UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Bersyukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bersyukur. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2011

TAZKIRAH JUMAAT ; SYUKUR

~ Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana masih diberi ruang untuk aku berkongsi sesuatu di sini.


Baru balik dari Tazkirah Jumaat. Hari ini mengenai bab Syukur. Perkara yang sering kita dengar tapi sukar untuk dipraktikkan.

Contohnya setiapkali bangun dari tidur sebaiknya kita mensyukuri nikmat usia yang masih dipanjangkan oleh-Nya dengan membaca doa bangun dari tidur ataupun ucapkan kalimah Alhamdulillah. Plaing tidak pun sebut nama 'Allah' tanda kita mengingati-Nya.

Kerana Allah tidak pernah minta kita membayar setiap satu rahmat yang dikurniakan-Nya. Cukuplah dengan sering bersyukur dan mengingati-Nya.

Paling menarik perhatian dalam tazkirah tadi bila Ustaz Mikdad ada membangkitkan tentang isu ' berapa ramai dari kita semua yang dalam excited menunggu hari gaji keluar setiap bulan memasang niat untuk bersedekah ke jalan Allah dengan rezeki yang Allah beri melalui gaji berkenaan.' Subhanallah. Selalu kita terlupa.

Jadi selepas ni, marilah kita sama2 mempraktikkan konsep syukur dalam ibadah kita seharian. Mudah2an kehidupan kita akan diberkati Allah hingga akhir hayat nanti. Insyaallah.


P/S: Kalau ada yang belum berniat masa nak kuar keje tadi ; jom kita sama2 pasang niat sekarang. Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah. Tapi dengan syarat ; pekerjaan yang baik ye....:)

Rabu, 13 April 2011

WHAT FOR NAK TENGOK ORANG LAIN.....

Kita selalu mengeluh..."kenapalah aku ni banyak sangat masalah......masalah duitlah...masalah suamilah..masalah isterilah....masalah anak lagi...tu belum masalah kat kerja...Orang lain tu (mungkin kita akan menyebut nama2 orang tu..) okay je...duit banyak....beli rumah sampai 2 -3 buah....keje elok je suami isteri.....tak de masalah apa pun...."

Mesti bese dengar kan ; tak pun memang diri sendiri yang mengeluh cam gitu ......Tapi sebenarnya apa yang kita lihat pada orang lain tu tak semestinya yang SEBENAR. Yang tersurat tak menjanjikan yang tersirat.Kalau tak ; takkan ada perkataan hipokrit kannnnnn.....

Yang nampak duit banyak tu semstinya duit dia sume....may be satu2 masa masalah datang menimpa....kete rosak ke....umah nak kena lelong ke....sape tahu?

Yang nampak macam keje elok 2 je tu...tak semestinya dia happy dengan keje tu..ntah2 keje tu banyak menyusahkan dia....kena marah selalu ngan bos ke...customer ke....sape tahu?

Yang kita nampak beli rumah 2-3 buah..tak semestinya dia mampu bayor sampai abis....ntah2 tiba2 hilan punca rezeki...sape tahu?

Jadinya sentiasa lah bersyukur dengan apa yang kita ada.....Di samping tu terus le berusaha mempertingkatkan diri kita ke arah yang lebih baik lagi....


* Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang sentiasa bersyukur.....:)


Rabu, 30 Mac 2011

HUJAN LAGI PAGI NI ; BERSYUKURLAH KITA SENTIASA

~ Wajah ku pada pagi ini....ha3..*itu pon nak citer ka?*


Selamat pagi sume.Pagi ni hujan lagi ; melenyapkan keresahan sepanjang hari dan malam tadi yang diselubungi kepanasan tahap tak tertahan dah rasanya ; sampaikan kami 3 beranak terpaksa melelapkan mata kat ruang tamu je ...hu3.....Coz bilik teramat lah panasnya.

Sejuk je pagi ni ; syok kalau tido nih. Tapi dah amanah kene le datang keje. Sejuk2 ni kalau dapat pekena ubi rebus dengan ikan masin dan kopi 'O' panas ....memang meletops!

Korang dah breakfast? Selamat menikmati breakfast pagi ni ye. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. Kalau tak menepati selera kita sekalipun ; jangan le mengeluh je. Kenangkan mereka2 yang tidak punya apa2 untuk dijamah pagi dan tidak tahu bila lagi akan dapat mengisi perut yang kelaparan ; betapa kita lebih beruntung bdari mereka2 itu......


P/S:Sesekali memandang pada kekurangan orang lain adalah perlu untuk kita menginsafi diri dan mensyukuri apa yang diberi....

Khamis, 25 November 2010

NIKMAT YANG DITARIK

Berharganya sebuah kenikmatan sekiranya kita tahu menghargainya. Salah satunya nikmat sihat. Kalau dah sakit ; tak sihat......banyak perkara tak dapat kita buat!Nak buat kerja susah....nak makan pun tak selera.

Baru sedikit nikmat yang ditarik ; tapi banyak perkara yang terjejas. Hagailah nikmat2 yang telah dikurniakan-Nya sebaik mungkin dengan bersyukur sentiasa........

P/S: Mudah2an seorang sahabat yang sentiasa berulang -alik ke hospital untuk rawatan penyakit kencing manisnya akan terus kuat dan tabah dengan ujian ini!

Isnin, 23 Ogos 2010

MULAKAN PAGI INI DENGAN PENUH KESYUKURAN

~ Bersyukur dengan ketenangan yang Dia anugerahkan......

Selamat pagi sume kengkawan di luar sana. Mulakan pagi ini dengan rasa syukur yang tida k terhingga atas ketenangan yang dianugerahkan oleh-Nya. Bersyukur kerana kita diizinkan untuk terus bernafas di bumi yang kita cintai.

Mudah2an dengan ketenangan yang dianugerahkan, kita mampu untuk meneruskan tugas2 seharian dengan lebih mudah dan lancar! Mudah2an suasana yang baik ini berterusan hingga ke petang hari ini dan hari2 yang seterus nya.

Alhamdulillah......hari ni dah masuk hari ke 13 berpuasa dan hari ke 13 juga aku dan kawan2 di office menyertai tadarus. Mudah2an majlis yang mulia ini mendapat keberkatan dari-nya. Dan mudah2an dapat mendatangkan kebaikan kepada sume. Insyaallah......Amin......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs