UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 8 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI 2011...... JOM BERAYA (RAYA PERTAMA)

Ready to go!

Rumah pertama yang kami serbu untuk beraya pada pagi raya pertama tu adalah rumah pakcik sebelah my hubby.Kiranya pakcik ni adik bongsu my late FIL. Kalau korang perasan dalam gambor ni dia yang pakai baju Melayu yang kaler merah kat belakang tu. Kesian dengan pakcik nicoz dia dah uzur. Dok plak sensorang kat umah ; bukan sebab anak2 x pedulikan dia tapi dia sendiri yang nak dok sensorang kat umah tu. Wife dia dah lama meninggal dunia. Everytime we alls datang ziarah dia mesti nangis....Sayu agaknya.

Tengah sembang2...


Pakcik Asmuni (baju T-shirt putih) tengah sembang2 dengan biras aku ; Abang Shukor suami Kak Nor

My hubby pon dah semakin kemaruk nak posing manjanggggggggggggg....:)

Anak sedara sebelah my hubby ; Along (selendang krim) n nanie (selendang biru)

Macam lebih kurang sama plak gaya aku n my princess time nih....:)


Aku sker kuih ni....Ada yang kata kuih Ros...ada yang panggil kuih goyang....dan ada juga yang kata kuih loyang.....:)


Lepas dah sembang2 dan makan2 kat umah yang pertama , we alls teruskan beraya ke rumah pakcik yang sorang lagi. Adik-beradik kepada my late FIL juga ; Asmuni namanya. Pakcik ni ada penyakit diabetis. Dah makin kurus badannya coz kene control makan. Cuma nasib pakcik Asmuni ni agak baik sikit coz hidup dia pun agak senang dan ada anak isteri yang masih boleh tengok2kan dia. Rumah dia pun besor dan cantik plak tu.


Special menu ; Sate dan aiskrim Cornetto


Sebelum blik umah posing duluuuuuuuuuuuuuuuuu.....:D

Lepas umah pakcik Asmuni, hari dah lewat petang ; tapi masih sempat serbu satu rumah lagi untuk beraya. Kali ni umah adik my MIL plak jadi tumpuan. Pakcik Hairi ni bekas guru. Wife dia pon sama. Tapi sayangnyer tak amik gambor tuan umah masa tu coz dua2nya sibuk melayan tetamu yang datang beraya.

The best part kalau datang beraya umah Pakcik Hairi ni, mesti ada je menu special. That day menu special adalah sate dan aiskrim Cornetto. Dan satu lagi setiap orang tetamu yang datang, tak kira kecik ke besor......tua ke muda...keje ke tidak....mesti dapat duit raya.

Kan ke syok tu....hu3.....


Mata aku dah ngantuk ; tapi stil nak beraya....

Ni le tuan rumah (yang baju Melayu kaler gold) ; suami kepada my SIL

My BIL (Sem) yang dok Melaka tu dengan ank bongsunya


Yang baju hijau kat ujung tu pon my BIL jugak....Abang Im, dok kat Batu Arang


Sesi beraya untuk hari raya pertama tak abis setakat di rumah Pakcik Hairi. Bersambung lagi di sebelah malamnya selepas Maghrib. Walaupun malam tu masing2 dah tukar pakai baju bese je, tapi suasana raya tetap terasa . Lagi2 dua orang my BIL baru je sampai dari Melaka dan Batu Arang pada sebelah petangnya.

So, malam tu diaorang pon join beraya ke rumah my SIL yang memang tinggal kat kampung ; Kak Jah.Memang meriah jugalah. 4 family beraya dan berkumpul dalam satu masa. Sembang2 sampai dah lewat malam. Mata pun dah mengantuk. Jadi sesi beraya hari pertama berakhir di situ.

Means, ada 5 buah rumah sume skali yang aku terjah hari tu. Ada satu umah tu aku tak update kat sini coz tak de gambor dan tak de citer ape sangat nak dikongsikan. Korang plak camne dengan hari Raya Pertama? Okay ke sebaliknya???

8 ulasan:

eMMe berkata...

nak komen 1 je, nak pinjam spec azzey, hehehehee.....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ berkata...

besaq spec die...

MiYOKO SuKi berkata...

selamat hari raya, sis azzey

JunAina berkata...

aina raya pertama duduk umuah je tunggu tetamu...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

apsal x mintakkan duit raye lebih kat cikgu hairi tuh? org nak jugak.. hu3..

wahida berkata...

la...aku ingatkan pengantin baru mana tadi...rupanya uolls...glam gitu...

velasrizal berkata...

wah raya ada gak org hidang cornetto

Unknown berkata...

best p rayaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs