 pagi Sabtu lalu dibuat selepas polis menerima aduan mengenai bunyi bising dari salah sebuah bilik hotel di situ.

“Kita menghantar sepasukan polis selepas ada penghuni di hotel sama memaklumkan tidak tahan dengan bunyi bising dari bilik hotel yang disewa kumpulan tersebut,” kata beliau di sini semalam.


*Sumber : KOSMO


P/S: Risau dengan masalah sosial di kalangan muda-mudi sekarang..:(

Selasa, 1 Mac 2011

DIPENJARA KERANA DERA ANAK TIRI

Anak tiri pun anak juga. Kenapa perlu ada layanan yang berbeza terhadap anak tiri? Anak tiri pun perlukan perhatian dan kasih sayang.

MELAKA - Seorang suri rumah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu.

Dia yang sepatutnya mempunyai tanggungjawab melindungi mangsa tetapi telah melakukan sebaliknya.

Untuk cerita selanjutnya klik di sini - KOSMO



Isnin, 28 Februari 2011

GERAM PUNYA PASAL ; RUMAH KENA BAKAR !

KEADAAN rumah yang dipercayai sengaja dibakar seorang lelaki yang bergaduh dengan isterinya di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang naik angin selepas bertengkar dengan isterinya dipercayai bertindak membakar rumah sendiri sehingga menyebabkan sebuah stor dan bengkel motosikal turut hangus dalam kejadian di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.

Difahamkan, semasa kebakaran pada pukul 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 39 tahun manakala isterinya yang berusia 35 tahun baru bertengkar.

Punca pertengkaran itu disebabkan pelbagai masalah rumah tangga pasangan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas melakukan tindakan di luar dugaan tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu menghilangkan diri dan sehingga petang semalam polis masih mencarinya.

Menurut beliau, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada si isteri dan semasa kejadian wanita tersebut dan tiga anaknya berada di rumah jirannya.


* Sumber - KOSMO


P/S: Emosi kalau tak diurus dengan baik memang macam2 boleh jadi...:(


Ahad, 27 Februari 2011

DAPHNE KINI DIPANGGIL DAHLIA



"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.

"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.


Berita selanjutnya di sini - KOSMO


*Alhamdulillah. Seorang lagi saudara baru kita. Kita sama2 doakan moga dia dikuatkan iman dan terus bahagia bersama kehidupan 'baru'nya...insyaallah, amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs