UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demam. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

UBAT OH UBAT

~ Ubat oh ubat ..

~ 4-5 jenis ubat plus ubat batuk untuk my princess...sian dia..:(


Punyalah banyak ubat yang my princess kena makan. Kesian dia. Nasib baik dia jenis yang tak susah makan ubat *macam aku...hu3...* Dia siap pesan mintak aku ingatkan dia makan ubat bila dah cukup masanya.


P/S; May be dia pun dah letih asyik baring je. Harap2 di cepat sembuh.....

Isnin, 21 Februari 2011

BLOGGING BERTEMANKAN ORANG DEMAM

Dah hampir pukul 10 malam. Aku blogging bertemankan orang yang demam . My princess lah, sape lagi. Makin panas plak badan dia.Kesian...dah lama tak demam tetiba demam. Harap2 dia cepat lah sembuh.

Sambil tu sambil layan citer Awan Dania kat ASTRO RIA. Actually mata agak mengantuk, tapi disebabkan siang tadi tak de ruang sangat nak berblogging...so aku amik le msa sikit malam ni untuk update dan blogwalking.

Korang dah ngantuk juga ke? Takut2 ada yang pejam mata sambil menaip tu....hu3...

Khamis, 10 Februari 2011

VIRUS SELSEMA DAH MULA MENYINGGAH....:(

Actually situasi yang aku rasa sekarang ni 'meminta' aku untuk ambil cuti.....take arest....n.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....sleep! hu3......Tapi masih gigih nak datang keja n blogging.

Pagi2 lagi dah bangun dalam kul 5;30 pagi. Memang badan rasa sakit2 sangat tapi mengenangkan my princess yang sekolah dan nak makan dulu sebelum pegi sekolah.....gagahkan juga badan yang dah lembik rasanya ni. Penangan selsema yang dah mula menyinggah ; menjangkit dengan my hubby lah ni.

Mula2 plan nak gorengkan je ikan dan buat cicah. Fikir2 balik kesian plak tak de kuah untuk dia makan. Sudahnya buat jugalah Ikan kembung masak cili padi. Itu je yang mampu. Itu pun tak sempat nak kemas2 dapur sangat pun......badan rasa lemah sangat. Bila mandi rasa fresh sikit....tapi masih rasa lemah2 je......Hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....Virus selsema dah mula menyinggah.....buat apa pun tak senang......:(



P/S: Kawan2 ada ke yg MC hari ni?.....*Mood nak MC ni......*

Ahad, 9 Januari 2011

PAGI DENGAN BADAN YANG TAK BERAPA SIHAT

Pagi ni bangun dengan badan masih panas, kepala dan tengkuk sakit dan badan sakit2. Semalam aku gagahkan juga buat kerja2 umah ; malas nak layan sangat demam ni. Ingatkan kalau buat gitu boleh le badan sihat cepat ; siap main badminton sebelah petangnya.....

Tapi hari ni masih tak berapa okay. Nak kemas umah , tapi badan tak bertenaga sangat......hu3. Esok nak keja .....camne ni?

P/S:Azam baru di tahun baru....Tak nak amik MC. Tapi kalau tak sihat lagi.......apa daya ku ??? Hu3........

Sabtu, 8 Januari 2011

UPDATE ; DEMAM !

Aku demam. Sejak semalam lagi badan dah panas semacam. Tekak sakit, batuk dan selsema.Badan panas....

Tadi hantar my princess ke sekolah sebab ada aktiviti kokurikulum. Gagahkan juga walau badan tak berapa sihat.....:(


P/S:Entry ringkas je sebab tak sihat....

Sabtu, 25 Disember 2010

MY PRINCESS YANG DEMAM KENA HUJAN...

Kesian dengan my princess yang demam. Tengah baring je tu kat aats sofa. Agaknya tak tahan kena hujan petang tadi. Cuaca pun sejuk je nih ; aku pegang badannya pun panas sikit.

Suruh dia rehat je. Selalu waktu2 macam ni dia yang booking lappy ni update blog. Tapi malam ni macam tak de mud je.......Sian dia.

Memang sejuk malam ni. Aku plak sambil update blog sambil layan Filem era 80-an ; JEJAKA PERASAN. Filem JEJAKA PERASAN ni memang popular dulu. Lakonan Salleh Yaacob, A R Badul, N D Lala, Liza Abdullah dan Tantiana Hamzah.........Best juga tonton filem2 lama nih.....

Selasa, 21 Disember 2010

KEMBALI BEKERJA

Hari ni aku kembali bekerja macam biasa setelah 2-3 hari sakit mata. Semalam MC ; sakit mata dan demam sekali. Malas nak MC lagi. Aku gagahkan juga pegi keja. Sakit mata dah beransur okay. Cuma agak sensitif dengan cuaca panas.......Kat luar kena pakai spek hitam le jawabnya.Kat office kalau pakai jugak.....ada plak yang tak kenal nanti....hu3......

Dah breakfast? Aku tak sempat nak breakfast kat umah tadi. Bawak je ke office ; Air susu dan roti dengan sosej. Simple tapi yang penting berkhasiat....Heh3.......

Hari ni maybe tak de kesempatan sangat nak BW. Ada 2-3 orang member yang bercuti dan berkursus. Officemate aku yang preggie hari tu dah selamat bersalin hari Sabtu lepas. Dapat baby boy....Seronok dengar orang dapat baby. Semoga dia bahagia dengan kehadiran 'orang baru' tu bersama suami tercinta....:)

Rabu, 8 Disember 2010

SOALAN BALIK DARI KURSUS

Ramai yang bertanya especially member2 office....."Macam mana kursus"

Aku cuma mampu jawab..."Okay....tapi penat dan rasa nak demam ni!"


P/S : Actually nak citer......badan tak berapa sihat ni...Sakit kepala,sakit tengkuk dan sakit2 sendi....Hadoiyaiiiiiii!!!!!!

Isnin, 18 Oktober 2010

DEMAM = MC

Bar sekarang aku boleh bukak blog. Sejak pagi aku asyik baring je. Tadi jumpa doktor, aku MC........setelah hampir 2 minggu aku gagahkan badan untuk pegi keja walau pon tak berapa sihat! Tapi hari ni aku terpaksa surrenderr..........merehat kan badan di rumah!!!

Doakan aku cepat sembuh ek!

Selasa, 27 Julai 2010

PeNaT BErKuRsUs

~ Credit to google....


Dek terlampau penat berkursus 3 hari berturut2 (23 - 25/07/2010), sampai ak tertanggung badan ni dibuatnya. So, bila dah macam tu, apelagi...MC le jawabnye aku semalam (26/07/2010)
Seram sejuk badan, kepala pon rasa pening sebab tak cukup rehat. Ni pon masih tak berapa okay lagi, tapi terpaksa buat2 okay juga. Yelah takkan nak MC lagi ???
Yang penting aku tak salah gunakan MC. MC bila betol2 tak sihat ataupon demam. Jangan sesekali salah gunakan MC. Tak baik tau....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs