UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Minum petang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minum petang. Papar semua catatan

Isnin, 16 April 2012

JALAN-JALAN CARI MAKAN -CENDOL UNCLE HUSSAIN , KAJANG

Rasanya ini kali ke-2 aku citer tentang Restoran Cendol Uncle Hussain ni. Kali pertama kat SINI.Tarikan utama ke sini of coz menu Cendol nya yang popular plus tempat makan pon bersih dan selesa. Pelbagai jenis cendol ada kat sini. Harga plak berpatutan. Kalau nak tengok senarai harga boleh klik link NI ; tapi sorryle kalau harga dah ada perubahan. Coz first time aku pegi tu last year , so mana lah tau dah ada perubahan ke kannnnn…..

Cendol Kacang Merah

Lempeng yang superb!


Cendol Longan

Cendol Extra

Lai Chi Kang...



Muka org yg rasa bahagia bila dah kenyang...:)

Kalau makan kat sini aku sker order Cendol makan dengan lempeng. Lempeng cicah dengan sambal ikan bilis dan kuah kari. Lempeng plak panas-panas lagi ; baru dimasak. Memang superb! Kalau nak cari tempat makan waktu petang-petang sambil bersantai dengan family , memang Cendol Uncle Hussain pilihan yang tepat sekali! (wah siap promo pla aku nih ; kot2 dapat diskaun ken anti….hu3…..gurau je..)

Apa-apa pon kene cuba sendiri dulu baru tau sedap ke tak sedap. Jadi apa tunggu lagi. Petang ni boleh le cuba makan kat Cendol Uncle Hussain ni!

Rabu, 1 Jun 2011

KORANG SEBUT NI APA? GETUK UBI KANNNNN

Aku panggil ni getuk ubi....

Korang sker tak makan ni? Aku panggil ni getuk ubi. Ubi kayu rebus yang dilenyek dan dikepal bulat dan kemudian digoreng.Aku sker makan getuk ubi ni cicah sambal ikan bilis. Sedapppppp.Kat depan Masjid Kajang ada gerai menjual getuk ubi nih. Kalau pakcik tu tak meniaga .....tak dapat le aku nak makan getuk ubi.Sesuai gak untuk minum petang nih...

Selasa, 22 Februari 2011

CEKODOK PISANG DAN BUAH MELAKA

~ Cekodok pisang

~ Buah Melaka



Cekodok pisang dan Buah Melaka ; menu untuk minum petang tadi. Hari ni aku balik awal sikit coz my princess masih demam . Kesian dia. Semalam ke KPMC, dah makan ubat dan dapat 1 hari MC ........Tapi hari ni masih tak sihat lagi.

So my hubby bawak plak dia ke Klinik Kesihatan Semenyih. Doktor kata kat bahagian dalam tekak dia bengkak. Lagi 5 jenis ubat doktor bagi termasuk ubat batuk. Harap cepat susut demamnya nanti....

Citer semula pasal Buah Melaka tu, dulu masa sekolah aku amik Ekonomi Rumahtangga . Masa kelas masakan adalah sekali tu buat buah Melaka ni. Seronok bentuk2an kuih tu bulat2 je.....:)

Cekodok pisang lagi senang. Lenyek2 je pisang ; nak blender pun boleh. Campurkan dengan tepung dan garam sikit. Ada orang sker letak yis. Terpulang pada citarasa masing2. Yang pasti cekodok pisang ni memang evergreen........Sampai bila2 pun tetap diminati.....he3......

Rabu, 22 Disember 2010

KEROPOK LEKOR BEST !


Mesti ramai yang sker makan keropok lekor kan.Sedap dimakan waktu petang dengan air teh 'O' panas. Lagi2 kalau keropok lekor yang terasa ikannya. Memang best!

Keropok lekor ni kalau dah sedap ; makan gitu2 je pun dah okay. Tak payah nak cicah dengan sos. Tapi kalau ada sos lagi terangkat.....:)

Korang sker tak keropok lekor ? Aku sker sangattttttttt.......

Rabu, 18 Ogos 2010

JEMPUT2 PISANG PON BEST GAK

~ Jemput-jemput pisang........Tq google....
Petang ni rasa cam nak buat jemput-jemput pisang untuk menu berbuka. Pisang dah ada. Cuma nak beli tepung jerk. Nanti balik keja terus pegi kedai beli tepung.
Jemput-jemput pisang ni sedap juga kalau buat untuk minum petang dengan teh 'O' panas! Tapi AWAS......bulan pose tak boleh tau.....Hu3...Takut ada yang lupa plak.
Ada sesetengah orang sker makan jemput-jemput pisang ni cicah dengan susu atau pon gula. Selera masing2 kannnnn. Kalau aku sker makan gitu jerk......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs