UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label TGV Cinemas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TGV Cinemas. Papar semua catatan

Ahad, 28 November 2010

JOM TENGOK NGANGKUNG ........BEST !



Kan aku penah citer yang aku ni penggemar citer2 seram. Last sekali yang aku tengok; MANTRA! Terabru ni ; semalam......aku pegi tengok NGANGKUNG plak ngan my hubby dan my princess kat TGV Cinemas, JUSCO Balakong.

Best citer nih! Tak seram sangat.....sikit2 je; SERAM KOMEDI.........

Filem ni mengisahkan 3 sahabat ; lakonan Saheizy Sam (Azim), Azad (Tasnim) dan Angah Raja Lawak (Wan). Tasnim dan Wan ni sker NGANGKUNG! Maksudnya jumpa bomoh dengan membawa barang2 lama seperti lembing lama untuk dipuja bagi mendapatkan no mborekor........*Jangan contohi perbuatan ni ye.....hu3.....*.
Azim yang pada mulanya tidak sker dengan apa yang dilakukan oleh 2 sahabatnya tu........turut terpengaruh dengan kedua2nya kerana ingin mengubah nasib kehidupan keluarganya yang agak susah. Pelbagai jenis bomoh mereka jumpa. Dan pelbagi kejadian seram dan kelakar yang berlaku.
Sehingga satu hari, berlaku kejadian yang benar2 mengubah hidup mereka.Apakah kesudahannya? Jom tengok ramai2 di panggung yang berdekatan ye......

Tak rugi tengok......memang best!

Khamis, 22 Julai 2010

SeRaM ........ MANTRA

~ Filem MANTRA ...... TGV CINEMAS

Last Sunday (18/07/2010), tertunai jugak hajat aku nak tengok filem seram gilerrrrrrrrrr.....MANTRA...... kat TGV Cinemas Jusco, Cheras Selatan. Actually , my hubby tak berapa minat tengok cite2 versi seram macam ni, tapi dek kerana nak menunaikan hajat wife tercinta dia nih.....he3........ so nak tak nak, dia turutkan jugalah.


MANTRA mengisahkan pengkhianatan dalam persahabatan. Watak Hasbie, lakonan Hasnul sanggup menggunakan ilmu hitam ke atas rakannya Muzir, lakonan Zul Suphiaan dan Ani; isteri Muzir(lakonan pelakon baru Ana Dahlia), semata2 kerana ingin memiliki wanita itu.

Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. Di dalam penjara, Muzir menuntut ilimu hitam daripada Embahsura yang bakal menemui ajalnya. Tapi ilmu itu tidak sempurna kerana dinding penjara telah dipagar dengan ayat2 suci Al-Quran.

Muzir telah meminta pertolongan daripada Pak longnya lakonan Hamdan(bekas ahli kumpulan Senario) untuk memadamkan ayat2 suci itu. Pak longnya yang terdesak kerana isterinya yang menghidap penyakit ganjil telah bersetuju dan dengan balasannya, Muzir mesti mengubati penyakit isterinya.

Untuk tujuan itu, beberapa syarat perlu dipenuhi oleh Pak long Muzir. Pertama, memadamkan ayat2 suci yang terdapat di dinding penjara. Keduanya, menyediakan 3 hidangan untuk disembahkan kepada penjaga ilmu hitam. Dan yang ketiganya, mengambil tali pengikat di bahagaian kepala mayat perempuan yang mati melahirkan anak sulung mengunakan gigi.

Pelbagai kejadian seram berlaku selepas itu. Dan peringatan......filem ini penuh dengan adegan seram dan suspens. Untuk anak2 kecil memang agak kurang sesuai. Lagi satu, banyak sangat scene yang menunjukkan ulat2 dan ular......yang boleh buat kita rasa geli sesangatttttttttttt !!!!!!!

So, kalau tak boleh layan dengan sume tu....fikir 2-3 kali sebelum pegi tengok cite nih. Macam aku.....balik je dari tengok filem ni, langsung tak boleh nak makan ..........ha3.......

Kalau nak tau kesudahan filem ni, sila berkunjung ke pawagam yang terdekat sementara ia masih ditayangkan hokay. Sementara stok masih ada!!!!! ha3......

p/s: Kepada yang dah tengok cite ni, janganlah cuba2 nak mengamalkan mentera2 yang dibaca oleh pelakon2nya. Takut2 menyalahi agama kita. Just untuk tontonan dah memadai......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs