UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 21 Mac 2011

CHICKEN Mc NUGGET N QUARTER POUNDER FROM Mc'D


~CHICKEN M'c NUGGET


Aku bukan penggemar tegar Mc'D ; tapi kalau layan sesekali tu okay juga. Dan kalau ada yang sudi belanja makan ; layan berkali2 pun tak pe....he3...

Ni citer last week , temankan my hubby makan kat Mc'D PRIMA SAUJANA. Actually boring dok kat umah....my princess pun masa tu kat kampung. Tinggal berdua2an pon sunyi gak sampai dah tak tau nak buat hape fah.

Tu yang ke Mc'D tu. Burger QUARTER POUNDER memang sedap. Nugget pun bolehlah..kalau yang tak nak makan burger tu sebagai menu pilihan.

IRMA HASMIE SUDAH BERTUDUNG ...SERONOK DENGAN IMEJ BARU


~ Manisnya Irma Hasmie dengan penampilan barunya


SETIAP mata tertumpu sejenak tatkala susuk tubuh pelakon Irma Hasmie Ibrahim muncul di khalayak dengan imej bertudung litup sewaktu menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

Menyarung busana rekaan Hatta Dolmat, Irma Hasmie tidak langsung kekok dengan penampilan baru itu, malah dia dilihat selesa menggayakan gaun labuh berona krim yang sedondon dengan tudung yang disarungkan.

Tidak berhenti menguntum senyuman, keayuan Irma makin terserlah dengan imej sopannya, sekali gus memperlihatkan dia sudah mara ke sebuah lagi fasa kehidupan yang lain.


Cerita selanjutnya baca di sini- KOSMO



Alhamdulillah seorang lagi artis kita memilih untuk berhijrah dengan memakai tudung. Kita sama2lah doakan agar dia sentiasa ditetapkan iman dan istiqamah dengan keputusan yang dipilihnya ini . Tahniah untuk Irma Hasmie...

PERPISAHAN MEMANG MEMILUKAN ..

~ Wif my mum

~ My mum..

~ Si dia ni pun nak posing gak....layan jelah..hu3

~ My BIL n my hubby...sila abaikan penyapu kat belakang tu ek.....he3.....

~ Me n my litle sista

~ My litle sista n my mum

~ my litle sista n my BIL yang memang always the poyos...hu3...

~ Me n my princess

~ My princess yang memang kaki posing....dah menjangkit sawan kamera aku kat dia..hu3....


Sapepun tak sukakan perpisahan. Perpisahan memang memilukan. Perpisahan pastinya mengundang rasa kesedihan. Tapi apakan daya, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Macam tu jugalah bila tiap kali jumpa dengan family yang datang berkunjung dari kampung.

Macam yang berlaku bila my mum dan my litle sista datang berkunjung ke umah aku last week ; 10 - 13/3/2011. Rasa kejap je masa berlalu. Tau2 diaorang dah nak balik semula ke kampung. Masa tu rasa sayu je hati ; lagi2 bila my princess pun ikut sekali.

Tapi sekarang my princess dah ada kat umah. Cuti sekolah seminggu je dia kat kampung. Bila berjauhan dengan insan yang kita sayang ...barulah kita terasa sangat kehilangannya kannnnn.....


MOOD: Teringatkan kampung lagi nih. Tu yang entry emosi sikit tu...:(

JUMPA DENGAN NAZMI RAJA LAWAK 5 KAT RESTORAN PERANTAU

~Sebelum order sampai posing dulu dengan my hubby

~ Wif my mum. Sian my mum coz dia teragak2 nak order makan takutkan diabetis dia tu..:(

~ My family....Me , my hubby n my princess

~ Wif my litle sista....Areleez; blogger gak nih..hu3..

~ My princess...pon blogger gak..heh3.....

~ My hubby yang tengah control macho walaupun perut dah lapor....hu3..

~ Lai Chi Kang suam for my mum...

~ Nasi putih n sotong masak kicap

~ Kueytiaw Tomyam order by my litle sista

~ Bihun goreng for my hubby

~ Nampak tak lelaki yang tengah pegang baby kat belakang tu.......

~Nilah dia Nazmi Raja Lawak 5. Terjumpa dia singgah makan kat Restoran Perantau tu malam yang sama. Amik gambor dari jauh je tu pon guna hp....Segan nak bergambor dekat2...hu3..Itu bukan anak dia tau ; tapi peminat cilik yang tengah bermesra dengan dia.


Ini dah kali ke-2 aku bawak my mum n my litle sista makan kat Restoran Perantau nih. My litle sista kata dia sker makanan kat sini dan servis pon tip top ; cepat! Tarikan ke-2 coz ada ruangan untuk makan bersila kat situ. Means boleh pilih samaada nak dok kat kerusi atau bersila je. We alls memang prefer bersila je. Best!

Tengah tunggu order nampak plak sorang ni yang macam familiar je mukanya. Sape lagi kalau bukan si Nazmi Raja Lawak 5 tu. Kebetulan malam tu dia singgah makan kat situ dengan kawannya.

Tapi segan punya pasal....amik gambor dari jauh je....Sorry ye Nazmi.....he3...

EARNINGS BE KE-2 TERTINGGI SETAKAT NI

Buffered Earnings yang aku dapat last month dah bertukar jadi Metered Earnings. So far ini adalah earnings ke-2 tertinggi untuk BE tertinggi kat blog ni setakat ni ; RM8.37. Yang sebelum ni lebih kurang RM16++.

Saje je letak kat blog ni bukan nak show off....cuma untuk rekod peribadi je ; len kali senang nak refer balik.hu3......Kalau blog2 yang trafik kaw2 tu mesti lagi banyak earnings nya kan......


MOOD: Nak BE lagi wahai En Nuffnang...:)

SEPARUH HATI KU DI SANA LAGI ...

Pagi ni bermulanya hari baru untuk minggu ni (21/03/2011). Datang keje dengan badan yang masih penat dek kerana sampai dari kampung pukul 11 malam tadi. Bertolak dari kampung pukul 11:45 pagi tapi masih sempat singgah mandi-manda di HOT SPRING SG KELAH. Memang dah plan dari awal lagi dengan my mum dan adik2.My granny pun ikut sekali.

Pukul 4:00 petang dah bersiap2 bertolak balik dari sana ; walau pun bru sekejap je rasanya bermesra dengan family sume. O Sayu je rasa hati bila nak balik semula ke sini. Tapi tetap kena balik juga coz hari ni dah keja.

2 hari di kampung banyak gak aktiviti yang dibuat. Selain sambut birthday my princess sekali dengan my niece....banyak perkara yang dapat dibualkan dengan my mum dan adik2. Memang saat yang terindah lah bila dapat berkumpul dengan family di kampung nih.....:)


P/S: Hari ni dah mula keje.....tapi separuh hati masih di kampung lagi.....hu3.....:(

Jumaat, 18 Mac 2011

DAH READY NAK BALIK KAMPUNG NIH....

Balik tengahari tadi sempat le aku packing baju dan siapkan apa2 yang patut untuk balik kampung petang ni. Baju2 kotor sume dah siap dibasuh. Yang patut dilipat sume dah dilipat.

Sebelum balik nak singgah KL dulu. Ada barang aku nak cari. Harap2 apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Mintak2 jangan ada masalah sudah lah........

Tak sabar nak tunggu 4:30 ni nak balik cepat2 ....siap2....dan terus balik kampung.Yahoooooooooooooooooooooooo!!!

UNFAIR ! NAK YANG SENANG JE

Kenapa nak pentingkan diri sendiri? Kenapa nak keja yang senang je? Yang susah bagi pada kita. Bila perlukan kita untuk tolong dia pandai plak buat muka baik dan merendah diri. Tapi kebaikan kita yang suka mengalah di selalu diambil kesempatan.

Aku tak faham lah kenapa ada orang yang macam ni. Memang sakit hati ; tapi fikir balik Tuhan nak uji diri ni dengan cara yang cam gini. Tak pelah serah je lah kat Dia. Dia yang lebih Mengetahui hati hamba-Nya.

Sakit hati tolak tepi. Kalau difikir2 sangat jadi musuh nanti. Kalau terfikir tu cepat2 pujuk hati sendiri......Allah itu lebih Mengetahui.


P/S: Berdiam diri lebih baik untuk menenangkan perasaan sendiri...:(


NAK BALIK KAMPUNG ....YEAY2!!!

Salam pagi Jumaat. Semoga korang sume ceria2 je hari ni. Bila dah ceria baru senang nak buat keja. Esok dah cuti . May be ada yang amik peluang untuk balik kampung ;macam aku....hu3......Aku nak balik kampung , ada sape2 nak ikut. Jeles gak bila dengar kakchik balik Teluk Intan bulan lepas. Kali ni turn aku plak......he3.....

Macam bese , bila sebut nak balik kampung....badan je kat sini ;tapi hati dah lama kat kampung.Tengahari ni waktu lunch nak packing baju2 . Petang ni lepas keja terus je balik kampung.

Aktiviti kat kampung pun dah ada.....so tunggu je aku citer nanti ye.....


Mood: Taman dalam hati ni makin berbunga2......:)

Khamis, 17 Mac 2011

MY FAVOURITE MAGAZINE ..NUR BULAN APRIL 2011

~ NUR ...APRIL 2011


Jom baca NUR. He3.......Macam kempen plak. Saje nak kongsi My Fvaourite magazine again. Ape lagi kalau bukan NUR ; April 2011.

Pelbagai isu yang menarik lagi bulan nih:-

Isu Jaga Air Muka - Matlamat tidak halalkan Cara - Bagus untuk wanita2 bekerjaya

9 Cara Jatuh Cinta Dengan Kerja - Bukan bercinta dengan orang je tau....

Isteri tegas ; Suami Fleksibel = Anak Keliru- Khas buat pasangan suami isteri dalam usaha mendidik anak2

Pelbagai fesyen busana Muslimah yang terkini


Bolehle dapatkan satu untuk bahan bacaan kat umah ye....



P/S: Jom kita amalkan minat sker membaca!




JOM SCAN BLOG !


Serius ; risau gak bila bw asyik terjumpa tentang serangan Malvare Virus kat beberapa buah blog. Nasib baik terjumpa entry tentang SCAN BLOG ni nak pastikan blog kita bebas dari virus ke tidak kat blog ALL IN ONE nih.

Alhamdulillah resultnya : THIS SITE IS SECURE. Korang pun boleh cuba scan blog korang kat sini http://onlinelinkscan.com .


P/S: Tengah tunggu korang datang blog nih ; coz blog ni selamat. Jangan risau ye...Tapi kalau ada problem jangan segan2 inform....hu3....

FIRST TIME ORDER NASI GORENG KAMPUNG DI KANTIN OFFICE

~ Nasi Goreng Kampung


Dah 1-2 hari aku tak masak nasi kat umah ; sejak cuti sekolah nih coz my princess kat kampung. Tinggal aku ngan hubby aku je rasa tak 'ter'motivasi untuk masak....*hu3...masak pun nak tunggu ada motivasi dulu....*

So, bila dah tak masak tak delah nak tapau bawak ke office. Kene beli le jawabnya. Sekarang pun waktu lunch aku dah tak balik umah , tak de pilihan selain dari beli kat kantin office.

Semalam terasa nak makan Nasi Goreng Kampung ; RM 3.50 je. Murah plak compare dengan nasi campur yang aku beli dulu. Nasi pun banyak. Sampai aku tak abis makan. Means lepas ni kena beli yang goreng2 plak untuk dapat yang murah sikit.....



P/S: Tengah confused dengan harga makanan kat kantin office nih.......:(

DI HARI LAHIRNYA ..17/03/2011 ; MY PRINCESS

Terasa cepatnya masa berlalu........Dari seorang bayi......


~ Kini , hari ini 17/3/2011 sudah 14 tahun usianya....sudah pun bergelar remaja


~ Dan sebagai ibu tidak kira berapa pun usianya...di mana pun dia berada....apa juga keadaannya ......AKU TETAP MENYAYANGINYA DAN SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT DIRINYA .


SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUTERI TERSAYANG .....FATIN NOR ALYANI NADHIRAH YANG KE 14 TAHUN HARI INI.

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN BERTERUSAN SERTA DIKURNIAKAN UMUR YANG PANJANG.


SEMOGA DITETAPKAN IMAN DAN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH.AMIN.



Mood: Tengah berfikir2 hadiah apa yang nak dibagi pada my princess. Korang ada idea tak?

Rabu, 16 Mac 2011

NASI GORENG IKAN REBUS

~ Nasi Goreng Ikan Rebus ; my favourite juga nih....


Korang penah tak makan Nasi Goreng Ikan Rebus? Sedappppppppppppppppp. Kalau kat Ipoh kat Dataran MBI tu memang popular. Yang ini aku makan kat Sungai Kantan, Kajang. Berbaloi2 gak rasanya ...

Petang2 ni kalau pekena lagi Nasi Goreng Ikan Rebus pun okay gak....:)

MY MUM ; RESULT YANG KURANG MENYENANGKAN

~ Wif my mum ; masa dia datang baru2 ni...


Just received news from my litle sista. Agak kurang menyenangkan...:(

Result diabetis my mum agak tinggi kandungan gulanya even dah pose macam yang doktor arahkan. Tolong doakan kesihatan my mum akan kembali kepada keadaanyang lebih baik seperti sediakala.


P/S: Kalau sape2 ada apa2 tips cara tradisional untuk penyakit diabetis ; tolong share dengan aku...:(

AWAN RADIOAKTIF BERGERAK KE TOKYO

SEORANG kanak-kanak diimbas untuk diperiksa kadar radiasi padanya di sebuah pusat pemeriksaan di bandar Koriyama, negeri Fukushima semalam.


TOKYO - Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

"Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi," kata Kan.

"Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang," tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi


*Sumber - KOSMO



P/S: Simpati dengan mereka yang terlibat. Semoga kita semua akan terlindung dari musibah2 yang tidak disangka2 ni.

APA LUNCH HARI NI EK?

~ Tapau dari umah je....


Apa lunch hari ni ek? Korang dah plan ke? Aku tak tau lagi nak makan apa. Yang pasti gambar kat atas tu lunch untuk semalam ; tapau je dari umah. Nasi putih, ikan goreng dan telur dadar. Janji makan = kenyang....:)

Apa2 pun mesti makan jangan biar perut kosong. Dan bila makan ingat sunnah Nabi s.a.w.....Makan bila lapar , berhenti makan sebelum kenyang.....

NASI GORENG UDANG, CEKODOK BILIS DAN TELUR MASAK HANCUR


Selamat pagi. Dah breakfast? Breakfast apa pagi ni? Aku tak sempat lagi nih. Busy. Tetiba je teringat breakfast 3 hari lepas ; masa my mum datang umah. Aku masak Nasi Goreng Udang , cekodok bilis dan Telur Masak Hancur.

.....Lapor le plak.....heh3......

Selasa, 15 Mac 2011

LAI CHI KANG PERANTAU ..

~ Lai Chi Kang


Bestnya kalau dapat pekena Lai Chi Kang. Lag2i waktu cuaca panas dan pekena plak Lai Chi Kang yang sejuk tu. Perghhhhhhhhhhhhhhhh....memang meletops lah!

Aku sker kalau Lai Chi Kang tu ada banyak kacang ; kacang botak ke kacang memang merah ke....Memang layan abislah!


P/S: Ini Lai Chi Kang kat Restoran Perantau @ Sg Ramal. Kat tepi highway je. Makan kat situ masa my mum datang baru2 nih.....:)

EZANY NIZARIFF SUDAH ADA KILANG KICAP, BELACAN SENDIRI

Ezany Nizariff


PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff telah telah melaburkan wang sebanyak RM800,000 sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri, Ezany.

Ezany berkata, dia bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.


* Berita selanjutnya di sini - mStar


P/S: Ini yang orang kata "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siaariffpa yang tahu." Semoga dia terus success dengan bisnesnya...:)

PASUKAN SMART BERLEPAS KE JEPUN HARI INI

PASUKAN Smart dan perubatan dari Malaysia akan turut terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.

"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


Sumber - KOSMO

JOM APOLLO !


Dah penat2 wat keja , rehat sekejap pekena kek APOLLO nih. Ada pelbagai perasa Layer Cake. Pekena dengan Milo panas memang terangkat nih.......

Jom APOLLO!

NAK PEGI PENANG !!!

Hari Selasa untuk minggu yang ke-3 di bulan 3 nih. Hari nimasih ramai lagi yang bercuti ; coz cuti sekolah yang baru bermula. Aku?...Aku tetap datang koje macam bese . Niat di hati nak juga pegi bercuti.

Destinasi impian? Pulau Pinang. Sebabnya? Dah lama tak ke Pulau Pinang ....Ada sape2 blogger kat situ. Boleh kita jumpa kat sana dan belanja aku makan..Ha3....boleh cam gitu? Gurau jelah.....

Actually tak pasti lagi nak pegi bila. Yang pasti dalam plan memang dah ada...:)

Isnin, 14 Mac 2011

JEPUN SEMAKIN BAHAYA

ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.


*Sumber - KOSMO

OWHHHHHHHHHHH...BESTNYA KALAU DAPAT PEKENA OREO McFLURRY FROM Mc 'D NIH ...

~ Aiskrim OREO McFLURRY from McD...


Cuaca tengah panas nih. Bestnya kalau dapat pekena aiskrim. Nak2 lagi kalauaiskrim OREO McFLURRY from McD. Lagi best kalau ada orang nak belanja......Ada sape2 tak nak belanja aku? hu3.....


P/S: Entry pendek je coz busy...he3..

TAK DAPEK LE DEN NAK NOLONG.....

Nak jawab panggilan bagi pihak ni bukan senang sebenarnya ; nak2 lagi bila kita tolong jawabkan hal2 yang tak de berkaitan dengan pekerjaan kita. Tapi dah telefon berdering tak berenti2 takkan kita nak biarkan je kannnnn. So jawable juga.

Kalau dapat pemanggil yang faham situasi kita ..okay le juga. Tapi kalau dapat pemanggil yang tak faham dan tak mau nak cuba faham..memang susah jadinya. Lagi memeningkan kepala kita lagi ada le.

Yelah kalau soalan yang kita tahu, bolehle kita tolong jawabkan ; tapi kalau soalan yang kita tak tahu nak jawab.....nak create jawapan camne? Lagi 'sakit jiwa' bils pemanggil tu dengan slumber nya boleh kata...'Eh, awak kan keje kat situ...takkan tak tau kot..."

Hadoiyaiiiiiii.....Bukan sume benda ada dalam otak kita ni weh.....Ada juga yang bukan bidang kita ; tak dapek le den nak menolongnya...hu3...

SUNGGUH BUSY HARI NI ...

Busy sungguh....Buat ini teringat yang itu...Buat yang itu teringat yang ini......Hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! Tapi aku stil curi2 masa update blog....Hu3.....

Korang busy tak?


P/S: Ni gara cuti sekolah ni.....ramai yang amik cuti....:(

HILANG RASA MONDAY BLUES AKU..

Selamat pagi. Pagi ni walau pun busy sebab ramai member2 office yang bercuti ; ada yang amik cuti sampai seminggu..aku tetap rasa happy coz kat office ni sah senang nak dapat line tenet. Pegilah ceruk mana pun dah ada access untuk internet.

Kalau dulu aku guna lappy aku ni ; sesetengah tempat tak dapat nak access internet. Tapi sejak buat renovation ....coz banyak2 bahagian2 kat office ni yang dibuat renovation .......besorkan office le...tambah extension le..dan macam2 lagi. So dah semakin meluas access untuk internet. Seronok2 sangat.

Tak yah susah2 lagi aku nak usung broadband tu ke hulu ke hilir. Dan dengan senangnya aku dah boleh update blog selalu. He3...Bestnya....syok sesangat...

Hilang rasa 'MONDAY BLUES ' aku...hu3....

Sabtu, 12 Mac 2011

SELAMAT PETANG ... BUSY DENGAN TETAMU2 ISTIMEWA

Dah pun pukul 4 petang. Baru sekarang aku dapat update blog. Sejak pagi tadi seawal jam 6 pagi aku dah sibuk bersilat cekak kat dapur siapkan breakfast untuk tetamu2 istimewa yang ada kat umah ni ; sape lagi kalau bukan mynmum n my litle sista dengan hubbynya.

Tengahari sibuk plak siapkan lunch untuk diaorang. Lauk ikan kembung masak dalam daun pisang jadi juadah wajib bila my mum ada kat sini. Air tangan bonda memang yang terbaekkkkkkkkkkkkkkkkk. Tak boleh lawan dengan chef mana2 pun. Berpinggan2 aku makan.

Kenyang makan sembang2 plak. Banyak perkara yang dibualkan. Maklumlah lama tak jumpa. Dari cerita saudara-mara sampai le kepada cerita orang kampung....Tau2 dah tiba masa nak masak makan tengahari.

Itulah aktiviti aku sepanjang hari ni. Ni pun amik masa sekejap untuk update. Blog pun tak boleh nak 'dilupa' cam gitu je. Dalam masa yang sama orang2 tersayang pun perlukan perhatian juga....:)

Korang plak macam mana hari ni?

Jumaat, 11 Mac 2011

LOMPAT TIKAM YANG BEST!

~ Lompat tikam..Namanya pun unik..:)


Sedapnya dapat makan Kuih Lompat Tikam.Lagi2 kalu makan tengah sejuk2 baru kuar freez tu. Memang terbaekkkkkkkkkkkkkkk lah. Tengok kaler nya yang striking tu pon dah menikam kalbu. Tak sabor nak merasanya plak....

Lompat Tikam ni memang my favourite. Kalau bulan puasa, mesti kena beli sesekali...Makan masa berbuka tu memang rasa dah paling best dah tu....hu3....Korang sker ke?

SAMBUNG KEJA .. SAMBUNG BW..

Tepat 2:45 petang aku dah ada kat office. Kan ketepatan masa tu penting. Nak komited katakan...Tapi kadang2 terbabas jugak...ha3....

Hari masih hujan. Mendung je. Kalau kat umah sedap tarik selimut nih. Pagi tadi aku dah get ready sengaja bukak sikit tingkap kete ; tetiba ujan. Kelam kabut dengan pakai heel berlari2 aku ke tempat parking. Kang naya plak basah tempat duduk dalam kete tu.hu3....

Nampak gayanya memang sampai ke petang cuaca hujan cam gini. Lagi 1 jam 1/2 je nak balik. Pukul 4:30 dah boleh say gud bye kat office ni...Tapi...alangkah bagusnya kalau sekarang ni pon boleh say gud bye...ha3.....Jangan buat pasal ; kang dapat plak 'surat cinta' dari big boss!

Klah...time to bw......:)

DETIK INDAH KERJA DI HARI JUMAAT

Lagi 15 minit ke pukul 12:15. Detik2 yang paling indah bila bekerja di hari Jumaat ; tapi pagi tadi aku hampir terlupa sebab merasakan hari ni macam hari Isnin...Kan semalam aku cuti. So, bila datang keja semula dah rasa macamfeel keja hari Isnin pal..heh3...

Tak sabar nak balik. Dah terbayang2 sambal ikan bilis, ikan goreng dan pucuk labu masak lemak yang aku dah siapkan pagi tadi. Kena masak walaupun penat ; lagipun my mum n my litle sista ada kat umah aku. Tetamu mesti diraikan walaupun tetamu itu cuma adik beradik dan ibu kita je kannnnnnnnn....


P/S: Korang dah fikir ke nak lunch apa hari ni?

JANJI ALAH ITU BENAR ..BERKAT DI PAGI JUMAAT YANG MULIA

Alhamdulillah segala yang berkocak di kalbu...tenang sudah. Segala yang kusut semakin terlerai kekusutannya....Segala yang nampak kelam makin terang cahayanya. Semuanya dari-Nya Allah yang Maha Berkuasa.

Benarlah...Allah tidak pernah meninggalkan kita ; sebaliknya kita yang sering 'ter' alpa. Dalam kelemahan kita yang sering terlupa ; dia tetap memberikan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada kita.

Janji Allah itu adalah benar. Mohon pada-Nya dan Dia akan beri. Cukuplah kita yakin dengan kekuasaan -nya yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


"Terima kasih Ya Allah, Syukur dengan kurniaan dan pertolongan -Mu. Berkat hari Jumaat yang mulia. Hina dan kerdil nya rasanya diri ini. Terlalu banyak kesalahan yang dilakukan tapi Engkau terus memberikan rahmat-Mu yang berterusan. Kerana rahmat dan keizinan - Mu aku kembali ceria kini. Moga2 keceriaan dan ketenangan yang kau pinjamkan ini berterusan sehingga ke akhir hayat nanti. Insyaallah..amin.."

I LIKE DAIM ...

~ DAIM...My favourite.....


Ha3...jangan angap lain hokay bila baca tajuk tu. Bukan Daim mana2 pun yang aku maksudkan ; tapi coklat Daim nih......Memang dah lama jadi pojaan hatiku.

Ingatkan kalau jadi ke Langkawi hari tu nak le beli berbakul2 Daim nih * Statement yang bongkak..jangan pecaya ye..he3..*. Tapi last minute tak jadi pegi .

Tapi kalau dah rezeki tu ...tetap ada juga . Member yang pegi sana beli Daim ni punyalah banak. So, dapatlah meraas sorang sikit kat office termasuk le aku. Tercapai juga impian nak kan Daim....ha3.....

ALAHAIIIIIIIIIIIIIIIIII... NAIK HARGA ..

KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan - KOSMO


KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.

Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.

Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

“Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.


* Sumber - KOSMO



Mood : Tengah berkira2 ...alahaiiiiiiiiiiiiiii, barang naik harga......:(



ADA KURSUS PERAGAWATI ???



Office aku ada anjurkan satu kursus untuk peragawan dan peragawati.....Ha3...jangan suspen plak bukan untuk peragawan dan peragawati yang dah popular tu ; tapi nak mencari model yang berbakat untuk memperagakan produk jabatan.....He3...

Best gak kan jadi model a.k.a peragawati nih. Rasa terminat je nak cuba.....tapi...kejap2.......Cuba tengok syarat2 nya dulu. Part pinggang tu memang gerenti 101% lepas...lulus dengan cemerlang.....perwatakan tu plak boleh je di groomingkan....Sekarang macam2 jenis cara make up ada....boleh saje nampak menarik.....

~ Dah sah2 aku FAIL part ketinggian ni................ha3............

Tapi part ketinggian tu....gerenti fail punyalah. Merayu lah camane pon. Gerenti tak lepas. Sebab aku perlukan heel yang setinggi 10 inci lebih untuk melepasi syarat tu....Korang ada? Aku nak pinjam..heh3.....


P/S: Dah ditakdirkan bukan peragawati bidang aku....hu3....

Khamis, 10 Mac 2011

HARI NI CUTI .... GUMBIRANYA RASA

Selamat petang. Dah petang baru dapat nak online. Actually hari ni aku cuti ; saje amik cuti nak rest kat umah plus hari ni my mum n my litle sista nak datang. My litle sista dah abis kursus Induksi di Melaka. So saje lah datang sini.

Pagi tadi agak busy dengan keja2 umah then anta my princess ke sekolah plak. Kalau cuti macam nilah ada je urusan nak disettlekan. Memang kelam -kabut terkejar2...penat pun ada tapi bila sumenye settle rasa puas hati....:)

Lagi 2 dengan 2 berita gembira yang aku dapat hari ni...he3...Yang first ; Cek Nuffnang dah clear....dah boleh withdraw duitnya....dan 1 lagi berita gembira yang tak disangka2 tapi memang diharap2kan. Alhamdulillah ....tambah terang rasanya dunia ni...Dalam hati makin banyak tamannya....he3....

Rabu, 9 Mac 2011

SYUKUR YA ALLAH..PADAMU KU BERSERAH.....

Kalau hati memang berharap hanya kepada-Nya ....Kalau hati memang mengharapkan bantuan hanya dari -Nya ; walau apa juga kesukaran melanda , walau apa juga ujian menimpa....

Diri tidak culas dengan ibadah......Lidah tidak kering dengan zikrullah...hati tidak lalai dengan istiqamah....

Insyaallah dalam kesukaran akan ada kemudahan..dalam kesamaran akan ada sinaran....dalam kepayahan akan adanya pertolongan ....yanag langsung tidak dijangkakan.....

Kerana siapa kita untuk bersangka buruk pada-Nya..Siapa kita untuk menolak ketentuan-Nya...Yakinlah, segalanya yang ada adalah milik Allah dan Dia jugalah sebaik2 tempat kita berserah.......

Syukur pada-Mu Ya Allah dengan apa yang tunjukkan padaku ini........Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs