UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label My princess. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My princess. Papar semua catatan

Rabu, 4 Januari 2012

BACK TO SCHOOL DAN KENANGAN TERINDAH

Muka ceria orang yang dah tak sabor nak pegi skolah lepas cuti panjang..hu3...

Hari ni sume parents mesti sibuk. Lagi2 yang ada anak-anak nak masuk sekolah semula tu. Tu belum lagi yang kalut dengan situasi anak-anak mula masuk pra-sekolah atau tadika atau yang seumpamanya. Mesti kecohhhhhhhhhhhhh abis kan.....

Bagi aku plak ; anak sorang je pon tetap busy juga. Kul 5:30 pagi dah bangun siapkan breakfast untuk my princess. Pagi ni dia plak yang kejutkan aku bangun. Gigih betol ; semangat nak ke skolah tu.

This year my princess dah masuk form 3. Tahun yang memang penting buat dia.Dah pon 15 tahun umur my princess. Rasa kejap je masa berlalu. Terbayang2-bayang 11 tahun dulu bila dia mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan di TASKI. Masa tukecik je lagi. Sekarang dah sama besor ngan aku.hu3...


Bila tengok dia lengkap berpakaian uniform sekolah...teringat plak kenangan aku 18 tahun dulu. Masa masih lagi di alam persekolahan. Uniform dengan warna yang sama ......cuma masa dan tempat je dah berbeza. Rindu plak aku dengan suasana masa tu.....*FEELING PLAK TETIBA...*

Apa2 pun kenangan tetap kenangan yang akan terus kekal dalam ingatan. Yang pasti kenyataan hari inilah yang perlu kita jalani dan lakarkan agar akan jadi kenangan terindah di sutu hari nanti...

SAMA TAPI TAK SERUPA

@ My HOME SWEET HOME..:)




@ My HOMETOWN ; Teluk Intan - Balik kampung time..:)

@ TAMAN BURUNG , KL



@ TUGU NEGARA



@ RESTORAN MALEE CLASSIC, KAJANG - Dinner time..:)

Selamat pagi sume. Hari yang ke-4 di tahun baru ni.Aku masih lagi bercuti ; still merehatkan diri kat umah ni sementara nak mengumpulkan tenaga semula untuk kembali bekerja esok hari. Kepada yang bekerja tu jangan jeles ye...hu3....

So, pepagi ni elokle kalau dimulakan dengan entry yg santai je ye. So apa kata kalau sudi layan le gambor aku dengan my princess kat atas tu. Kalau dulu masa kecik kita sibuk jaga dia..sediakan sume keperluan dia.....sekarang ni dia jaga keperluan dia sendiri....dan kadang-kadang 'keperluan' kita dah jadi 'keperluan' dia juga....:P

Jumaat, 1 April 2011

ALMARI SOLEK FOR MY PRINCESS

~ Nampak sangat baru beli ...* dengan bertampal2 lagi kat cermin tu...hu3...*


Actually sebab sebelum ni my princess dok ngan my mum kat kampung. Sebab masa tu dalam tahun 2009 aku baru je posting kat Kajang ni ; so dia pun dah setengah tahun sekolah kat kampung. So aku decide biarlah dia abiskan sekolah kat kampung dulu. Tak nak ganggu pelajaran dia.

Cuma baru dalam bulan 11 tahun lepas aku jemput dan amik dia dok ngan aku sekali. So memang le kelengkapan kat bilik dia tu ada yang tak cukup lagi.

Kebetulan baru2 ni birthday dia, so my huby pon terus belikan almari solek ni sebagai hadiah birthday. Masa beli tu dia kat sekolah ....so bila balik umah je bukan main seronok dia coz dapat barang yang memang dalam wishlist dia selama nih...


P/S: Makin lama lah aku menunggu dia bersolek kalau nak kuar pegi jalan2.Anak pompuan katakannnnn....:P

Rabu, 9 Mac 2011

SEMOGA DIA TERPILIH ..

Selamat pagi lagi untuk semua. Macam mana bangun pagi ni?Rasa segar? Atau rasa lemah je.....Kalau belum sarapan eloklah bersarapan dulu ; supaya ada tenaga untuk teruskan keja2 hari ni.

Pagi ni agak kalut sikit ....bila aku dah sampai office dalam pukul 7:40 my princess kal. Dia tanya aku kenapa aku tak kejut dia pagi ni awal sebab ada latihan dan pemilihan pemain bola baling kat sekolah dia.Aku yang jadi blur ...sebab pukul 5;30 pagi tadi aku dah kejut dia , tapi dia kata malaslah nak pegi sebab penat.....Agaknya dia mamai kot masa tu.

So, my princess pegi juga ke sekolah tapi agak lewat. Sempat juga dia cakap kat aku .." Ibu doakan kita terpilih ye"....Aku jawab .."Insyaallah ibu doakan Atin terpilih masa pemilihan pagi ni untuk pemain bola baling tu ; nanti ayah pun doakan sama ye ayah.." My hubby mengangguk2 je sambil senyum.

Dan aku pun nak mintak tolong jasa baik korang, tolong sama2 doakan my princess supaya dia boleh bermain dengan cemerlang dan terpilih untuk pemain bola baling sekolahnya . Thanks untuk korang sume...:)


* Doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah anak2nya. Dan aku pasti sume ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 tercinta....

Rabu, 23 Februari 2011

MY PRINCESS .. TAKE CARE SWEETHEART

~ I really love my princess...my sweetheart....

~ Harap2 my princess boleh bersekolah cam bese....


Hari ni my princess dah mula kurang panas badannya dan dia pun ada cakap nak pegi sekolah hari ni. Harap2 dia betul2 sembuh lah naknye. risau aku bila dia demam ; on and off plak tu. Kejap sejuk kejap panas badannya.

Tapi baru kejap tadi aku call, dia kata dia dah okay. Tengah bersiap2 nak pegi sekolah. Cuma suara dia je serak sikit coz masih batuk2 lagi. Harap2 dia okaylah kat sekolah nanti....



P/S: Aku siap pesan macam2 suruh dia bawak ubat n minyak cap kapak ke sekolah....Memang dia dah 14 tahun ; dah besor. tapi aku rasa dia 'kecik' je lagi....

Selasa, 22 Februari 2011

UBAT OH UBAT

~ Ubat oh ubat ..

~ 4-5 jenis ubat plus ubat batuk untuk my princess...sian dia..:(


Punyalah banyak ubat yang my princess kena makan. Kesian dia. Nasib baik dia jenis yang tak susah makan ubat *macam aku...hu3...* Dia siap pesan mintak aku ingatkan dia makan ubat bila dah cukup masanya.


P/S; May be dia pun dah letih asyik baring je. Harap2 di cepat sembuh.....

Sabtu, 15 Januari 2011

AKTIVITI PAGI INI

~ My princess ; sebelum pegi sekolah sempat dia suruh aku amik gambor dia lagi.....hu3....


Wah......macam Sehari dalam hidupku je tajuk entry. Macam le orang ramai sangat nak tau......hu3.....*perasan sendiri ni..*. Actually pagi2 lagi dalam pukul 7 dah kuar hantar my princess ke sekolah. Ada Kursus Kepimpinan Kokurikulum hari ni.

Balik ke rumah ; kemas2 apa yang patut. Pukul 9:30 nanti nak kuar ; aku plak ada urusan. Attend satu ceramah yang pihak Jabatan anjurkan. Ada penceramah yang popular akan datang. Pasangan suami isteri. Mesti ramai boleh agak kan.

Insyaallah ini kali ke-2 aku bakal attend ceramah dari kedua2nya. Tu yang agak excited tu. Kalau dapat amik gambar ; aku cubalah nanti. Walaupun dari jauh je.....hu3....Ceramah akan dijadualkan berakhir jam 1:00 tengahari. Then pas tu terus amik my princess plak kat sekolah.....

Korang plak ape je aktiviti pagi ni?

Khamis, 30 Disember 2010

TIDUR YANG CUKUP ; BANGUN PAGI PUN RASA SEGAR JE ..

Hari bangun pagi dengab rasa segar sebab dapat tido yang cukup........Malam tadi pukul 9 lebih akau dah tetido. Tejaga pukul 5:30 pagi ; my princess masih mengadap TV. Rupa2nya dia tak tido semalaman......Blogging dan tengok TV........

Cepat2 aku suruh dia tutup TV dan masuk bilik. Sempat pesan suruh solat dulu sebelum tido. Malam ni tak boleh biarkan dia berjaga lagi. Lagpun tak lama lagi dah nak bukak sekolah......

Aku plak tetido atas sofa je. Nasib baik badan tak sakit2 pagi ni.........Malam tadi memang tak de update blog dan BW . Mengantuk sangat.....he3......

Selamat pagi yang ceria untuk semua......:)

Isnin, 29 November 2010

SEKOLAH BARU MY PRINCESS

~ My princess


~ Sempat amik beberapa keping gambar masa pegi untuk serahkan surat kelulusan dari PPD hari tu........Memang besar dan cantik gak sekolah nih!


Selamat pagi semua! Harap2 ceria je hari ni ek...........Jangan lupa breakfast dulu. Untuk tenaga ; maklumle 2 hari cuti , nak mulakan keja hari Isnin............. memang berat sikit ; Monday Blues...... Hu3........

Saja aku tepek gambar sekolah baru my princess kat sini. Harap2 dia happy memulakan persekolahan kat sini next year. Memang dia berat nak tinggalkan sekolah lama dia tu.......but live must go on. Dia mesti mulakan kehidupan baru di sini macam mana aku setahun yang dulu.........

Memang agak susah nak sesuaikan diri........Tapi, insyaallah masa akan merubah segalanya. Doakan yang terbaik untuk kami di sini ye..........:)

Selasa, 2 November 2010

MASALAH TINGGAL BERJAUHAN

Tadi baru terima call dari sek0lah lama my princess. Diaorang mintak aku datang ke Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pelajar Cemerlang UPSR tahun lepas. My princess pun tersenarai......

Alhamdulillah.....syukur dengan juga dengan berita gembira tu. Masalahnya aku baru je balik kampung last week. 11.11.2010 tu plak hari bekerja. So, takkan nak balik lagi. Cuti pun berbaki 4 hari je.......Nanti nak cuti lagi untuk uruskan pertukaran sekolah dia. Dilema sungguh!

Ni lah masalahnya kalau tinggal berjauhan. Next year memang aku nekad bawak my princess dok sekali dengan aku kat sini!

Rabu, 22 September 2010

HARI RAYA TERINDAH WIF MY PRINCESS

~ Wif my princess on the firest Hari Raya.........


Rasanya dalam banyak2 hari raya.........Hati Raya 2010 adalah yang paling terindah bagi aku dan juga my princess! May be dia dah besaor......dah sebesor aku.....kih3......cuma kecik sikit je........he3..........

Bila dah jadi anak dara lain le sikit cara sambutan raya nyer......Dulu kita siapkan dia.....sekarang ni dia lagi demand pilih baju sendiri dan make up sendiri........

~ Luv u bebeh.......


Cepat sungguh masa berlalu kannnnnnnn....... Raya kali ni jadi bertambah best.....coz aku coti panjang. Banyak masa aku spend dengan my princess. Pegi mana pun aku usung je dia......kah3......

Memang 2010 adalah Hari Raya Terindah buat kami berdua dan iansan2 tersayang yang ada bersama........

Jumaat, 13 Ogos 2010

MY PRINCESS......

~ Wif my princess.....

Balik kampung baru2 ni.....aku tengok dah makin besor my princess ni. Dah anak dara dah. Rasa cepat sangat masa berlalu. Memang tak terasa......

Bila berdiri dah hampir sama tinggi dengan aku. Baju pon dah boleh kongsi.......Cuma kekadang kerenah remaja dia yang susah sikit nak di fahami........

Beselah.....budak2 sekarang. Kekadang, suka bercerita tanpa kita minta......kekadang plak banyak mendiamkan diri jerk. Apa pon aku sentiasa doakan dia dalam perlindungan Allah swt. Mudah2an My princess yang sorang ni.........FATIN NORALYANI NADHIRAH......akan menjadi anak yang solehah dan bahagia di dunia hingga ke akhirat nanti. Amin......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs