UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Update. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

WITH LOVE ...


With love ....kembali bersiaran dalam blog kesayangan aku ni.Setelah 2 minggu tanpa sebarang update. Kesibukan yang melampau sampaikan keletihan dah tak mampu nak diatasi lagi..:(

Selamat petang untuk kawan2 sume. Agaknya ada yang balik kampung ; paling tidak pun kuar jalan2 dengan family tercinta.Semoga happy2 je sume ye.


P/S: WITH LOVE ....FROM ME ....AZZEYATIN...

Isnin, 6 Jun 2011

HAI KORANG......DAH 5 HARI TAK UPDATE BLOG


Dah masuk 6/6/2011 ; ni bermakna dah 5 hari aku tak update blog. Bw pun ntah ke mana. Hadoiyai!!!!!! Tak taulah bila kebusyan aku ni nak abis.Hu3.......Ni sebab dah tension sangat ; tu yang curi2 juga masa update nih.

Rindu dengan blog kengkawan sume.Lama gak tak menyinggah ke blog korang. Hari ni masuk je keje pagi2 lagi dah mengadap komputer . Agaknya komputer pon dah menyampah tengokmuka aku.

Hajat hati nak join senamrobik petang ni.......tapi tak taule jadi ke tidak. Ni pun dah letih je rasanya.....:(

Sabtu, 21 Mei 2011

KEMBALI SELEPAS 7 HARI ...

~ Muka orang penatttttttttt........:(

Dah 7 hari .......hari ni baru le 'mampu' diri ni nak bukak dan jenguk blog kesayangan aku nih. Sumenyer gara2 ke'busy'an yang tak dijangka.

Bermula dengan banyak perkara baru yang aku kene belajar.......dengan arahan dari pelbagai ragam boss yang ada * tapi alhamdulillah masih dalam kawalan....tu yang sampai tak dapat nak manage blog tu*...hu3....

Hari Isnin busy dengan pihak media yang buat liputan. First time dapat tugasan dengan media ; memang suatu perkara baru bagi aku. Rasa insaf bila melihat sendiri kehidupan 'insan2' di sebalik tembok batu. Satu pengajaran yang aku dapat......Hargai 'kebebasan ' hidup bersama insan2 tersayang yang kita miliki di 'luar' sekarang ini....dan tak sume yang dihukum bersalah itu melakukan kesalahan itu 'buta' hati dan perasaannya.......

Kemudian hari Rabu sibuk dengan seminar yang aku kene attend di Sungai Buluh. Sehari suntuk kat situ ; balik umah badan dah naik lemau. Otak pon penat. Tapi tak pelah.....yang penting komitmen dan ilmu yang kita dapat.

Masuk office hari Khamis sampai ke hari ni tak abis2 dengan discussion dan surat2 yang perlu disiapkan untuk beberapa program yang telah diatur oleh Jabatan. Bermula hari Ahad ni di Jitra , Kedah.

Cuma kali ni aku mintak excuse becoz my princess exam ; tak dapat join. Tapi keje2 di office tetap kene update......Ni pon entry curi2 dan aku dh simpan dalam draft 2-3 hari.....Minggu depan insyaallah ada tugasan yang memerlukan aku ke Gemas Negeri sembilan plak. Yelah dah arahan kan.

Takkan sume pon nak dibagi alasan je.......Buat jelah sebagai tanda komitmen dan setia pada jawatan yang ditugaskan.......'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'


P/S:Rindu dengan kengkawan yang setia berkunjung ke blog ni ; insyaallah aku akan jenguk juga korang ye.....



Isnin, 2 Mei 2011

UPDATE PETANG NI ....

Dalam 1-2 hari ni agak kurang update blog. Bermula dengan 'kebusyan' kat office...kemudian ada teteamu plak datang umah hari Rabu sampai Jumaat lepas. Actually my mum dan adik2 datang umah coz my SIL nak lapor diri kat Putrajaya. Dapat keje government...Alhamdulillah rezeki kannn.....

Then hari Sabtu mula cuti.....besele kalau dah cuti ; banyak keje nak dibuat. Pagi sabtu lepas kemas2 umah aku ke Pesta Buku kat PWTC. Petangnya balik dah penat. Mana nak update bagai......

Semalam , memang badan tak berapa sihat. Sakit2 badan je ; langsung aku tak update. Bukan tak de mud tapi kesihatan tak mengizinkan. Sampailah sekarang ni .....baru sekarang rasa okay sikit. Ni pun dah petang. So, selamat petanglah untuk korang sume ye......

Petang ni ke mana? Aku plan nak pusing2 Putrajaya. Cari port baekkkkkkkkkkkkk punya. Boleh ambik gambar.....heh3....

Isnin, 28 Mac 2011

I'M BACK ALREADY !!!

~ Wif my princess

~ My small litle family..:)


Entry nih just nak inform that I'M BACK ALREADY!!!

Setelah 4 hari bercuti ; 3 hari 2 malam di Pulau Mutiara.....sekarang ni dah ada kat Kajang semula.

Masih dalam keletihan tapi berbaloi2 coz memang enjoy sangat dengan percutian bersama insan2 tersayang ; my hubby n my princess.

Thanks a loy untuk kawan2 yang sudi datang dalam tempoh 4 hari ni even aku kurang update dan tak dapat sangat nak bw.

So, hari ni aku akan mulakan kembali penjelajahan ke blog korang sume ye....:)

Rabu, 23 Februari 2011

5 MINIT UNTUK INI ..

5 minit lagi nak ke surau. Bukak blog jap. Nak update lagi. Sambil2 baca komen dari kawan2. Alhamdulillah baru lepas lunch tadi. Makan sorang2 coz kawan2 ada yang balik dan ada yang tak masuk office sebab ada kursus tadi.

Sorang pun sorang lah ; janji makan alas perut. Nanti bila dah pukul 3 petang baru perut nak berbunyi2 mintak diisi, lagilah haru.

Ada ke yang tengah makan ni? Mana tau sambil makan sambil update entry atau bw. Baik2 jangan samapai tercekik sudaaaaaaaaaaaaaaa.Doa makan jangan lupa. Sebelum dan selepas. Bukan apa biar berkat makanan tu. Kita ni buat apa pun keberkatan tu yang penting. Yelah, mudah2an kannnnnnnnnnnnnn....

Okaylah cukuplah dulu. 5 minit untuk 1 entry ni; bak kata ben ashaari dalam entry beliau tadi. Tapi jangan kata aku copyright entry dia plak. Tak de copy2 ye ben....he3..

Khamis, 27 Januari 2011

MAAF TAK DAPAT BW....SEMALAM BUSY ADA TETAMU

Salam dan selamat pagi. Firstly aku nak mintak maaf banyak2 pada kengkawan yang sudi jugak datang jenguk dan tinggal komen kat blog ni semalam. Tapi aku tak sempat nak balas kunjungan. Busy sebab ada tetamu kat umah plus line tenet yang dah makin bertambah2 'sakitnya'!

Cuma sempat pegi beberapa blog je......hu3.....Hari ni aku dah kerja semula. Semalam cuti sehari je. My mum n adik masih ada kat umah. Hari ni diaorang balik. Sedih plak rasanya ; dapat jumpa sekejap je.......:(

Malam tadi sempat le spent time bawak diaorang pusing2 sampai ke i-City, Shah Alam. Baliknya singgah kat Gerbang Malam. My mum nak cari tudung.......tapi tak banyak pilihan macam kat pasar malam.

First time malam tadi ke i-City. Memang cantik senarionya. Lampu bermacam 2kaler ; ada hijau, merah, putih , kuning dengan macam2 bentuk. Nanti aku update gambar2 kat i-City ye.....Tapi sayangnya hari hujan so tak sempatlah nak jelajah sume tempat ; rasa tak berbaloi bayar 10 hengget untuk 1 keta masa masuk tu. Next time kena pegi lagi......Plus my litle sista malam tadi sakit perut.....banyak sangat makan pucuk ubi masa lunch tu agaknya.....hu3.....

So, selamat melaksanakan tugas2 harian ye........:)

Rabu, 12 Januari 2011

BUSY ; TAPI NAK UPDATE JUGA ..

Aku busy. Tak sempat nak wat entry panjang. So nak update juga dengan entry ringkas ni....hi3....


P/S: Perut rasa penuh sangat nih....makan nasi berlaukkan gulai nangka dan kerang tumis cili padi......:)

Sabtu, 8 Januari 2011

UPDATE ; DEMAM !

Aku demam. Sejak semalam lagi badan dah panas semacam. Tekak sakit, batuk dan selsema.Badan panas....

Tadi hantar my princess ke sekolah sebab ada aktiviti kokurikulum. Gagahkan juga walau badan tak berapa sihat.....:(


P/S:Entry ringkas je sebab tak sihat....

Rabu, 29 Disember 2010

UPDATE2 !!! MY SHOUTBOX ...


Just nak inform pada kengkawan sume. Aku dah sediakan SHOUTBOX ye untuk kengkawan sume say salam, hai , hello dan hape2 jugalah …..asalkan kita terus jadi kawan ye…Hi3…..

Sebelum ni dah ada kawan2 blogger yang mintak aku buat SHOUTBOX ni …..Baru malam tadi sempat buat. Itupun my princess yang tolong buatkan…..hu3……

Jumaat, 3 Disember 2010

DAH SAMPAI.....DAFTAR DAN REHATKAN DIRI

Sampai jam 1.35 t.hari tadi. Terus daftar dan masuk ke bilik. Sekarang tengah rehat2 sambil update blog. Kebetulan aku dapat bilik yang tak de partner. Actually peserta kursus ditempatkan dalam sebuah hostel yang ada 3 bilik.

Masa aku dan member aku lagi 2 orang sampai tadi 1 bilik dah diisi. Tinggal 2 bilik je. Kebetulan 2 orang member aku ni takut nak dok bilik yang tak de partner ni ; 1 katil je. So aku mengalah lah. Bukan nak kata berani sangat.........Tapi sebab dah bese.

Sekarang ni member aku yang 2 orang tu tengah lena dibuai mimpi....Hi3......Biarlah , penat agaknya. 2 orang lagi peserta kursus kat bilik sebelah tak sempat berkenalan lagi. Masing2 tengah merehatkan diri......Malas nak kacau......Nanti2 adalah masa tu......:)

P/S: Agaknya bagus gak aku dok sorang2 kat bilik ni. At least boleh aku update blog dan BW tanpa gangguan dan mengganggu sesapa.......

UPDATE ...........ATTEND COURSE!

Hari ni dalam pukul 11 pagi aku akan bertolak ke Melaka untuk attend course selama 4 hari 3 malam ; 3-6.12.2010. Semua barang2 dah siap packing malam tadi.

3-4 kali juga tengok checklist; takut2 ada yang tertinggal nanti. Bukan dekat nak berpatah balik....Hu3......

So, dalam tempoh tu mintak maaf ye kat kengkawan sume kalau aku tak dapat nak BW dan update blog! Aku bawak le sekali my lappy ni. Tapi kalau line tenet tak mengizinkan.......apa nak dikata kannnnnnnnn. Kalu line okay pun, sebelah malam je aku free. Pagi sampai petang memang jadual very the padat gitu! Hu3.........

So, diharap sabar menanti ye......dan jangan lupa aku hokay........:)

* Jangan lupa terus undi BPIM 2010 ; Peringkat ke-2. Masih ada masa lagi nih............Bagi support kat kengkawan kita tu........

Isnin, 1 November 2010

MAAF YE KAWAN-KAWAN

Update2 !!!

Mohon maaf pada sume kengkawan yang drop by kat blog aku ni.....bagi komen....jadi follower......coz aku masih tak dapat nak abiskan reply komen dan blogwalking blog kengkawan (Ada yang sudah, ada yang belum...)

Tapi sume aku dah noted kan....Dan aku sedang gigih blogwalking sekarang ni sambil2 reply komen semampu yang boleh!

I really appreciated all of you! Aku akan jenguk joga blog kengkawan nanti ye......:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs