UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Nikmat yang ditarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nikmat yang ditarik. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

BILA BLACKOUT ..

Tengah syok buat keje tiba-tiba je 'blackout'...2 kali plak tu. Terpaksa bukak ,mata besor2 coz nak tengok tulisan kat PC nih. Bila blackout tadi serentak jugalah bunyi mengeluh kedengaran. Macam irama yang dicipta2 plak....hu3.....

Itu baru sikit, baru blackout kat office. Itu pun sekejap. Tak sampai 1/2 jam pun. Itupun kita dah rasa suasana gelap sangat. Nikmat elektrik yang 'ditarik' sekejap. Cuba bayangkan nikmat lain yang lebih besar yang Allah bagi...Nikmat melihat dengan mata, nikmat mendengar dengan telinga, nikmat bersuara dengan mulut, nikmat merasa dengan lidah dan pelbagai nikmat lagi yang tiada tolok bandingnya.

Cuba bayangkan kalau salah satu (salah satu ye....bukan semua) ditarik balik sekelip mata. Apa yang kita rasa? Mesti gelisah dan tak menentu kan. Jadi kerana itu hargailah semua nikmat yang Allah beri kepada kita. Gunakannya sebaiknya dengan cara yang betul dan diredhai. Mudah2an nikmat itu terus berpanjangan dan semakin diberkati lagi.


P/S: Kerana siapalah kita yang boleh mengatakan ...." Segala yang aku miliki ini aku yang punya". Allah lebih berkuasa ke atas segala2nya.

Khamis, 25 November 2010

NIKMAT YANG DITARIK

Berharganya sebuah kenikmatan sekiranya kita tahu menghargainya. Salah satunya nikmat sihat. Kalau dah sakit ; tak sihat......banyak perkara tak dapat kita buat!Nak buat kerja susah....nak makan pun tak selera.

Baru sedikit nikmat yang ditarik ; tapi banyak perkara yang terjejas. Hagailah nikmat2 yang telah dikurniakan-Nya sebaik mungkin dengan bersyukur sentiasa........

P/S: Mudah2an seorang sahabat yang sentiasa berulang -alik ke hospital untuk rawatan penyakit kencing manisnya akan terus kuat dan tabah dengan ujian ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs