Isnin, 28 Februari 2011
JOM SENAMROBIK !
STICKY MODE ENTRY.....PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST ENTRY - HULURKANLAH BANTUAN KEPADA BABY QISTINA YANG BELUM MENGERTI APA2 LAGI INI...
Mengikut info yang aku dapat melalui blog Mak ; Lagenda Mahsuri , bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan. Dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistina ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.
Kepada kawan2 yang ingin membantu BABY QISTINA ini, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun dan no telefon yang boleh dihubungi.
AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL (Ibu Baby Qistina Balqis)
NO H/P : 017-3476764
Selain itu kawan2 boleh ke blog Mak ; lagenda Mahsuri untuk sama2 menyokong usaha beliau untuk membantu BABY QISTINA ini.
Mungkin dalam setiap RM1 yang kita hulurkan.....bakal memberi seribu sinar dalam kehidupan BABY QISTINA dan keluarganya. Insyaallah.
KESIANKAN DIRI SENDIRI DULU
SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA
SKER ..TAK SKER
Hati memang tidak boleh dipaksa. Apa yang kita sker tak semestinya orang lain pun kena sker juga. Dan apa yang orang sker tak semestinya kita pun kena asker.
Yang penting apa pun juga…..skerlah pada perkara yang disukai-Nya dan tinggalkan perkara yang dibenci-Nya. Barulah jelas apa sebenarnya kesukaan kita yang sepatutnya.
GERAM PUNYA PASAL ; RUMAH KENA BAKAR !
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang naik angin selepas bertengkar dengan isterinya dipercayai bertindak membakar rumah sendiri sehingga menyebabkan sebuah stor dan bengkel motosikal turut hangus dalam kejadian di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.
Difahamkan, semasa kebakaran pada pukul 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 39 tahun manakala isterinya yang berusia 35 tahun baru bertengkar.
Punca pertengkaran itu disebabkan pelbagai masalah rumah tangga pasangan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas melakukan tindakan di luar dugaan tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu menghilangkan diri dan sehingga petang semalam polis masih mencarinya.
Menurut beliau, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada si isteri dan semasa kejadian wanita tersebut dan tiga anaknya berada di rumah jirannya.
* Sumber - KOSMO
P/S: Emosi kalau tak diurus dengan baik memang macam2 boleh jadi...:(
ADA ORANG NAK BELANJA MAKAN TENGAHARI
Bestnya hari ni rezeki murah. Dah ada orang nak belanja makan untuk lunch. Aku baru berkira2 nak makan apa hari ni. Kebetulan aku pun tak de bawak bekal macam bese. Nak balik lunch pun malas….
Tetiba ..ada plak orang offer nak belanja....Apelagi, macam ‘orang mengantuk disorongkan bantal ‘.....Memang seronok le jawabnya…:)
Nak tau ke sape yang nak belanja aku tu? Dan nak tau ke apa yang dia nak belanja?....Ha3……Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…
BIBIR SEKSI ..
Pagi ni datng keje dengan bibir yang agak ‘sekdi’…hu3….penangan ulcer sudah kene tenyeh dengan garam. Geram dan tak tahan nak menanggung sakit lagi ; sampai nak becakap pun susah .
Memang mujarab betul. Malam tadi punyalah susah nak becakap, …bangun pagi ni dah terlebih cakap le plak….heh3…Tapi itulah , macam akau cakap tadi bibir dah jadi seksi –meksi……
Tak pelah, at least ulcer boleh sembuh dengan cepat. So, hari ni nak bersarapan pun lebih selesa. Tak delah aku nak menahan pedih lagi setiapa kali makanan masuk ke dalam mulut ni. Selamat bersarapan juga untuk semua ye…:)
Ahad, 27 Februari 2011
SIAPA KITA NAK MENGHUKUM INSAN LAIN ....
Kerana siapa kita nak menghukum insan lain ; mengatakan dia baik atau pun jahat.Kita pun belum tentu baik ataupun betul. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.
Siapa pun kita, selagi kita bergelar manusia, takkan ada manusia yang tidak berbuat kesilapan. Kemahuan diri sendiri untuk berubah itu yang perlu. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan, selagi insan itu sendiri tidak mahu mengubahnya.
Ingat sesuatu....kita hidup bukan kerana puji dan tak mati dek kerana keji. Dengan izin Allah juga semuanya berlaku. Bukan pujian dan kejian jadi penentu.
TERASA NAK MAKAN BIHUN SINGAPORE ..
Tetiba ada rasa nak makan Bihun Singapore yang macam my mum buat kat atas tu. Sejak pagi tadi teringin nak makan. Tapi tak penah buat sendiri..*sila jangan gelakkan aku ye..* Selalu makan yang dah siap je....
Korang dah makan? Ada ke yang makan bihun goreng malam ni? Mesti sedap kannnnnn.....
DAPHNE KINI DIPANGGIL DAHLIA
"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.
"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.
Berita selanjutnya di sini - KOSMO
*Alhamdulillah. Seorang lagi saudara baru kita. Kita sama2 doakan moga dia dikuatkan iman dan terus bahagia bersama kehidupan 'baru'nya...insyaallah, amin.
RASA SEPERTI PERNAH KU LIHAT WAJAHNYA ...
Sabtu, 26 Februari 2011
KFC DI PETANG HARI
Sejak dulu lagi memang tak jemu makan KFC ni. Pada aku seketul ayam pun dah cukup. Kalau Snack Plate tu makan sorang2 memang tak abis. Aku sker yang ori sebab rasanya yang lemak2 masin tu taj menjemukan. Korang plak macam mana?
PETANG BERSAMA ORANG2 TERSAYANG
Menu tengahari tadi ; nasi putih, ikan goreng, udang goreng dan peria goreng bercili. Sume pun yang goreng2....senang dan jimat masa nak siapkan. Yang penting boleh makan. Nasib baik my hubby dan my princess tak cerewet bab2 makan minum ni.
Korang makan apa tadi? Ada yang kuar makan ngan family ke? Tidak pun kuar makan dengan member2. Mesti best kan dapat spend time dengan orang2 yang tersayang.....
Jumaat, 25 Februari 2011
KALAU DAH AJAL ..
SETELAH HAMPIR SETAHUN TAK BELI NASI ..
MACAM MANA AKU BOLEH LUPA ???
HARGA RON 95, DIESEL TIDAK NAIK
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.
Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
*Sumber - KOSMO
HARI JUMAAT YANG BERBEZA
Khamis, 24 Februari 2011
TIBA-TIBA ............
'IMAM MUDA 2' DAPAT SAMBUTAN PELAJAR MESIR
25 – 26 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis (saluran 106) bermula 25 April 2011.
Untuk berita selanjutnya boleh klik di sini - mStar
YEAY2 HARI NI GAJI !
1,000 MAUT DI LIBYA
"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.
Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.
Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.
Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.
Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.
Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.
Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters
*Sumber - KOSMO
INILAH DIA BLOGGER TU
OFFICE PUN MAKIN CANTIK...
Rabu, 23 Februari 2011
JOM JOIN FACEBLOG ..
Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke the faceblog. Tujuan faceblog diwujud ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh malaysia dan dunia amnya. Marilah kita bersatu dan berkerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh malaysia. Sepertifacebook, kami juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh malaysia selaras dengan tema yang kami gunakan iaitu seakan-akan temafacebook. Sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog malaysia.
TERIMA KASIH
'AIR REBUSAN SELUAR SUAMI DIPUJA DALAM 'MANTERA ANJASMORO'
Rebus seluar pendek suami dan puja airnya? He3.....ngeri plak aku baca. Nak tau kisah selanjutnya, baca di sini - mStar
MACAM-MACAM CERITA ; TAPI MASALAHNYA KAT SURAU
Tapi masalahnya...tempat yang dia bercerita tu kat tempat orang nak beribadah ; kat surau. Bercerita plak dengan suara yang amatlah kuat. Tu belum lagi part dia jawab telefon sampaikan jemaah lelaki pun boleh dengar perbualan dia agaknya. Azan yang berkumandang pun dia buat2 tak tau je....ghalit bercerita tak henti2.
Dalam hati aku cuma kata ..."Mudah2an Allah bagi petunjuk pada aku dan juga 'dia' tu". (itu je yang mampu aku buat). Petunjuk pada aku supaya jaga adab ; jaga percakapan masa dalam surau. Petunjuk untuk 'dia' plak mudah2an dia takkan ulangi perlakuan macam tu lagi lain kali. Yelah sapelah kita nak 'menghukum' dia kannnnnnnnnnn...
CEMBURU BUTA PUNYA PASAL..SAMPAI TETAK SUAMI
Agaknya kerana cerita2 yang cam ginilah terciptanya istilah 'cemburu buta' ; cemburu tak bertempat. Memang keterlaluan bila seorang suami ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya sendiri kerana sikap cemburu buta si isteri.
Inilah yang berlaku kepada seorang suami seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN hari ini.
*Sumber - BERITA HARIAN
KEMUNCULAN 1 LAGI BLOGGER
Cayalah epy! Keep it up. Kita sama2 meriahkan dunia blogging ni ye.
P/S: Aku cuba search blog dia tapi tak jumpa ..maybe sebab baru lagi kot. Nanti bila dia follow aku...aku citer lagi ek...:)
5 MINIT UNTUK INI ..
Ada ke yang tengah makan ni? Mana tau sambil makan sambil update entry atau bw. Baik2 jangan samapai tercekik sudaaaaaaaaaaaaaaa.Doa makan jangan lupa. Sebelum dan selepas. Bukan apa biar berkat makanan tu. Kita ni buat apa pun keberkatan tu yang penting. Yelah, mudah2an kannnnnnnnnnnnnn....
Okaylah cukuplah dulu. 5 minit untuk 1 entry ni; bak kata ben ashaari dalam entry beliau tadi. Tapi jangan kata aku copyright entry dia plak. Tak de copy2 ye ben....he3..
MY PRINCESS .. TAKE CARE SWEETHEART
Hari ni my princess dah mula kurang panas badannya dan dia pun ada cakap nak pegi sekolah hari ni. Harap2 dia betul2 sembuh lah naknye. risau aku bila dia demam ; on and off plak tu. Kejap sejuk kejap panas badannya.
Tapi baru kejap tadi aku call, dia kata dia dah okay. Tengah bersiap2 nak pegi sekolah. Cuma suara dia je serak sikit coz masih batuk2 lagi. Harap2 dia okaylah kat sekolah nanti....
P/S: Aku siap pesan macam2 suruh dia bawak ubat n minyak cap kapak ke sekolah....Memang dia dah 14 tahun ; dah besor. tapi aku rasa dia 'kecik' je lagi....
YANG DIORDER DAH SAMPAI ..
So menu aku tengahari ni adalah :-
- NASI PUTIH
- IKAN GORENG
- KACANG PANJANG GORENG DENGAN HATI AYAM.
NASI PUTIH, IKAN GORENG DAN SATU JENIS SAYUR ..
MALAYSIA VS PAKISTAN
MALAYSIA perlu mencatat kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini.
Hanya dengan cara ini sahaja skuad negara akan memperoleh bekalan selesa untuk menghadapi aksi kedua di Lahore pada 9 Mac ini.
Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, para pemain sudah bersedia untuk turun dengan aksi terbaik mereka bagi merealisasikan objektif itu.
“Sudah tentu kita mahukan kemenangan pada aksi pertama di gelanggang sendiri ini. Tapi kita mahukan satu kemenangan yang besar.
“Jadi kita akan cuba sedaya upaya. Jika perlu memasukkan lebih ramai pemain serangan, kita akan lakukannya.
“Saya mahu pemain fokus memikirkan apa yang perlu dilakukan esok (malam ini) berbanding terlalu memikirkan apa yang Pakistan lakukan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.
*Sumber - KOSMO
HADIAH KOMEN BERTUAH DAH SAMPAI
Selasa, 22 Februari 2011
UBAT OH UBAT
CEKODOK PISANG DAN BUAH MELAKA
Citer semula pasal Buah Melaka tu, dulu masa sekolah aku amik Ekonomi Rumahtangga . Masa kelas masakan adalah sekali tu buat buah Melaka ni. Seronok bentuk2an kuih tu bulat2 je.....:)
HEARTBEAT NOTICE
NOTICE: Thanks for supporting HeartBeat.my through HB!Affiliate. Recently, we found that some of our affiliates are using some illegal tricks to generate "invalid" visits to HeartBeat.my. To be fair for all our affiliates and protect HeartBeat.my, we will be analysing all the visits from time to time. If affiliate is verified to be involving in such activity, we will forfeit all the earning and suspend the account permanently. Thanks again and we hope to issue you a cheque in a shorter time. P/S:Korang dapat tak (kepada kawan2 yang ada join Heartbeat) |
SYOKNYA DAPAT BE KE-2 TAHUN NI...
BILA BLACKOUT ..
BERPAGI-PAGI DAN AMALAN MURAH REZEKI
Isnin, 21 Februari 2011
BLOGGING BERTEMANKAN ORANG DEMAM
Korang dah ngantuk juga ke? Takut2 ada yang pejam mata sambil menaip tu....hu3...