UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 19 April 2012

DARI DAPUR AZZEYATIN – SAMBAL TELUR MATA


Dah lama aku tak buat entry masak-masak kan. Alang-alang dah teringat tu , start from today and onwards (chewwah! Cakap omputih....hu3...), aku akan namakan entry masak-masak aku ni as DARI DAPUR AZZEYATIN. Memang le tak segah DAPUR chef –chef yang dah popular tu ; tapi cukuplah sekadar perkongsian resepi-resepi masakan yang aku pernah masak dan aku tau nak masak! Hu3....

So, for today aku nak share Resepi Sambal Telur Mata yang jadi favourite my hubby dan juga my princess. Boleh dimakan dengan nasi ataupun boleh juga dijadikan pencicah cekodok @ jemput-jemput bawang atau ikan bilis.


BAHAN-BAHAN:

(HIDANGAN UNTUK 3 ORANG

3@4 biji telur ayam

10-12 biji cili kering (dikisar * tips nak bagi cili tu dikisar dengan eloknya ; masukkan sikit minyak masak sebelum dikisar)

1 biji bawang besar (dikisar)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

2-3 biji bawang merah (dikisar)

1-2 ulas bawang putih (dikisar)

1 keping asam keping

Air masak @ air mineral secukupnya (jangan guna air paip yang belum dimasak coz sambal tak masak dengan sempurna nanti)

Sedikit minyak (untuk menggoreng telur dan menumis bahan-bahan kisar)

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA MEMASAK:

1. Goreng telur ; jangan terlalu keras. Goreng sebentar sahaja.

2. Ketepikan telur yang telah digoreng. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis bahan-bahan kisar.

3. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumiskan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air secukupnya. Gunakan api sederhana dan biarkan sambal mendidih .

4. Setelah sambal mendidih, masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya .Biarkan sebentar. Setelah mendidih masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

5. Perasakan dengan serbuk perasa dan masak sambal sampai pecah minyak.

6. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

7. Sedia untuk dihidangkan.

So, selamat mencuba resepi yang very the simple ni dan selamat menjamu selera ye..:)

LIKE2 EK...


4 ulasan:

sekadar satu coretan berkata...

saya suka kalau dicicah dgn cokodok sedappp..makan waktu petang2 lagi sedapkann..

fairus berkata...

I LIKE TELUR...

Izan Ishak berkata...

akak... izan pun suka sambal telur mata ni, kalau tak pun izan suka buat masak kicap telur mata... anak2 pun laju je makan!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

nk challenge ketuk2 kuali b'sama areleezkah? he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs