UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Filem seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem seram. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

'KARAK' - NORMAN DAN YUSRY BUAT KAJIAN MAKHLUK HALUS

Dari kiri: Shahir, Along, Yusry, Kilafairy dan Sidek


Selepas kejayaan Hikayat Merong Mahawangsa, KRU Studios bakal muncul lagi dengan sebuah filem seram plak bertajuk 'KARAK'.

Agaknya macam mana filem seram pertama KRU Studios ni ye.....Sama2 lah kita tunggu tayangannya pada 26 Mei depan.

Cerita selanjutnya di sini - mStar

Ahad, 2 Januari 2011

REVIEW FILEM DAMPING MALAM

~ DAMPING MALAM


Semalam ke Alamanda lagi untuk tengok citer DAMPING MALAM. Memang citer2 seram ni dah jadi my favourite so nak buat macam mana kannnnn. Nak tengok JANIN hari tu tak dapat, so tengoklah DAMPING MALAM ni plak.

Sampai kat kaunter tiket tu lebih kurang pukul 12:45 tengahari, so elok sangat lah coz tayangan citer DAMPING MALAM pukul 1: 00. Nasib baik ada lagi tiket.


Sinopsis Filem Damping Malam:

Filem ini mengisahkan kehidupan WADI (lakonan Ahmad Idham) , isterinya KU KALIRA(lakonan Amy Mastura) yang hidup bahagia bersama anak remaja mereka yang berusia 13 tahun NUR AZIA( lakonan Eryn Eryna).

Wadi seorang usahawan berjaya memang menyayangi keluarganya. Tetapi kerana kesibukannya membuatkan isterinya, Ku Kalira rasa kesepian dan tidak dipedulikan. Cerita bermula bila anak gadis mereka , Nur Azia dihantar ke sekolah berasrama penuh dan pelbagai kisah aneh dan misteri berlaku sehinggalah Azia sering diganggu di asrama dan mengalami histeria.

Ku Kalira yang berketurunan keluarga kaya sering dihantui perasaan takut. Sejarah keluarganya yang mempunyai ‘pendamping’ sering menghantuinya. Cerita ini telah diberitahu oleh bondanya Sharifah Shafiha sebelum kematinnnya. Dan selepas bondanya meninggal dunia, UMI SIAH (lakonan Azizah Mahzan) iaitu makcik kepada Ku Kalira telah diamanahkan untuk menjaga keluarga itu.

Watak Umi Siah yang serius dan sedikit aneh juga menyumbang kepada ‘misterinya’ filem Damping Malam ini.Wadi merasa pelik kerana pelbagai kejadian aneh berlaku di rumahnya termasuk merasa sering diperhatikan, terpandang wajahnya sendiri yang seperti makhluk aneh di cermin dan macam2 lagi.....

Sehinggalah Wadi meminta bantuan teman lamanya USTAZ BAKRI (lakonan Eizlan Yusof) untuk mengatasi masalah itu. Ustaz Bakri yang agak tinggi ilmu agamanya juga dapat merasakan sesuatu yang tidak kena di rumah apabila dia bermalam di situ atas pelawaan Wadi.

Dalam pada itu Azia terus diganggu sewaktu berda di asrama. Apakah sebenarnya ‘dalang’ di sebalik semua kejadian itu? Dan apakah sebenarnya yang berlaku? Kenalah saksikan kesudahannya di pawagam berhampiran.


Pelakon dan Watak:

Ahmad Idham – WADI

Amy Mastura – KU KALIRA / KU ‘AR

Eryn Eryna – NUR AZIA

Azizah Mahzan – UMI SIAH

Ezlan Yusof – USTAZ BAKRI

Nina Juren – TEMAN KU ‘AR

Sharifah Shahora – TEMAN KU ‘AR


Pendapat :

Bagi aku filem DAMPING MALAM ni lebih kepada misteri dan ada juga elemen seram di dalamnya. Perjalanan cerita dalam DAMPING MALAM akan membuatkan penonton tertanya2 apakah yang seterusnya bakal berlaku. Means, kita tak rasa jemu lah menontonnya. Tapi memang banyak juga babak suspen........Kepada yang meminati cerita2 seram dan misteri memang di cadangkan untuk menonton filem DAMPING MALAM ni. 4 bintang dari 5 bintang untuk DAMPING MALAM nih.....

Ahad, 28 November 2010

JOM TENGOK NGANGKUNG ........BEST !



Kan aku penah citer yang aku ni penggemar citer2 seram. Last sekali yang aku tengok; MANTRA! Terabru ni ; semalam......aku pegi tengok NGANGKUNG plak ngan my hubby dan my princess kat TGV Cinemas, JUSCO Balakong.

Best citer nih! Tak seram sangat.....sikit2 je; SERAM KOMEDI.........

Filem ni mengisahkan 3 sahabat ; lakonan Saheizy Sam (Azim), Azad (Tasnim) dan Angah Raja Lawak (Wan). Tasnim dan Wan ni sker NGANGKUNG! Maksudnya jumpa bomoh dengan membawa barang2 lama seperti lembing lama untuk dipuja bagi mendapatkan no mborekor........*Jangan contohi perbuatan ni ye.....hu3.....*.
Azim yang pada mulanya tidak sker dengan apa yang dilakukan oleh 2 sahabatnya tu........turut terpengaruh dengan kedua2nya kerana ingin mengubah nasib kehidupan keluarganya yang agak susah. Pelbagai jenis bomoh mereka jumpa. Dan pelbagi kejadian seram dan kelakar yang berlaku.
Sehingga satu hari, berlaku kejadian yang benar2 mengubah hidup mereka.Apakah kesudahannya? Jom tengok ramai2 di panggung yang berdekatan ye......

Tak rugi tengok......memang best!

Selasa, 24 Ogos 2010

SLOT LAGENDA TV3....ULAR EMAS

Ular? Aku tak sker tengok ular....geli.......Tapi aku sker tengok Slot Lagenda Ular Emas kat TV3 sekarang ni. Disiarkan setiap Isnin-Khamis jam 4.30 petang dan ulangannya jam 8.30 malam di TV9.

Lakonan hebat Lisdawati sebagai seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Aku memang alergic @ geli dengan ular.....Tapi citer ni aku sker. Bila part ular tu kuar aku akan tengok arah lain dan cuma dengar dialog jerk.....ha3.......At least aku boleh faham jalan citernya!

Aku memang penggemar citer2 yang seumpama ni.....Citer2 seram pun aku sker!......Kalau ada filem seram yang baru kat pawagam, mesti aku nak pegi tengok. Bukan nak kata aku berani sangat.....tapi dah memang sker, nak wat camane.

Citer2 action pulak aku tak boleh layan. Setakat jadi peneman bolehlah.....dan last2 aku akan tertido.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....sebab tak minat!

Korang minat ke citer2 cam aku minat ni? Masing2 ada kesukaan masing2 kannnnnnnn......:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs