UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Makan malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan malam. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mei 2011

MAKAN MALAM DI RESTORAN KAYU MANIS LAGI ...

~ Hiasan dalamannya....

~ Gambar2 The Fabulous Cat....coz restoran ni dimiliki oleh salah sorang ahlinya..:)

~ Tengah tunggu order posing dulu...


~ My princess

~ Air ni aku wajib order kalau makan kat sini. Nestum Ais...sedapppppppppppp...

~ Air nenas for my hubby

~ Nasi Ayam for my hubby....

~ Mushroom soupni plak favaourite my princess

~ Tak ingat menu apa nih ....tapi kueytiaw....for my princess


Waktu lepas lunch cam gini kalau citer pasal makan2 pon best gak kot. May be ada yang masih belum lunch tu ; dapat le juga idea nak makan apa kannnnn.

Ni citer makan malam kami kat Restoran Kayu Manis @ Seksyen 7 Bangi buat kali yang ke-2. Yang bestnya restoran ni coz suasananya yang tenang je. Hiasan dalaman pun cantik. Dan menu favaourite aku kalau ke sini of course le Nestum Ais.

My princess plak sker Mushroom Soup yang ada kat situ. Makan panas2 memang sedap. So, kalau nak cuba tempat baru....apa kata ke Restoran kayu Manis ni.

Jumaat, 24 Disember 2010

NAK MAKAN LAKSA ..

Rasa macam teringin nak makan laksa le plak malam nih. Tapi aku mesti tak pernah habis kalau makan semangkuk sorang ; kena share dengan my princess nih. Kebetulan my princess pun sker makan laksa.

Memang aku tak masak pun malam nih. Petang tadi goreng nugget dan bancuh Milo 'O' panas je untuk minum petang.....

Korang dah makan malam? Makan ape? Laksa juga ke....?....hu3....

Rabu, 22 Disember 2010

MAKAN MALAM .. SUKUN GORENG

Malam ni no cooking at home....hu3.......Bukan tak de makan malam, tapi makan lauk tengahari tadi je. Aku rasa kenyang lagi so tak de makan malam lah untuk aku malam nih ; my hubby ngan my princess je yang tengah menjamu selera tu.

Sekejap lagi nak goreng sukun plak. Semalam beli buah sukun. Aku memang sker sukun goreng. Rasa sukun yang lemak2 tu buat aku tak hengat2 nak berenti bila memakannya....:)


P/S: Korang dah makan malam? Makan ape.........:P

Selasa, 21 Disember 2010

MAKAN MALAM DI LUAR ..

Baru sampai ke rumah. Keluar makan malam. Menu tadi ; Nasi Goreng Kerabu, Nasi Goreng Ikan masin, Tomyam Campur, Kueytiaw Kungfoo, Ikan masin goreng dan Telur dadar.Air pulak.....Laichi Kang, Air Kopi dan Jus Nenas. Rm29.00 untuk 3 orang makan. Puas hati sebab sedap.

Kalau nak cuba bolehla ke Kedai makan WAWASAN 2020 di Bandar Kajang. Kat tepi jalan besar je. Senang nak cari. Manalah tau kalau2 nak tukar selera untuk makan malam kannnnnnnn.......

Alhamdulillah, dah kenyang. Sekarang boleh sambung update blog dan BW.

MAKAN MALAM YANG BELUM DIRENCANA..

Malam ni tak tau lagi nak masak apa. Dah kering idea rasanya.......Nak singgah ke kedai masa balik keja tadi pun rasa malasssss je. Kalau singgah, aku plak pening fikir nak beli apa........

Memang ada masa2nya buntu tak tau nak sediakan menu untuk makan keluarga. Kalu sorang2 tu senang ; masak nasi dan goreng telur pun dah cukup mengenyangkan. Tapi kalau nak masakkan untuk my princess dan my hubby takkan asyik nak goreng telur je........Kesian plak......

Mungkin makan kat luar je agaknya malam nih. Tapi tak tau di mana lagi *.....tak tau juga....* hu3........May be ke KFC.....PIZZA HUT......McD......( Demand plak tekak malam nih.....ha3....) ataupun gerai tomyam yang banyak ada kat sini.........Dah lama tak pekena Tomyam Campur nih.......

Sabtu, 11 Disember 2010

LEPAS MAKAN MALAM ; PERTANDINGAN LAGU-LAGU P .RAMLEE

Alhamdulillah , kenyang makan tadi. Sekarang curi2 masa update blog (sebab my princess pun sibuk nak update blog dia)......sambil layan Pertandingan Lagu2 P. Ramlee kat TVI.

Aku memang minat filem2 Tan Sri P. Ramlee ni ; sekaligus lagu2 Allahyarham. Kalau filem2 Allahyarham memang tak pernah jemu ditonton.

Masa pengenalan peserta2 pertandingan sebentar tadi ; memang ada yang betul2 sebijik muka dan gaya macam Allahyarham. Kalau dah minat kannnnnn........memang jadi idola lah jawabnya.....


P/S: Terima aksih pada kengkawan yang sudi singgah dan komen kat blog aku ni......Sory tak sempat BW sangat ; Nanti aku tepek gambar2 kat Genting bila line tenet dah mengizinkan........Faham2 jelah dengan broadband aku nih.....:(

Khamis, 9 Disember 2010

YANG SIMPLE UNTUK MAKAN MALAM

Baru siap masak untuk makan malam. Menu simple je....Ikan kembung masak singgang, Ikan kembung goreng,ikan masin goreng dan kacang buncis goreng bercili.......

Aku dah jemu makan kat luar. Dah sampai tahap tak tau nak order apa dah, tu yang gagahkan juga masak sendiri tu ; even badan tak berapa sihat.

Okaylah, stop dulu........Nak mandi then boleh siap untuk makan malam dengan family........Selamat menjamu selera juga untuk kengkawan semua ye......:)

Rabu, 10 November 2010

ALHAMDULILLAH DENGAN REZEKI YANG ADA

Alhamdulillah.....baru lepas makan malam. Syukur dengan rezeki malam ni ;nasi putih dengan sotong masak kari, kangkung goreng, ikan masin dan telur dadar.

Puas hati dapat masak sendiri sebab dah jemu dengan menu kat luar tu. Pergi kedai makan yang berlainan pun ; menu tetap lebih kurang sama.........Lagi - lagi bila tak habis makan, membazir je!

Korang dah makan? Menu apa agaknya.......Atau pun tengah berkira-kira fikir nak makan di mana? Heh3.......

* Tak dapat nak tepek gambar coz broadband yang sakitttttttt manjang.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs