SIBU 22 Nov. – Tiga maut manakala sembilan lagi cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori treler di Kilometer 72, Jalan Sibu-Bintulu di sini petang semalam.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.35 petang itu ialah pemandu kedua bas ekspres, Gelayan Tang, 38, dan dua penumpang bas iaitu Wong Hia Hong, 73, dan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Halimah Esmawi, 27.
Pemandu bas, iaitu Robin Janggie, 34, cedera parah apabila kakinya patah manakala selebih mangsa kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sibu. – Utusan
* Cerita sedih di saat kita masih meraikan Aidil Adha yang baru je disambut minggu lepas.......