Datang keje dengan badan sakit2 ...kepala pening...dan rasa tak selesa ; hanya kerana memikirkan keja yang banyak kat office. Takut2 tak boleh siap. Habis badan yang sakit tu sape nak tanggung weh. Klau badan sakit boleh ke siap sume keje2 tu...hu3..
Sebab ada member aku ni dalam dilema ; antara nak teruskan keje kat office atau pun nak balik je pegi klinik coz semalam dia jatuh kat bilik air. Tapi hari ni gigih juga datang koje sebab banyak koje nak buat katanya....
Aku dah bagi pendapat aku...suruh balik rehat je. Dia risaukan keadaan kat office plak yang tak de orang nak cover. Alahaiiiiiiiiiiiiii....Kesian kan diri kita dulu. Kalau sakit dah melarat bukannya office tu boleh cover sakit yang menimpa kita tu....
Korang rasa camne?
P/S: Kita ni kalau terlalu memikirkan orang lain sampai mengenepikan kepentingan diri sendiri pun tak boleh juga kannn...
