UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Badan sakit-sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Badan sakit-sakit. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

ALAHAIIIIIIIIII DOKTOR..............MC (6/3/2011)


Satu hari suntuk tak dapat online. Hari ni aku MC ; setelah seminggu lebih menggagahkan diri pegi keja tapi hari ni aku surrender. Bangun pagi ni dengan badan sakit2 sangat. Ulcer pun makin bertambah. Terpaksa juga aku ikut kehendak my hubby jumpa doktor.

Sampai di klinik (KPMC), doktor boleh plak wat kelakor ngan aku. Dia just pandang tak tanya apa2 pun. Aku sound je bila dia mengangguk2 macam bertanya sesuatu ."Doktor pandang saya je, tak tanya pun sakit apa..so saya diam je le". Sudahnya doktor tu gelak je...hu3.

Becoz demam aku ni on and off....badan plak sakit2 ; doktor advise buat blood test. Aku no hal...My hubby yang seriau bila jarum tu menyucuk kat lengan aku...hu3...

Alhamdulillah result okay...BP pun okay. Doktor bagi MC 1 hari untuk aku rehat. Ubat plak 3-4 jenis nak kena makan. Hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....Ni pun badan masih lemah2 lagi. Tak taulah camne nak keje esok....hu3......


P/S:Mintak maaf pada kengkawan yang datang blog ni dan tinggal komen. 1-2 hari ni aku tak dapat nak balas balik kunjungan korang coz sejak semalam badan ni makin terasa sangat sakit2nya...:(

Ahad, 6 Februari 2011

TAK DE MOOD.....LINE TENET YANG MASIH CAM SIPUT SEDUT!

Sekarang dah pukul 10 :25 pagi. Baru sekarang aku dapat online. Penat semalam dari pagi ke kenduri kawen dan berterusan ke petangnya dengan aktiviti mandi-manda plak.....memang terasa penatnya sampai ke hari ni. Sakit2 badan ni rasanya......:(

Rasa malas je nak buat keja2 umah pagi ni. Kalau boleh biarlah ada orang yang siapkan sumenya. Bila nak apa2 tau2 ada je. he3..Boleh cam gitu?

Line tenet plak still lembap macam 2-3 hari sebelum ni. Sakit betul hati rasanya. Macam manalah nak bw cam gini. Lagila tak de mood je ni.....:(

Ahad, 9 Januari 2011

PAGI DENGAN BADAN YANG TAK BERAPA SIHAT

Pagi ni bangun dengan badan masih panas, kepala dan tengkuk sakit dan badan sakit2. Semalam aku gagahkan juga buat kerja2 umah ; malas nak layan sangat demam ni. Ingatkan kalau buat gitu boleh le badan sihat cepat ; siap main badminton sebelah petangnya.....

Tapi hari ni masih tak berapa okay. Nak kemas umah , tapi badan tak bertenaga sangat......hu3. Esok nak keja .....camne ni?

P/S:Azam baru di tahun baru....Tak nak amik MC. Tapi kalau tak sihat lagi.......apa daya ku ??? Hu3........

Sabtu, 18 Disember 2010

SELAMAT PAGI DAN BADAN AKU YANG SAKIT-SAKIT PAGI NI

Selamat pagi untuk sume. Alhamdulillah hari ni, pagi ni Dia masih mengizinkan kita semua untuk terus berada di muka bumi ini. Mudah2an untuk masa2 yang seterusnya ini kita sentiasa dalam perlindungannya....amin.

Pgi ni aku bangun dalam keadaan badan sakit-sakit sebab semalaman tidur di atas sofa ; temankan my princess update blog dia. Kejap2 terjaga aku tengok dia khusyuk ngadap lappy...kejap2 lagi dia tengok Tv........Sudahnya badan aku yang sakit-sakit cam gini.....hu3......

Memang berkorban betullah malam tadi. Kami tinggal berdua je ; my hubby kerja. Berkorban tak dapat nak update dan BW dan berkorban dengan rela bagi peluang dia 'bermanja2' dengan lappy ku tercinta.....heh3......Badan aku juga yang sakit-sakit akhirnya....:(

Nak kena beli lappy satu lagi nih......Tapi budget tak de........waaaaaaaaa!!!!!!! Camne nih........

Jumaat, 12 November 2010

BADAN SAKIT-SAKIT

Selamat pagi semua. Pagi ni bangun tido badan rasa sakit-sakit. Dah 2 - 3 malam aku tetido kat depan lappy lepas blogging. Dah mengantuk sangat........Sedar-sedar pukul 3-4 pagi. hu3......

Cepat-cepat masuk bilik. Beselah kalau dah tido tak beralas apa-apa ; memang badan sakit-sakit. Blogging punya pasal.....tido pun tak menentu.

Ini semua sebab line yang asyik sakitttttttttt dalam minggu ni. Lembap sangat, so malam je masa yang free nak BW! Hadoiyaiiiiiiii!!!!!

* Salam Jumaat untuk semua ye.....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs