UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Ceramah Maulidur Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceramah Maulidur Rasul. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Mac 2011

KUASA CINTA .. THE POWER OF LOVE

Bila bicara soal cinta ; sukar untuk ditafsirkan pengertiannnya. Kuasa cinta hebat penangannya. Kuasa cinta hanya dapat dirasai oleh orang yang pernah bercinta dan sedang bercinta...heh3..*jiwang sikit pepagi nih....*

Kenapa aku sibuk bercerita tentang cinta pepagi ni?Biasalah kan...hidup memang perlu ada perasaan cinta.

Cintakan Allah itu cinta yang utama.....



~ Cintakan orang yang tersayang....me n my hubby

~ Cintakan my princess......

~ Cintakan bonda yang melahirkan dan membesarkan ...me n my mum

~ Cintakan adik beradik ...me n my litle sista

~ Me n my litle bro...


Indahnya hidup ini bila dicintai dan menyintai kannnn.....:)



P/S: Actually pagi ni aku nak attend Ceramah Maulidur Rasul bertajuk KUASA CINTA..THE POWER OF LOVE.....Ada sape2 nak ikut?

Jumaat, 18 Februari 2011

CERAMAH MAULIDUR RASUL DI PAGI JUMAAT YANG MULIA

~ Alhamdulillah....hari ini dapat lagi aku menghadiri satu majlis ilmu.....Ceramah Maulidur Rasul

~ Sebahagian dari kakitangan lelaki yang hadir.

~ Kakitangan wanita.....

~ Penceramah dari JAWI, Ustaz Hazaruddin

~ Yang ramai2 ni selepas ceramah selesai......Urusetia mengagih2kan makanan yang disediakan....

~ Alhamdulillah rezeki......Mee goreng, karipap dan kuih serimuka


Alhamdulillah hari ini aku dapat menghadiri Ceramah Maulidur Rasul anjuran Unit Agama kat office aku yang diadakan di surau. Penceramah jemputan ialah Ustaz Hazaruddin dari JAWI. Memang penuh bersahaja dan gurauan beliau yang diselang selikan dalam ceramah ni membuatkan semua yang hadir tak jemu......dan yang penting tak mengantuk.

INFO YANG BOLEH DIKONGSI:-

Nabi Muhammad s.a w berjaya membawa kejayaan kepada kita di dunia hingga akhirat dengan ajaran yang disampaikan baginda. Baginda adalah seorang ketua yang berkaliber di medan perang, Pahlawan yang terbilang, suami yang ideal untuk dicontohi selain dari sikap baginda sendiri yang romantis dengan insteri2 baginda.

Kita dianjurkan untuk menanamkan rasa cintai terhadap Nabi Muhammad s.a.w.


BUKTI KITA MENYINTAI NABI MUHAMAD S.A.W:-


1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w - perkara ini kita boleh lakukan secara informal ; sambil membuat kerja2 di pejabat/rumah, sambil memandy kereta, sambil beriadah dan perkara2 kebaikan yang lainnya.

2.Mengamalkan sunnah2 Nabi dalam kehidupan seharian - contohnya mengamalkan surah An-Nas untuk mengelakkan rasa was-was di dalam solat.

3. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang


BUAT/DO IT:
1. WAJIB - Melakukannya dapat pahala ; meninggalkannya adalah berdosa (Seperti solat, puasa, zakat....)

2. SUNAT - Melakukannya kita dapat pahala; meninggalkannya tidaklah menjadi apa2 (contohnya seperti solat sunat sebelum solat fardhu.)

3. HARUS - Terpulang pada kita samaada nak melakukannya atau tidak (Contohnya makan dengan banyak, mandi berkali2....)


JANGAN BUAT / DON'T
1. MAKHRUH - Meninggalkannya dapat pahala ; melakukannya pula tidaklah berdosa (contohnya memakan petai ataupun jering kerana menyebabkan bau mulut)

2. HARAM - Meninggalkannya dapat pahala ; melakukannya adalah berdosa (meninggalkan solat , membunuh, mencuri...)


4. Banyakkan berdoa juga adalah salah satu dari sunnah Nabi Muhammad s.a.w - Doa adalah senjata orang Mukmin. Tidak semestinya kita berdoa dalam bahasa Arab....boleh juga berdoa dalam bahasa Melayu atau dengan kata lain bahasa yang kita fahami.


So, inilah sikit -sebanyak yang boleh aku kongsikan. Kalau ada kelemahan dan kesilapan dalam info ni aku mintak maaf banyak2 coz ini adalah hasil catatan aku sendiri. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu kelemahan diri aku sendiri.

Dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang diamalkan. Insyaallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs