UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Berita Harian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Harian. Papar semua catatan

Isnin, 4 April 2011

TAHNIAH BUAT SHAHEIZY SAM ; BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2010.

"Tuah ayam nampak di kaki ; tuah manusia siapa yang tahu". Itulah yang boleh digambarkan pada kemenangan Shaheizy Sam selaku Bintang Paling Popular ABPBH 2010 yang berlangsung malam tadi.

Pastinya ramai yang menonton siaran secara langsung ni. Berkelip2 mata dengan pesona cahaya baju artis2 yang turut memeriahkan suasana.

So, kat bawah ni aku nak share juga tentang hadiah yang diterima oleh Bintang Paling Popular 2010 ni dan juga artis2 lain yang turut berjaya menerima award mengikut kategori2 tertentu :-


BINTANG PALING POPULAR 2010

  • Shaheizy Sam
- membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.



PELAKON FILEM LELAKI POPULAR

  • Shaheizy Sam

PELAKON FILEM WANITA POPULAR
  • Lisa Surihani

PENYANYI LELAKI POPULAR
  • Faizal Tahir

PENYANYI WANITA POPULAR
  • Yuna

ARTIS BERKUMPULAN / DUO POPULAR
  • Sixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR
  • Rabbani

PELAKON TV LELAKI POPULAR
  • Remy Ishak

PELAKON TV WANITA POPULAR
  • Fasha Sandha

ARTIS BARU LELAKI POPULAR
  • Shahir

ARTIS BARU WANITA POPULAR
  • Ana Raffali

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
  • Faizal Ismail

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
  • Fara Fauzana

PENGACARA TV LELAKI POPULAR
  • Aznil Nawawi

PENGACARA TV WANITA POPULAR
  • Fara Fauzana

*Sumber - BERITA HARIAN



P/S: Aku memang minat dengan lakonan Shaheizy Sam nih ; lagi2 lakonan dia dalam Adnan Sempit The Series tu.....memang menjadi sungguh! Ha3....



Rabu, 23 Mac 2011

SPM 2010: 368,559 DAPAT SIJIL, 9,239 PEROLEH GRED CEMERLANG

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.


*Sumber - BERITA HARIAN

Selasa, 22 Mac 2011

4 SEKELUARGA JADI HAMBA SEKS BOMOH

ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
“Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.
“Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.

“Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.

“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.

Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.


*Sumber : BERITA HARIAN


P/S: Awas sume ye.....Mesti lebih berhati2....



AKAD NIKAH DI MASJID TIDAK SALAH

ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.
“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.
“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07 juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan banjir bernilai RM215,182.83 yang disumbangkan melalui kutipan di masjid seluruh Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Zakat dan sumbangan itu diserahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Semalam, seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh dilaporkan berkata, tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, sumbangan banjir yang diserahkan bertujuan untuk membantu masjid di seluruh negeri ini yang terjejas akibat banjir besar di Kedah, November tahun lalu.


*Sumber : BERITA HARIAN


P/S: Terpanggil nak wat n3 ni, coz aku dulu pun nikah kat masjid juga dengan niat nak buat yang wajib dan sederhana je sebenarnya...:)

Rabu, 23 Februari 2011

CEMBURU BUTA PUNYA PASAL..SAMPAI TETAK SUAMI

JURUTEKNIK menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebaik keluar dari wad hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Jumaat lalu.



Agaknya kerana cerita2 yang cam ginilah terciptanya istilah 'cemburu buta' ; cemburu tak bertempat. Memang keterlaluan bila seorang suami ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya sendiri kerana sikap cemburu buta si isteri.

Malah si suami yang cedera itu juga turut dikurung di dalam rumah supaya dia tidak keluar mendapatkan rawatan dari doktor dan meminta bantuan polis.

Inilah yang berlaku kepada seorang suami seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN hari ini.


*Sumber - BERITA HARIAN

Khamis, 17 Februari 2011

ASTRO FIRST PUN JADI MANGSA LANUN CETAK ROMPAK..DENGAR2 NYE LAH....

ASTRO FIRST memang dapat sambutan sekarang ni. Macam aku pun dah 3-4 kali melanggan ; tengok pada citer yang aku minat le...he3....Yelah dengan kadar RM16.00 untuk 48 jam menonton filem yang saam tanpa henti.....sape tak sker kannnnn. Kalau tengok kat panggung wayang...dah tentu2 kena kuar lebih60 hengget kalau bilangan ahli keluarga macam kami nih ; 3 orang.

Tapi yang tak sedapnya......DENGAR2 CITER....ASTRO FIRST pun jadi mangsa lanun cetak rompak. Khanbarnya VCD cetak rompak filem2 yang ditayangkan di ASTRO FIRST tu dijual kat pasar2 malam dengan harga 5 hengget je! Sebab nampak dengan jelas logo ASTRO FIRST bila pasang VCD tu.....:(

Aku pun tak pasti sangat dan tak penah terjumpa lagi. Tapi menurut apa yang diceritakan dalam BERITA HARIAN nih....cam gitulah.

*Sumber - BERITA HARIAN



P/S: Masalah cetak rompak yang tak pernah beakhir....huh!!!

Selasa, 15 Februari 2011

DOKTOR TAK CEKAP ?

Kemahiran pelatih pegawai perubatan lulusan universiti luar negara dipersoal

KUALA LUMPUR: Tahap kemahiran lebih 3,000 doktor pelatih, terutama lulusan universiti luar negara yang mengikuti latihan 'housemanship' di hospital kerajaan dipersoalkan apabila ada antara mereka tidak cekap melakukan prosedur asas pemeriksaan kesihatan.

Sumber - BERITA HARIAN


* Risau plak aku bila doktor yang kita selama ni percaya boleh membantu merawat penyakit dah dikatakan sebagai tak cekap.....Macam mana tu?

Isnin, 14 Februari 2011

PASANGAN TERBAIK .. LISDAWATI DAN FAUZI NAWAWI

Calon Anugerah Seri Angkasa ... LISDAWATI dan suaminya FAUZI NAWAWI


Aku memang minat dengan lakonan pasangan LISDAWATI dan suaminya, FAUZI NAWAWI ni. Lisdawati yang sering tampil dengan lakonan yang bersifat lemah lembut dan penuh santun.....Fauzi plak selalu dikenali dengan watak antagonis. Aku masih ingat lakonannya dalam Telemovie TAUBAT NASUHA (Kalau aku salah tajuk betul kan ye...hu3..). Memang cukup mengesankan. Watak seorang suami dan bapa yang panas baran yang sering menyakiti isteri dan anak2nya dari segi mental dan fizikal. Memang geram aku tengok lakonan dia dalam telemovie tu....hu3....

Tapi itu cuma lakonan je, dia juga manusia biasa macam kita sume. Dia juga ada kehidupan sendiri di luar kaca TV. Seperti yang diakui oleh isterinya ; beliau ialah seorang suami dan bapa yang dipenuhi sikap humor dan penyayang terhadap isteri dan anak2 nya.

Yelah yang kat TV tu kan ke sekadar memenuhi kehendak skrip dan watak semata2. Barulah lakonan itu nampak berkesan dan berbekas di hati penonton. So ,tak hairanlah kalau Fauzi berjaya merangkul gelaran Aktor Terbaik dalam Anugerah Skrin baru2 ni.

Kehidupan kedua2nya yang cukup bahagia dengan kehadiran 2 orang cahaya mata penyeri rumahtangga, tidak terlepas dari kata2 sumbang masyarakat sekeliling. Ada yang mengatakan kemesraan yang ditunjukkan itu sekadar lakonan. Tapi pasangan ini menganggap itu semua sebagai lumrah kehidupan.

Yelah tak semua orang senang dengan kita kannnnnn.... Jadi kalau nak tau cerita selanjutnya sila klik kat sini - BERITA HARIAN

Jumaat, 11 Februari 2011

BANJIR DI JOHOR SEMAKIN BAIK.

Alhamdulillah keadaan banjir di Johor dah semakin baik. Ramai yang dah dibenarkan pulang ke rumah dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan juga dah semakin berkurangan.

Ini seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN. Baguslah kalau dah okay. Kesian mangsa2 banjir ni kannnnn. Mesti banyak juga kerugian yang mereka alami. Harap2 masalah mereka dapatlah perhatian yang sewajarnya selepas ini nanti.

*Sumber - BERITA HARIAN

Isnin, 7 Februari 2011

PUSARA DI LEBUHRAYA BESE DENGAR..YANG INI LAGI BESE- MAKSIAT DI LEBUHRAYA

Dulu kan ada lagu kumpulan Ekamatra bertajuk 'Pusara Di Lebuhraya'. Memang cukup popular lagu tu. Sampai sekarang pon aku ingat lagi liriknya...

Tapi yang ini bukan citer tentang Lagu yang sama....yang sama cuma di lebuhraya je. ; Maksiat di lebuhraya. Jadi kepada yang selalu menggunakan lebuhraya LEKAS (Kajang - Seremban) , jangan terkejut kalau nampak ada kereta yang dipandu dalam keadaan terhotyong -hayang dan tak menentu.

Itu bukan masalah allignment keta atau pemandu baru dapat lesen 'P'...tapi ia adalah perbuatan segelintir pasangan kekasih yang melakukan aktiviti tidak bermoral / maksiat kerana laluan itu agak sunyi dan juga gelap di waktu malam. Malah ada yang berani dengan memberhentikan kereta di laluan kecemasan untuk melepaskan nafsu serakah itu! Huh...memang kurang ajar!!!

Perkara ini dilaporkan ada dilaporkan dalam BERITA HARIAN hari ini. Klik pada link untuk berita selanjutnya.



P/S: Memang laluan LEKAS tu sunyi. Aku pon kadang2 gunakan juga laluan tu....Tak sangka plak ada yang 'berani' amik kesempatan....

Khamis, 3 Februari 2011

ALHAMDULILLAH PELAJAR-PELAJAR KITA SELAMAT

Alhamdulillah....syukur sangat rasanya bila dapat berita yang mengatakan 7,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berjaya dikesan sehingga semalam berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.......Ini menurut yang dikatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mesti kaum keluarga pelajar berkenaan mengucapkan rasa syukur dan lega yang teramat sangat dengan berita ni kan. Yelah cuba bayangkan kita di tempat mereka. Mesti pelbagai perasaan menghantui kita selagi belum menerima apa2 berita tentang keadaan anak2 kita di sana.

Ini semua berikutan situasi getir yang dihadapi pelajar Malaysia di Mesir disebabkan demonstarasi jalanan dan rusuhan oleh rakyat negara itu.

Untuk mengetahui berita selanjutnya baca di sini - BERITA HARIAN


P/S: Semoga semuanya akan selamat dengan perlindungan dari -Nya......

Selasa, 18 Januari 2011

JUAL BARANG2 LAIN TAK BOLEH KE ; BAYI JUGA NAK DIJUALNYA!

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket menjual bayi selepas menyerbu sebuah klinik di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya serta menyelamatkan dua bayi berusia tiga dan empat hari. Dalam serbuan pertama di klinik itu jam 3 petang Sabtu lalu, polis menahan empat wanita, iaitu dua rakyat tempatan dan dua warga asing, termasuk dalangnya, selain merampas berpuluh sijil kelahiran yang sudah diisi dan kosong.


* Jual goreng pisang kat gerai2 kecik tu pon boleh dapat duit....napelah nak jual BAYI yang tak berdosa tu.......Sumber : BERITA HARIAN

Selasa, 23 November 2010

CALON SPM MENINGAL DUNIA KERANA SESAK NAFAS KETIKA HENDAK DUDUKI PEPERIKSAAN

* Dengar berita ni masa drive balik dari lunch tadi. Kesian, Al-Fatihah untuk aruah. Mudah2an keluarganya tabah dengan ujian ini.


MUAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika hendak menduduki peperiksaan di Sekolah Menegah Kebangsaan Ledang, Tangkak, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, pelajar terbabit tiba-tiba sesak nafas ketika ketua pengawas peperiksaan memberi taklimat.

Beliau disahkan meninggal dunia 10 minit kemudian.

Sumber : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs