UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 9 Mac 2011

SEDIKIT PERKONGSIAN MENGENAI HEARTBEAT..JOM JOIN HEARTBEAT!



Entry ni just nak share info yang aku dapat dari pihak Heartbeat . Kelmarin kan ada problem kat akaun HB macam yang aku citer kat entry nih dan aku dah emailkan masalah tu ke order@heartbeat.my. Sepantas kilat HB reply jawapan pada aku....:)

So kepada kengkawan yang belum join jangan ragu2 nak join Heartbeat nih dan kepada yang dah join jom kita terus aktif mempromosikan HB nih kat blog masing2.


Email 1:
Aku tanyakan kenapa ada shortage/ adjustment kat akaun HB aku kelmarin?

Jawapan dari pihak HB (Email kat bawah nih) - HB tengah buat analisa (kenal pasti) klik dan referal kat akaun HB kita ; tu yang ada adjusment / shortage tu . Tapi sekarang dah okay.

Dear zey,

Don’t worry, we are analyzing your clicks and referral. That’s why it is some adjustment on your earning.

Anyway, we have finish adjusted it for you, pls check again.

Thanks for supporting us.


Email ke 2 : Aku tanyakan kenapa ada earnings kat OTHERS coz sebelum ni tak de dan kat referral plak ada shortage earnings.

Jawapan dari pihak HB (Email kat bawah nih)- Earnings yang appear kat OTHERS tu adalah selepas pihak HB analisa klik & referral HB untuk blog kita. Means itu adalah yang actual/sebenar. So tak perlu risau lagi takkan ada perubahan selepas nih as long as kita tak terlibat dengan illegal referral program (yang tak disahkan le maksudnya).


Dear zey,

For the adjustment in OTHERS, it is an adjustment after we analysis your clicks and referral.

Don’t worry that if you didn’t involve in illegal referral program.

We will always keep our promise to reward you by promoting heartbeat.my.

Thanks for your supports.


Email ke 3 - Aku tanyakan tentang kenapa berlakunya adjustment pada referral earnings.

Jawapan dari HB (Email kat bawah nih) - Tips yang mudah untuk kita faham ; tak de nak pening2 kepala. Untuk memastikan kita dapat earnings dari referral HB kita ; pastikan orang yang register HB thru klik kat banner HB kita pun sama2 aktif mempromosikan HB.

Senang citer lepas je register saling promote kan tentang HB kat blog memasing mengikut kreativiti sendiri ...yang penting promote. Yang earnings tak naik2 tu even ada kawan kata dh register thru klik kat banner dalam blog kita, maybe dia atau pun kita tak begitu mempromosikan tentang HB nih.

Harap2 perkongsian ni dapat menjelaskan lagi apa yang kawan2 rasa agak blur tentang Heartbeat ; tapi tak salah kalau nak lebih detail terus je email ke HB. Mesti ada jawapan segera dari pihak HB. Aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa tau dan perlu je....Jom join Heartbeat dan terus promote Heartbeat....:)

Dear zey,

Don’t worry, it is a minor adjustment. Here is the tips, to make sure you earn from referral, pls make sure they are also actively promote Heartbeat.my.

Thanks for your supports.



* Klik je banner kat header atas tu untuk join HB .Senang je ..semudah A, B,C........:)











RODA KEHIDUPAN

Hidup ibarat roda . Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Hari ni kita sker..esok lusa kita tak pasti lagi. Mungkin duka datang berganti. Hari ni kita disakiti....esok lusa mungkin orang yang menyakiti itu pula bakal di sakiti ; atau kalau silap percaturan kita boleh jadi orang yang menyakiti.

Kerana itu hidup perlu terus berhati-hati. Usaha....tawakkal...dan berdoa pada-Nya. Itu senjata utama. Yang penting jangan menyalahkan sape2 atas apa yang terjadi. Andai baik alhamdulillah ; andai buruk....mungkin bukan musibah tapi kifarah....atas dosa2 dan kesalahan kita yang lalu.....


P/S: Tetiba teringat plak aku pada Program RODA IMPIAN.......

MENTOR 5 ... PERTARUNGAN 6 PENJURU


ENAM bakat baru yang memburu impian yang sama untuk bergelar penyanyi terkenal tanah air.


Menyifatkan diri mereka sebagai cukup bertuah berbanding ribuan peserta yang gagal terpilih di luar sana, Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa seboleh-bolehnya tidak mahu peluang keemasan yang hadir dalam hidup mereka lebur begitu sahaja.

Cerita selanjutnya - KOSMO


MENTOR DAN PROTEGE (KUMP. A):-
Datuk Sharifah Aini - Shiha
Afdlin - Ratnah
Noh - Ayish


MENTOR DAN PROTEGE (KUMP. B) :-
Edry KRU - Iqa
Erra Fazira - Salma
Rahim Maarof -Aiman


HADIAH JUARA MENTOR 5:-
Wang tunai RM100,000 (mentor & protege)
Sebuah Kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolete untuk protege


HADIAH TEMPAT KE-2 MENTOR 5:-
Wang tunai RM30,000 (mentor & protege)
Sebuah Vespa LV150 tajaan Naza World untuk protege



P/S: Perghhhhhhhhhhh...hadiah tak hagak2. Kenapalah aku tak jadi protege MENTOR 5 nih......Tapi ada ke yang sudi jadi MENTOR aku......ha3.....



SEMOGA DIA TERPILIH ..

Selamat pagi lagi untuk semua. Macam mana bangun pagi ni?Rasa segar? Atau rasa lemah je.....Kalau belum sarapan eloklah bersarapan dulu ; supaya ada tenaga untuk teruskan keja2 hari ni.

Pagi ni agak kalut sikit ....bila aku dah sampai office dalam pukul 7:40 my princess kal. Dia tanya aku kenapa aku tak kejut dia pagi ni awal sebab ada latihan dan pemilihan pemain bola baling kat sekolah dia.Aku yang jadi blur ...sebab pukul 5;30 pagi tadi aku dah kejut dia , tapi dia kata malaslah nak pegi sebab penat.....Agaknya dia mamai kot masa tu.

So, my princess pegi juga ke sekolah tapi agak lewat. Sempat juga dia cakap kat aku .." Ibu doakan kita terpilih ye"....Aku jawab .."Insyaallah ibu doakan Atin terpilih masa pemilihan pagi ni untuk pemain bola baling tu ; nanti ayah pun doakan sama ye ayah.." My hubby mengangguk2 je sambil senyum.

Dan aku pun nak mintak tolong jasa baik korang, tolong sama2 doakan my princess supaya dia boleh bermain dengan cemerlang dan terpilih untuk pemain bola baling sekolahnya . Thanks untuk korang sume...:)


* Doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah anak2nya. Dan aku pasti sume ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 tercinta....

Selasa, 8 Mac 2011

BENJY PERNAH CERAIKAN ISTERI

KUALA LUMPUR – Dalam diam, pelakon Benjy yang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar, Johor sejak Mei tahun lalu atas tuduhan penyalahgunaan dadah rupa-rupanya pernah menceraikan isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di rumah mereka di Menara Dutamas di sini pada Julai 2008.

Namun pasangan itu didakwa kembali hidup sebumbung pada hari sama mereka bercerai setelah Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, melafazkan perkataan rujuk semula terhadap Safiya.

Perkara itu hanya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila Safiya, 28, memfailkan dua permohonan serentak iaitu permohonan mengesahkan talak dan mengesahkan lafaz rujuk semula pada 7 Februari lalu.

Benjy yang dibawa dari PPA berada di mahkamah bersama Safiya semalam dengan diwakili peguam syarie, Hazirah Othman dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebaik sampai di mahkamah Benjy dilihat terus mencium dahi Safiya.


*Sumber : KOSMO


P/S: Apa2 pun kita doakan agar Benjy dan isterinya akan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini nanti...

MATI MUDA AKIBAT OBES

KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan mayat Ang Kok Fei semalam.


KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau.

Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula.

Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama.

Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain.


*Sumber : KOSMO

KEREPEK TEMPE

~ Kerepek tempe yang first time aku jumpa dan rasa.....


Sambil blogging sambil layan kerepek best kan. Tak kiralah kerepek apa pun ..kerepek ubi ke..kerepek pisang ke..kerepek sukun ke..janji kerepek. Boleh khayal makan kerepek ni ; walaupun rasa dah banyak makan tak susah nak stop selagi kerepek tu ada depan mata. Betul tak? Ke aku sorang je yang ada perasaan cam gitu..hu3...

Kali ni nak citer tentang kerepek tempe plak. Inilah first time dalam seumur hidup aku yang dah matang nih..*ha3..tak nak guna tua ; guna matang...* jumpa kerepek tempe dan makan kerepek tempe. Bese jumpa sambal tempe..masak lemak tempe..tempe goreng ; tapi kerepek tempe inilah first time!

Korang penah jumpa ke? Kerepek tempe ni hasil ihsan sorang member office yang bawak dan letak kat pantry tadi. Sekejap je dah tinggal setengah balang. Hu3....Sedap...rangup..masam2 masin rasanya....Memang ada kelainan lah! Sape 2 ada pengalaman makan kerepek tempe jom le share kat sini..:)



AKU WANITA...SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA

Terjumpa entry tentang Hari Wanita kat 2-3 blog tadi. Tak perasan plak aku yang hari ni Hari Wanita. Ada sorang member fb tadi postkat wall dia. Baru aku sedar tentang ni.

So, di kesempatan yang ada ni aku nak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada sume wanita di luar sana dan di sekeliling aku ni...sama ada yang dikenali atau tidak dikenali.

Ingat sesuatu wahai wanita yang merasakan diri anda tidak dikenali. Jangan merasa rendah diri ; kerana melalui anda yang tidak dikenali ; lahirnya seorang wanita lain yang bakal dikenali dan mungkin telah dikenali. Dan kerana jasa andalah juga semuanya itu.

SELAMAT HARI WANITA.....HIDUP WANITA ! Dan terima kasih kepada mereka2 yang sentiasa memberi ruang dan sokongan kepada wanita2 ini untuk terus berjaya ; sape lagi kalau bukan yang bergelar suami !

MENU ORANG LEPAS DEMAM ..

~ Inilah menu lunch aku hari ni.....Menu org baru lepas demam...


Korang pecaya ke tidak..Inilah menu lunch aku hari ni. Orang baru lepas demam ; tak selera nak makan . My hubby tanya nak lauk2 bersambal atau berkuah ke? Aku tak selera. Aku mintak dia tapaukan nasi, telur dadar dan timun je untuk ulam. Air fresh orange.

Alhamdulillah boleh juga aku makan. Makan sorang2 je pun ; malas nak pegi mana2...badan masih tak berapa sihat ni...

Korang dah makan? Selamat menjamu selera ye..:)

AKAUN HEARTBEAT ADA PROBLEM?

Aku tak pasti akaun Heartbeat korang ada problem macam aku ke tidak. Tap mengikut kata dni (Ardinihumaira) ada satu blog pun citer tentang problem yang sama. Earnings kat akaun Heartbeat aku semalam ada shortage sikit. Dalam 30 hengget juga le.

So aku terus email ke Heartbeat....mesti boleh setle punya *nak pujuk hati sendiri*. Dan pagi ni aku dapat reply dari Heartbeat. Memang pantas. Tq Heartbeat. Cuma masih ada kekeliruan sikit bila tetiba ada earning kat Others tapi kat refer friends to register still short lagi. Means ada penambahan earnings yang sebelum ni memang tak de ; tapi short pun masih ada lagi.

Lagi sekali aku email Heartbeat pagi ni. Dan harap2 aku akan dapat jawapan yang jelas secepat mungkin. kat sini aku kongsi sikit jawapan dari Heartbeat yang aku terima untuk email aku yang pertama.

Dear zey,

Don’t worry, we are analyzing your clicks and referral. That’s why it is some adjustment on your earning.

Anyway, we have finish adjusted it for you, pls check again.

Thanks for supporting us.


* Tengah menanti2 jawapan dari Heartbeat untuk email aku yang ke-2. My princess punya akaun pun ada problem yang sama. Kalau korang ada problem yang sama email je ke order@heartbeat.my. Gerenti diaorang akan reply punya....



IKAN BILIS GORENG RANGUP

~ Ikan bilis goreng rangup..My favourite menu yang tak penah jemu2 dimakan.....


Ikan bilis sinonim dengan Sambal ikan bilis. Lagi2 kalau dimakan dengan nasi lemak. Memang terangkat la weh....Tapi kalau selalu sangat makan yang bersambal dan pedas2 ni...kadang2 jemu juga.

Ikan bilis goreng rangup ni pun alternatif juga kalau dah bosan dengan menu yang bese. Makan dengan nasipanas2....tuang kicp kat atasnya ; kena plak Kicap Kipas Udang. Memang berpinggan 2 aku makan...he3...

Ada member aku bagi tips ; nak kasi ikan bilis ni lebih rangup bila digoreng. tuangkan serbuk perasa sikit masa menggoreng. Aku pun dah cuba. Memang terasa kerangupannya dan rasa lemak2 gitu. Ratah macam tu je pun tak sedar boleh abis sepinggan. Cubalah!....*HE3..MACAM IKLAN PLAK*

NI YANG BUAT AKU MLAS NAK MC..

~ Scanning time.......MC pun nak kene scan sendiri.....


Inilah juga salah satu punca aku malas nak MC ; selain dari azam tahun ni juga nak kurangkan MC. Last year pun tak delah banyak mana pun aku MC. Ada 3-4 hari je. Tapi this year kalau boleh nak kurangkan lagi.

Part yang paling malas...bila dah datang keje semula nak kene scan MC tu sendiri then email terus ke email rasmi kita dan key -in plak dalam hrmis. Tu yang malasnya. Banyak bende nak kena buat.

Kalau dulu ada staff yang in-charge untuk sume ni ; tapi since hujung tahun lepas dah kena buat sendiri. Sendiri mau ingat le jawab nya....hu3...

COME BACK TO WORK.....OWWHHHHHHHHHHH..

Hari ni kembali bekerja dengan badan yang masih lemah. Gagahkan juga datang keje hari ni tapi aku malas nak drive. Nasib baik my hubby keje shift malam hari ni ; so boleh le dia tolong anta aku. Kalau tak susah juga....

Selamat pagi untuk korang sume. Lagi sekali aku mintak maaf coz tak de kesempatan nak balas kunjungan korang. Semalam, even 1 entry je aku update.... tapi masih ada kawan2 yang sudi datang dan singgah baca entry sambil tinggal komen kat blog aku.

Terima kasih untuk nur , jebateja , Ayu (CR) , Princess Nur , eelobor, manje , Miecyber , Haniff Borhan , logorithm dan dni (Ardinihumaira) yang sudi tinggalkan komen dan doakan kesihatan aku kat entry nih.

Untuk kengkawan yang lain yang aku tak sebut nama ; bukan aku tak ingat....untuk korang sume pun terima kasih banyak2 coz tak jemu untuk datang ke blog ini lagi. Insyaallah hari ni aku akan cuba balas kunjungan korang sume....:)

Isnin, 7 Mac 2011

ALAHAIIIIIIIIII DOKTOR..............MC (6/3/2011)


Satu hari suntuk tak dapat online. Hari ni aku MC ; setelah seminggu lebih menggagahkan diri pegi keja tapi hari ni aku surrender. Bangun pagi ni dengan badan sakit2 sangat. Ulcer pun makin bertambah. Terpaksa juga aku ikut kehendak my hubby jumpa doktor.

Sampai di klinik (KPMC), doktor boleh plak wat kelakor ngan aku. Dia just pandang tak tanya apa2 pun. Aku sound je bila dia mengangguk2 macam bertanya sesuatu ."Doktor pandang saya je, tak tanya pun sakit apa..so saya diam je le". Sudahnya doktor tu gelak je...hu3.

Becoz demam aku ni on and off....badan plak sakit2 ; doktor advise buat blood test. Aku no hal...My hubby yang seriau bila jarum tu menyucuk kat lengan aku...hu3...

Alhamdulillah result okay...BP pun okay. Doktor bagi MC 1 hari untuk aku rehat. Ubat plak 3-4 jenis nak kena makan. Hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....Ni pun badan masih lemah2 lagi. Tak taulah camne nak keje esok....hu3......


P/S:Mintak maaf pada kengkawan yang datang blog ni dan tinggal komen. 1-2 hari ni aku tak dapat nak balas balik kunjungan korang coz sejak semalam badan ni makin terasa sangat sakit2nya...:(

Ahad, 6 Mac 2011

ASYIK MAKAN JE..NGANTUK....

Baru lepas lunch. asyik makan.....kenyang je mata ngantuk..kenapa ye. Dah letih asyik tido je. Layan TV ...asyik2 citer yang sama berulang2. Bosan juga. Cuaca ka luar pun mendung semacam ; macam nak hujan.

Kat tempat korang macam mana? Sama ke ? Hari ni mesti ramai yang bawak family jalan2 kuar....tak pun Jalan2 Cari makan. Heh3..... Mesti sunyi sikit blogging hari ni. Agak nyelah. Sebab waktu cuti2 macam ni lah kita nak spent time dengan family. Blogging tetap blogging....Tapi family tetap yang utama kannnnnnnnnnnnn.....

So, selamat menghabiskan weekend korang semua dengan bersantai dengan family. Kalau ada certa2 baru yang boleh dikongsi.....Blogging le skali. Tak delah blog tu sunyi sepi je ....:)

AKU MIMPI ???

Update hari ni dengan entry mimpi. Semua orang oenah bermimpi kannnnnn..Mimpi tu mainan tidur...ada juga yang kata beri petanda pada kita. Betul ke? Kalau cam tu mimpi jadi kaya ..ada ke petanda nak jadi kaya..heh3.....

Kalau mimpi buruk selalu macam mana plak? Memang mimpi mainan tidur tapi kalau dah selalu sangat..boleh mengganggu emosi juga kannnn.....Mudah2an dijauhkan dari semua perkara keburukan....amin


P/S: Kalau mimpi betul2 jadi realiti...cam ne ek???

Sabtu, 5 Mac 2011

KUASA CINTA .. THE POWER OF LOVE

Bila bicara soal cinta ; sukar untuk ditafsirkan pengertiannnya. Kuasa cinta hebat penangannya. Kuasa cinta hanya dapat dirasai oleh orang yang pernah bercinta dan sedang bercinta...heh3..*jiwang sikit pepagi nih....*

Kenapa aku sibuk bercerita tentang cinta pepagi ni?Biasalah kan...hidup memang perlu ada perasaan cinta.

Cintakan Allah itu cinta yang utama.....



~ Cintakan orang yang tersayang....me n my hubby

~ Cintakan my princess......

~ Cintakan bonda yang melahirkan dan membesarkan ...me n my mum

~ Cintakan adik beradik ...me n my litle sista

~ Me n my litle bro...


Indahnya hidup ini bila dicintai dan menyintai kannnn.....:)



P/S: Actually pagi ni aku nak attend Ceramah Maulidur Rasul bertajuk KUASA CINTA..THE POWER OF LOVE.....Ada sape2 nak ikut?

Jumaat, 4 Mac 2011

ROJAK BUAH


Petang2 cam gini dapat maka Rojak Buah cam kat atas tu pun best gak kannnnnnnnnnn. Rasa masam dam manis nya.....tambah dengan pedas sikit....Perghhhhhhhhhhhhh memang best!

Sape sker Rojak Buah cam aku...angkat tangan...Sape tak sker angkat kaki....heh3...



P/S: Rojak Buah kat atas tu aku makan kat Restoran KAWANA , Kajang.....Kalau nak try silalah ke sana..:)

BERBELANJA RM300 JE ; MENANG RM88,888

NEIL ADAMS (kiri) meraikan kemenangan Khairuni Sabil bersama anaknya, Nursarah di Kuala Lumpur semalam.



* Ni yang orang kata " Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tahu"....Kenapalah aku tak shopping kat TESCO masa tu ..Hu3......


KUALA LUMPUR - Hanya dengan berbelanja sebanyak RM300 di pasar raya besar Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco), seorang suri rumah mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah utama peraduan Tahun Baru Cina 8 Hari Grabbit Bonus, iaitu wang tunai sebanyak RM88,888.

Khairuni Sabil, 47, sama sekali tidak menyangka kunjungannya ke Tesco Mutiara Damansara di sini pada 3 Februari lalu untuk membeli barangan keperluan dapurnya telah mendatangkan tuah bernilai buatnya.

"Saya selalu berbelanja di cawangan ini yang hanya terletak lima minit perjalanan dari rumah saya. Saya hanya memasukkan satu borang penyertaan dan tidak sangka ia berjaya.

"Mungkin ini merupakan rezeki anak bongsu saya, Nursarah Muslim yang menyambut hari lahirnya ke-11 hari ini (semalam)," katanya ketika majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sini semalam.


*Sumber- KOSMO

TAK SAMPAI 1 JAM LAGI ..

Tak sampai 1 jam lagi dah boleh rehat. Hari ni waktu rehat lama ; so aku kene lah balik. Dok kat office pun tak de wat apa2..nanti boring je. Baik lah aku balik umah. Boleh tido kejap. Online kejap2...sumenya wat kejap2..heh3....

Korang camne? Balik juga ke?

SENYUM ....TAK PERLU KATA APA-APA..


Banyakkan senyum untuk redakan tension. Senyum juga memudahkan perhubungan. Senyum pun satu sedekah. Lagi2 hari Jumaat yang mulia ni ; banyakkan senyum sebagai satu sedekah.....


Tapi Awasssssss..jangan senyum tak bertempat. Nanti haru-biru plak jadinya.......:)


P/S:Sker lirik lagu 'Senyum' yang popular skrg ni..."Kalau semua orang senyum, dunia tiada penyakit....". So, jom senyum ramai2....:)

HEARTBEAT DAN BANNER BARU .. SWEET !


Baru je perasan Heartbeat dah tukar banner baru. Nampak sweet gitu. Korang dah join Heartbeat? Boleh tambah income. Kalau belum klik je banner Heartbeat kat header blog ni..he3....Kemudian terus register.

Aku tengah tak sabor2 nak cashout Heartbeat nih.Bilalah agaknya boleh cashout Heartbeat nih.....:)

DOA DULU..PELAWAT TU FAHAM...

Selamat pagi semua. baru selesai sama2 mengaminkan doa yang dibaca kan oleh ustaz Hakim tadi. Kebetulan ada plak pelawat dari luar yang datang kerana ada mesyuarat di sini. Dan serentak dengan itu ada seorang pegawai kat sini yang kebetulan baru sampai.

Boleh plak dia datang kat aku sambil bisik2 tanya .."Pelawat2 tu dari mana?". Aku ni tengah tadah tangan ni sama2 baca doa.....slumber je aku jawab.."Tak sempat tanya Tuan", sambil tunjukkan isyarat doa kat dia.

Alahaiiii..macam2. Kalau iyapun tunggulah doa habis dibacakan dulu , barulah tanya. Kan kita ni dah diajarkan adab2 berdoa sejak kecik lagi. Tak kisah le secara formal atau tak formal. Lagipun pelawat2 yang datang tu pun aku dapat agak mereka faham situasi waktu tu ; sebab diaorang pun sama2 menadah tangan mengaminkan doa tu.....

.....Selesai je ustaz membacakan doa , terus aku tanyakan pelawat2 yang datang tu tentang tujuan mereka.Dan seperti yang aku jangka ; mereka menjawab dengan senyum mesra...Tak de lah nak marah2 pun........hu3...

Khamis, 3 Mac 2011

HOORAYYYYYY.. CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...:)

Hooray........cek Nuffnang yang ditunggu2 dah tiba. Baru je tadi aku received. 1-2 hari ni aku asyik berulang-alik je kat letter box kat office aku nih ; tengok2 kalau2 ada surat untuk aku.

So, hari ni memang tak menghampakan. Penantian yang berbaloi.Thank you En Nuffnang...:)



*Mood: Tak sabor nak bank-in kan cek nih.....Dan tak sabor nak withdraw duitnya nanti..he3.....

PINTU CERMIN YANG BUAT NAYA ..

Korang perasan tak pintu masuk yang dibuat dari cermin tu. Bese kat bank2 macam tu le pintunya. Pintu cermin ni memang selalu nak kena lap. Kalau tak ,nampak sangat kotornya. Kesan2 tapak tangan 'orang' yang lalu -lalang ; tu belum lagi staff yang keje kat dalamnya.

Tapi pintu cermin yang cam gitu actually mengundang bahaya juga. ...(kalau cermin untuk tengok muka tak pe) Lagi2 pintu cermin yang tak ada tinted tu. Ada penah sekali kawan aku terhantuk pintu cermin sebab tak perasan ada pintu kat situ....ha3...Apelagi buat slumber jelah. Cover malu.

Aku pun pernah hampir2 nak terhantuk kat pintu cermin nih. Tapi nasib baik dah dekat sangat baru aku terperasan. Kalau tak naya kena gelakkan orang kat situ.....* Dah sah2 aku akan elakkan ke tempat yang sama dalam tempoh yang panjang..*

Korang ada ke pengalaman cam gini?

JOM MAKAN !

~ Bawak bekal....Nasi putih, Bayam goreng dan Telur goreng kicap


Korang dah makan? Jom makan......Hari ni aku tapau lagi ; Nasi putih, Bayam goreng dan Telur goreng kicap. Sayur wajib ada, Kalau makan tak de sayur rasa ada je yang tak cukup. Nasi sikit tak pe....tapi sayur kasi lebih...

Korang makan ape? Bismillah dulu ye. Tangan tu jangan lupa cuci dulu......Dah lepas makan ni boleh le update blog sekejap sementara nak ke surau ; solat Zuhur.

Sekarang ni dah malas nak balik umah. Rehat kat office lagi selesa. Tak de terkejar2 sangat. Masa 1 jam tu bukannya panjang ; cam suntuk je. Dok kat office ni lagi okay....sejuk.....relax...sambil2 tu boleh update blog.....:)

JAMBU DAN MANGGA POTONG IN THE HOUSE !

Selalu kita nampak peniaga jambu batu /mangga yang dah siap dipotong2 tu kat tepi2 jalan kan. Jambu /mangga yang rangup tu dimakan dengan asam yang serbuk tu memang sedap. My favourite tu. My princess pun sker juga.

Sekarang ni tak payah nak kuar lagi kalau nak makan jambu / mangga yang cam gitu. Kat dalam office ni pun dah ada dah. Ada sorang staff yang jual jambu/mangga potong ni kat sini. Sambutan? Memang baik. Hari2 abis je jambu/mangga yang dijualnya.

1 paket RM1. Dalam 1 biji mangga tu boleh dapat 3 paket. Kira untung jugalah tu kannnnn. Rajin dengan tidak je kalau nak cari income lebih ni...:)

MAKAN BIHUN GORENG GUNA STRAW ???

Bila baca komen si Adii Nak Heran kat komen entry nih ; aku teringat kisah my hubby lebih kurang 15 tahun dulu. Masa tu zaman dia 'merempit'. Beselah jiwa muda kannn. Rempit punya rempit sudahnya dia yang dapat 'sakit'.

Dia accident masa tu. Bawak motor laju sangat. Kat area Kajang ni juga ; cuma aku tak ingat kat mana. Nak dijadikan citer kesan dari accident tu sebulan lebih dia admitted. Mula2 kat Hospital Serdang ...kemudian transfer ke Hospital Ipoh sebab nak dekat dengan kampung kat Teluk Intan.

Bukan setakat admitted je.....tulang pipi dia remuk teruk. Doktor terpaksa masukkan besi kat dalam tu . Aku dengar dia citer pun jadi seriau. Lama jugak dia menanggung sakitnya akibat besi yang dimasukkan tu. Bila tunduk je muka tu rasa macam nak jatuh ke bawah dan memang tak boleh nak becakap banyak.

Makan pun guna straw je. Ni memang kisah benar. Hu3....Dek kerana teringinkan bihun goreng yang mak dia masak (my MIL le tu) dia terpaksa sedut guna straw yang besor tu dan bihun goreng tu dicampurkan dengan air. Memang sadissssssssss betullah!

Sekarang ni bila aku tanya nak ke makan bihun dengan straw lagi.....My hubby terus jeling kat aku semacam je...Ha3....


P/S: Aku ni tengah ulcer ..agak2nya makan nasi guna straw okay tak??? Heh3....

JOM KITA 'BER' HEARTBEAT!


Kepada yang belum join lagi , jom ramai2 kita join Heartbeat nih. Boleh wat income dengan tak payah susah2 nak jual barang ke hape ke. Pasang banner je kat blog kita. Boleh baca entry kat sini.

Kalau nak join klik je kat banner Heartbeat aku kat header blog nih dan register je. Register pun tak amik masa yang lama.Lepas register boleh dapatkan code untuk tepek banner kat sidebar n header blog kita. Senang je kannnn.....



P/S: Tak sabar nak cashout nih *SELEPAS 1 BULAN LEBIH DENGAN HEARTBEAT.....*

H1N1 'DATANG' LAGI...EKORAN H1N1 SEKOLAH DITUTUP SEMINGGU

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini tutup selama seminggu bermula hari ini setelah seorang pelajarnya disahkan meninggal dunia akibat menghidap virus selesema babi (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penutupan sekolah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan punca wabak H1N1 menular ke sekolah terbabit.

Katanya, kematian pelajar terbabit bagaimanapun hanya dilaporkan kepada pihaknya pada 28 Februari lalu oleh pengurusan sekolah terbabit.


*Sumber - KOSMO


P/S: Aku dengar berita ni kat radio masa on the way datang keja pagi tadi. Risau plak jadinya coz kat kawasan Kajang kes ni...:(

ANGGUKAN DAN SENYUMAN PUN DAH CUKUP KANNNNN...

Dah waktu minum pagi sekarang nih. Dah ramai juga yamg menyapa .."tak minum ke?'....atau pun.."Dah minum ke?". Beselah sapaan yang cam gitu . Mulut tengah ulcer ni, malas nak bersuara ; anggukan kepala dan senyum dah memadai untuk sume pertanyaan tu. Daripada dikata sombong.

Dah breakfast? Kalau belum cepat2 g breakfast. Dah 9 lebih nih. Nanti sakit plak perut tu....

Rabu, 2 Mac 2011

ALL IN ONE : KLIK & GIVEAWAY


GA oleh blogger nur ; Blog ALL IN ONE. Senang je nak join. Syarat2nya kat sini. Senang je . Jom join.....


OWWHHHHHHHHHHHHHH MASIH ULCER ....

~ Muka tension kena ulcer........:(


Bilalah nak eloknya ulcer aku nih. Dah dekat seminggu ulcer nih. Tak mau elok2 lagi. Garam dah 2-3 kali aku tenyeh ; tapi makin sakit ada la. Bukan makin elok. Ubat klinik dah cuba tapi tak jalan juga...hu3...:(


P/S: Korang tolong bagi apa2 tips nak ubatkan ulcer...:(

JOM MAKAN KEK COKLAT


~Kek Coklat yang popular kat office aku


Kek Coklat ni memang popular kat office aku. Dulu dijual dengan harga RM10 ; tapi sekarang dah naik kepada RM11. Naik pun naiklah..kalau dah rasanya sedap, mahal sikit pon orang beli juga.

Kek ni isteri kepada salah seorang bekas staff kat sini yang jual. Memang makcik ni dah bese dengan orang2 kat sini. Kalau musim2 raya dia pun jual kuih bahulu juga. Tapi aku tak berapa minat kuih bahulu ; kek coklat ni memang favourite aku. My princes pun sker.

NASI GORENG UDANG

~ Nasi Goreng Udang


Ni menu malam tadi. Mula2 plan tak masak coz petang tu dah ke Pasar Malam ; beli barang2 dapur dan beli Bihun Sup. Tapi kesian plak tengok my hubby dan my princess yang tak makan lagi.

Tengok dalam periuk ada lagi nasi yang aku masak pagi tu. Kebetulan masa pegi pasar malam tu ada beli udang. So tetiba datang idea nak masak Nasi Goreng Udang versi diri sendiri...heh3.... Sap sap soi....Tak sampai 1/2 jam Nasi Goreng Udang siap. Cukuplah untuk 3 orang makan. Tak payah susah2 nak kuar beli kat kedai.....:)



P/S: Takyah letak resepilah....Senang je masak Nasi Goreng Udang nih. Budak tadika pun boleh buat...he3....


MUDA-MUDI PESTA DADAH DICEKUP

SEBUAH hotel di Jalan Cheras, Kuala Lumpur yang disewa sekumpulan 30 orang untuk berpesta menyambut hari jadi Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Keseronokan sekumpulan 30 orang termasuk lima wanita yang menyambut hari lahir dalam sebuah bilik hotel di Jalan Cheras di sini tidak berpanjangan apabila mereka ditahan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, serbuan pada pukul 4 pagi Sabtu lalu dibuat selepas polis menerima aduan mengenai bunyi bising dari salah sebuah bilik hotel di situ.

“Kita menghantar sepasukan polis selepas ada penghuni di hotel sama memaklumkan tidak tahan dengan bunyi bising dari bilik hotel yang disewa kumpulan tersebut,” kata beliau di sini semalam.


*Sumber : KOSMO


P/S: Risau dengan masalah sosial di kalangan muda-mudi sekarang..:(

NUFFNANG CHEQUE STATUS: SENT !


Alhamdulillah. Cheque pertama dari Nuffnang dah pun dihantar semalam ; 1/3/2011. So tunggu jelah dalam sehari dua nih. Tak sabor rasanya nak dapat cek tu. Cek pertama aku dengan Nuffnang.....:)


*Mood : Gembira tak terkata.....:)

PAGI DAN DOA

Selamat pagi. Pagi ni macam bese dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Hakim ; ustaz yang bertugas kat office aku nih....

"Bagi memulakan tugas2 kita pada hari ini, marilah kita sama2 berniat kerja2 yang kita lakukan sebagai ibadah. Mudah2an kita mendapat keberkatan untuk setiap kerja yang kita lakukan"

Diantara kandungan doa yang dibacakan oleh ustaz tadi. Jom sama2 kita pasang niat macam tu. mudah2an keberkatan untuk kita semua.Insyaalah..

Selasa, 1 Mac 2011

INILAH DIA ORANG YANG BELANJA MAKAN TU....ROJAK AYAM

Semalam aku ada wat entry tentang 'Ada orang nak belanja makan tengahari' kan. So inilah dia orang nya yang belanja aku dan kawan2 makan tu. Dia ni office mate aku ; Rafizah namanya (yang tudung ungu tu tau). Baru2 ni dia dapat APC. Dah 9 tahun pun keje. So rezeki APC tulah yang dikongsi bersama. Share dengan 2 orang lagi member yang sama2 dapat APC.

Dan inilah yang jadi menu lunch kami semalam ; Rojak Ayam yang memang popular kat Sungai Khantan, Kajang nih. Memang sedap. Tak caya....silalah mencuba ye...:)

KALAU DAH MEMANG REZEKI ..

Kalau dah rezeki tak kemana kannnn..... Tak payah susah2 kita nak fikir. Kalau dah memang sesuatu perkara tu Allah tentukan untuk kita ; akan jadi hak kitalah juga akhirnya. Tapi kalau dah memang bukan rezeki kita ; buatlah macam mana pun takkan kita dapatnya juga.

Aku serahkan segalanya pada Dia untuk memberikan aku ‘perkara’ itu andai itu yang terbaik buat aku dan masa depan dalam kerjaya aku.

* Aku ditawarkan oleh salah seorang Timbalan Penguasa kat office aku ni untuk masuk ke dalam unit dia. ; memang bidang yang aku minat. Tapi sape aku untuk kata okay. Semuanya terpulan kepada budi bicara my boss juga…:)

DIPENJARA KERANA DERA ANAK TIRI

Anak tiri pun anak juga. Kenapa perlu ada layanan yang berbeza terhadap anak tiri? Anak tiri pun perlukan perhatian dan kasih sayang.

MELAKA - Seorang suri rumah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mendera anak tirinya tiga tahun lalu.

Dia yang sepatutnya mempunyai tanggungjawab melindungi mangsa tetapi telah melakukan sebaliknya.

Untuk cerita selanjutnya klik di sini - KOSMO



FOLIO OH FOLIO

Dulu masa sekolah menengah..aku masih ingat lagi setiap tahun akan ada projek sekolah yang diberikan kepada pelajar2 untuk disipakan ; atau disebut juga folio.Cikgu akan tentukan tajuk yang sepatutnya dan terpulanG kepada usaha pelajar sendiri nak buat folio tu macam mana.

Markah akan diberi berdasarkan isi dan juga kreativiti kita dalam membuat folio tu. Masa tulah ke sana - ke sini dengan kumpulan masing2 buat kajian. Jumpa ketua kampunglah...jumpa Penghulu lah...jumpa Pegawai Daerah lah.... Asalkan dapat info yang dikehendaki.

Itu citer masa di sekolah menengah. Tapi sekarang ni, pelajar2 sekolah rendah pun dah sibuk dengan tugasan cam gini. Kadang2 tajuk yang diberi memang menguji kecekapan pelajar2 tu. Part ini yang best...Masa nilah boleh nampak kerjasama bukan antara pelajar dengan pelajar yang lain je ; tapi antara pelajar dengan ibu atau bapa sendiri. Masa tulah nampak si ibu sibuk tolong mengguntinglah...mewarnalah...yang si bapa plak tolong fotostate ,binding dan macam2 lagi....

Actually bagus juga. Boleh mengeratkan kerjasama antara anak beranak ni....he3... Macam ada sorang kawan aku ni, tengah sibuk cari gambar bendera kat internet. Siap tolong guntingkan lagi ; coz anak dia baru Darjah 4...:)

SENAMROBIK DALAM HUJAN...

HA3......Best kan main hujan? Dulu masa kecik2 sker sangat main hujan. Kalau takut mak tau....sanggup sorok2 main hujan. Rasa dah happening sangat bila dapat rasa air hujan kena badan nih....Ha3...

Tapi bila umur dah macam sekarang ni.....stil sker main hujan sesekali. Macam semalam semangat nak bersenamrobik punya pasal ; walaupun hujan gagahkan juga. Mula2 tu cuaca okay je...memang mendung sikit....tapi dah 15 minit pas tu tetiba hujan.

Lagu plak tengah rancak so kami teruskan je bersenam kat atas pentas sekali dengan instructor senamrobik tu. Memang kecoh dibuatnya. ha3....Bayangkan kalau pentas yang boleh muat 5-10 orang ; jadi penuh sampai 30 orang....Tak kecoh ke jadinya...

Sampai sudah le kami bersenam dalam keadaan hujan. Cuma ada bumbung sikit je . Tak delah basah sangat. Memang best....hujan2 pun tetap kuar peluh!

SUKAR MILIKI CINTA SARAH ... SHUIB TAKLUK SARAH


HANYA lafaz syukur yang membasahi bibir Shuib sebaik sah memperisterikan Sarah.


DIRAIKAN. Pasangan Sharifah Shahira dan Ijoy turut hadir meraikan mempelai. Gambar oleh KOSMO


Kalau dah jodoh tak ke mana kan. Selamat pengantin baru buat penyanyi kecil molek Siti Sarah Raissudin dan pasangannya Shuib (ahli kumpulan Sepah) yang telah selamat melangsungkan pernikahan pada 26 Februari lalu.

Majlis berlangsung di Jeumpa D'Ramo Bangsar. Menurut Shuib susah untuk mendapatkan 'hati' Sarah. Tetapi dah memang ditakdirkan jodohnya dengan Sarah ; dan kerana kesungguhan , sikap sabar dan jujur Shuib akhirnya membuka hati Sarah untuk menerima lamarannya.

Untuk cerita selanjutnya boleh baca di sini - KOSMO



* Semoga ikatan pernikahan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga berbahagia untuk kedua2nya...amin.

YEAY2!...DAH BOLEH BUKAK..

Yeay2! Dah boleh bukak. Syoknya ..Dah lama tak boleh nak bukak......He3...Apa yang dah boleh bukak??? Ha3....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Actually fb dah boleh bukak kat office ni ha. Baru hari ni setelah sekian lama juga kena blocked. Tapi tak tau le sementara ke selama2nya boleh guna nih...Layan jelah..:)

SUSAH KE NAK LILIT-LILIT ..?


~ Sekadar gambar hiasan..


Pagi ni aku disapa oleh seorang kawan dengan pertanyaannya….”Akak tak susah ke nak lilit2 tudung tu…?’. Dan dia kata lagi….”Mesti akak bangun awal pagi kan.” Aku senyum je mula2 tu.

Bila dia senyap dan macam ‘blur’ je dengan apa yang ditanya nya terus aku cakap….”Tak de susah lah, akak bangun pukul 5:30 pagi macam bese. Siap boleh masak lagi. Tak de susah nak lilit2 kalau dah bese…”

Yang dia maksudkan lilit2 tudung tu macam selndang yang aku pakai kat atas tu ; coz hari ni aku pakai selendang Jamaica (yang ada manaik2 tu) ….tu yang member aku tu tegur sebab pada dia susah nak pakai. Yelah sekarang ni kan macam2 jenis tudung..

Actually kalau perkara yang kita dah bese buat dan yang penting ada keinginan nak buat …tak delah susah sebenarnya. Lagipun trial and error make perfect. Itu je tipsnya. Asal kita selesa dengan apa yang kita pakai dan tak keterlaluan…..okaylah tu kannnnnn….

P/S: Di mana ada kemahuan ; di situ ada jalan..Insyaallah…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs