UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Hujan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hujan. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2011

RAINING AGAIN.....

It's raining again......pagi2 masa nak kuar dah nampak cuaca tiba2 mendung je. Malas nak drive ; aku intak my hubby anto aku ke office. Naik motor lagi cepat sampai. Nasib baik sempat sampai ke office sebelum hujan makin lebat.

Sejuk je pagi nih. Indahnya rasa kalau cuaca sejuk pagi ni sampai ke petang nanti. Tapi sume dalam ketentuan-Nya. Bila tiba masa sang metari akan menampakkan sinarnya. Sinar yang memberi banyak manfaat untuk semua manusia di dunia ini.....alhamdulillah.

Selasa, 3 Mei 2011

IT'S RAINING HERE....

~ Selamat pagi...............:)



It's raining here. just only. Kat tempat korang macam mana plak? Owhhhhhhhhhhhhhhh....so sleepy. Memang berat je nak keje pagi ni ; seberat kelopak mata ni nak bukak pagi tadi. Yelah dah 3 hari cuti. Beselah kan. Enjin pon sejuk lagi....hu3...

Selamat pagi juga untuk korang sume. Hujan yang turun ni rahmat dari Allah. Jom kita perbanyakkan doa. Mudah2an dilimpahkan kebaikan buat kita sume. Amin.

Rabu, 13 April 2011

MUSIM HUJAN ; BETAPA KASIH SAYANG IBU BAPA PADA ANAK2 ITU YANG TERUNGGUL ..

Sekarang ni musim hujan kan. Kalau tak ujan waktu pagi ; ujan waktu petang. Kalau ujan waktu petang besenya sampai ke malam. Memang le best kalau ujan ; tido sedap je. Tak de le rasa panas membahang.

Bermacam2 senario dapat kita lihat masa ujan. Ada tu kadang2 aku nampak bawak motor sambil pegang payung. Bahaya juga tu , lagi2 kalau bawak sekali anak2 kecik . Petang semalam masa aku pegi jemput my princess kat sekolah dia ; waktu tu ujan.

Dah ujan, so sinonim lah dengan payung kan. Apa yang aku nak highlight kat sini bukannya bentuk atau corak payung tu ; tapi betapa kasih dan sayangnya ibu bapa ni dengan anak2.......sanggup tunggu depan pintu pagar sekolah dengan payung kat tangan..... *termasuk le aku....hu3...*Ada tu yang sampai lebih dari 1 payung.

Yelah mungkin anaknya 2-3 orang belajar kat situ. Tak nak anak2 ni demam.....mak ayah demam tak pe, janji anak2 ni jangan demam. Susah kalau diaorang demam. Terganggu pelajaran nanti.Begitulah kasihnya ibu dan bapa pada anak2 ni sume.



P/S: Anak2 sekarang cukup beruntung. Celik2 mata je dah selesa dengan kereta ke mana2. Aku dulu naik basikal je pegi sekolah. Kalau ujan siap pakai baju bese dari umah.......Tapi tetap bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk menimba ilmu.....:)

Rabu, 30 Mac 2011

HUJAN LAGI PAGI NI ; BERSYUKURLAH KITA SENTIASA

~ Wajah ku pada pagi ini....ha3..*itu pon nak citer ka?*


Selamat pagi sume.Pagi ni hujan lagi ; melenyapkan keresahan sepanjang hari dan malam tadi yang diselubungi kepanasan tahap tak tertahan dah rasanya ; sampaikan kami 3 beranak terpaksa melelapkan mata kat ruang tamu je ...hu3.....Coz bilik teramat lah panasnya.

Sejuk je pagi ni ; syok kalau tido nih. Tapi dah amanah kene le datang keje. Sejuk2 ni kalau dapat pekena ubi rebus dengan ikan masin dan kopi 'O' panas ....memang meletops!

Korang dah breakfast? Selamat menikmati breakfast pagi ni ye. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Kalau tak menepati selera kita sekalipun ; jangan le mengeluh je. Kenangkan mereka2 yang tidak punya apa2 untuk dijamah pagi dan tidak tahu bila lagi akan dapat mengisi perut yang kelaparan ; betapa kita lebih beruntung bdari mereka2 itu......


P/S:Sesekali memandang pada kekurangan orang lain adalah perlu untuk kita menginsafi diri dan mensyukuri apa yang diberi....

Khamis, 24 Februari 2011

TIBA-TIBA ............

Tiba2....rasa sejuk je....cuaca gelap..guruh berdentum....kilat sabung-menyabung.......

Rupa2nya hujan kat luar tu. Tau2 jenguk ke luar tingkap......hujan tengah turun dengan lebatnya. Makin sejuk plak kat dalm office ni. Lagi2 dengan staf yang berapa kerat je...yang lain pegi attend Dialog Bulanan. Makin terasa lah kesejukannya....

Apa2 pun nak pesan pada kawan2.....Dalam keadaan hujan lebat ni kalau boleh jangan lah redah juga nak memandu balik . Agak bahaya. Tambah2 lagi macam aku yang office kat atas bukit ni.... Harap2 cepatlah teduh huja ni.

Ahad, 30 Januari 2011

HUJAN ..... UBAH STYLE DI HAIRAZONE

Dari pagi tadi hujan. Bangun awal je macam hari2 keja bese. Ingatkan nak online lepas mandi pagi tadi. Tengok2 my hubby dah booking dulu. Mengalah je lah aku jawabnya....hu3....

Bukan selalu pon dia online, so aku pon continue buat keja2 umah. Dah siap buat keja umah ; hari ujan lagi kat luar, rasa sejuk plak.....mata terus je rasa nak tido......Tertido le plak. Lepas lunch tadi kuar sekejap.....bawak my princess potong rambut kat HAIRAZONE, Kajang.

Not bad. Ada 2 jenis service kat situ ; SENIOR RM 15 dan PROFFESIONAL RM25. Aku pilih yang senior je. Tapi cantik gak hasilnya.....:)

P/S: Kat luar masih ujan.....mesti ramai yang amik peluang tido nih.....heh3.....

Sabtu, 25 Disember 2010

MY PRINCESS YANG DEMAM KENA HUJAN...

Kesian dengan my princess yang demam. Tengah baring je tu kat aats sofa. Agaknya tak tahan kena hujan petang tadi. Cuaca pun sejuk je nih ; aku pegang badannya pun panas sikit.

Suruh dia rehat je. Selalu waktu2 macam ni dia yang booking lappy ni update blog. Tapi malam ni macam tak de mud je.......Sian dia.

Memang sejuk malam ni. Aku plak sambil update blog sambil layan Filem era 80-an ; JEJAKA PERASAN. Filem JEJAKA PERASAN ni memang popular dulu. Lakonan Salleh Yaacob, A R Badul, N D Lala, Liza Abdullah dan Tantiana Hamzah.........Best juga tonton filem2 lama nih.....

Ahad, 28 November 2010

HUJAN DAN TONTON FILEM

Hujan kat luar buat perut rasa lapar. Asyik terperuk je dalam umah dari pagi tadi........rasa boring gak!

So, BW sambil layan Filem REMPIT kat ASTRO CITRA. Dah banyak kali aku tengok citer ni, tapi tak pernah abis! Kalau tengok mula2.....yang last tak tengok........Kalau tengok yang last.......pertengahan plak terlepas........hu3........

Itulah kelemahan aku. Tak boleh fokus lama2 tengok satu2 citer. Kecuali filem Seram atau Komedi.........Bagi je tiket free kat aku. Berpuluh2 kali pun aku sanggup tengok. ......He3.......Macam Filem2 Allahyarham Tan Sri P.Ramlee!!!

Ahad, 14 November 2010

HUJAN TURUN LAGI

Petang ni hujan turun lagi.Macam biasa bila hujan semua orang akan terperuk dalam rumah masing-masing. Ada yang tido (sedap tido ujan2 ni), ada yang buat kerja-kerja rumah dan tak kurang juga ada yang termenung dalam bilik tu ; melayan perasaan........

Aku? Macam biasalah.....masa yang ada aku luangkan untuk update blog dan blogwalking.Setelah beberapa jam ni sibuk dengan beberapa urusan........ baru je ada masa untuk mengadap lappy.

Yelah dalam hidup ni, kita tak mampu nak buat banyak perkara dalam satu-satu masa.Kalau mampu sekalipun memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ada masanya kita mampu berkorban, ada masanya kalau salah percaturan kita yang terkorban......Ha.....so, pandai-pandailah mengawal keadaan.......

Macam kat luar tu tengah hujan......So, kalau nak keluar juga.......gunakan payung sebelum kamu basah dek hujan!

Sabtu, 6 November 2010

HUJAN........SEKEJAP TURUN, SEKEJAP REDA

Kat luar hari hujan. Sejak setengah jam yang lepas......sekejap hujan......berangin.....sekejap reda. Kuasa Tuhan kannnnnnnn........Sapa tau nanti tiba-tiba hujan terus turun lebat. Ataupun tiba-tiba cuaca kembali cerah......panas......membahang!

Sapa tau kan? Macam idea nak menulis dalam blog ; kadang-kadang buntu tetiba........then, idea datang semula mencurah-curah! So, ape lagi........Terus tulis, jangan simpan dalam hati je.....he3....

P/S: Tiba-tiba datang idea tu yang tangan ligat menaip ni..........sker2!

Rabu, 18 Ogos 2010

CUACA YANG TAK MENENTU

Sekarang ni cuaca tak menentu.....sekejap hujan......sekejap panas. Macam 2-3 hari lepas hujan jerk waktu petang. Hari ni plak nampak macam okay.......Tapi tak boleh nak jangka juga. kalau tak, takkan lah orang kata " Ku sangka panas hingga ke petang.....Rupa nyer hujan di tengah hari.....".....Hu3....sentimental la plak.....
Bukan ape....bila hujan2 waktu petang ni....aku kesian dengan peniaga2 kat bazar Ramadan tu. Takut banyak jualan yang tak habis nanti! Dah lah diaorang tu amik kesempatan berniaga bulan Ramadan untuk cari duit raya....Tu yang kesian tu. Tapi nak buat macam mana.....hujan pon rezeki juga. So, tawakkal dan redha je lah kan. Mudah2an Dia akan beri yang lebih baik lagi sebagai ganti.
*Harap2 kejadian buruk yang menimpa para peniaga bazar Ramadan kat Melaka hari tu, takkan berlaku lagi........

Selasa, 17 Ogos 2010

AKU DAN HUJAN.....SERIAU!

~ Credit to Google.......Hujan......
Masa nak masuk office after rehat tengahari tadi, tiba2 jerk hujan lebat! Aku tengah drive plak tu. Kalau masih kat umah.....dah tentu aku stay dulu sampai hujan reda sikit, coz aku ni seriau kalau drive waktu hujan lebat!
Kalau hujan lebat sangat....pandangan jadi blur. Dah le aku ni rabun. Even pakai lense......still terganggu dengan keadaan hujan yang lebat tu.......
Elok je sampai office dan parking....makin lebat plak hujan nyer. So, nak tak nak aku terpaksa lepaking jerk dalam kete sekejap.......tunggu hujan reda. Ni sebab tak de payung dalam kete la nih....Dah banyak kali nak beli, tapi bila kuar jerk.....lupa nak beli!
Harap2 lepas ni aku tak lupa lagi nak beli payung dan simpan dalam kete untuk kecemasan.......Kekdah nyer jangan drive tanpa ada nyer payung dalam kete!!! He3......

Selasa, 22 Jun 2010

HuJAn Oh HuJaN .....

~ Hujan .... Credit to google.....

2- 3 hari ni cuaca agak mendung sikit (kat tempat akulah, tak taulah tempat korang...) . Aku sker gak cuaca macam ni....At least tak panas....sedap jerk kalau nak tido waktu siang.... he3.... Tapi, if ujan selalu ni, yang susah nya...bila nak jemur kain.....susah plak nak kering.....Lagi kalau dok umah flat, kene plak kita dua2 keje....bila cuaca macam ni...sah2 le kain2 tu terperuk je dlm umah, tak dapat nak jemur....Yelah maunya tetiba ujan....masa tak de orang kat umah sapa nak jawab tu......

Macam nilah kita manusia kan....hujan pun salah, tak hujan (panas saje pun ) salah juga...Bila panas je...komplen kata terik sangat lah...berpeluh2 la, tak selesa, perit sangatlah bahangnya...dan macam2 lagi......Susahnya kita nak bersyukur kannnnn...

Kal;au hujan sepatutnya bersyukurlah....Hujan tulah yang menumbuhkan tumbuh2an....mendatangkan rezeki....Kalau cuaca panas plak...bersyukurlah juga...Cahaya matahari tu baik juga untuk kulit..... senang kita nak keluar bekerja ; cari rezeki (lagi2 yang naik motor ).......

Tapi as a human...memang kita ni tak lekang dengan komplen dan komplen...Ada je yang tak puas hatinya....ada jerk yang tak cukupnya....(termasukle aku...) hmmmmmm......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs