UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Salam pagi Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salam pagi Jumaat. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2011

SALAM PAGI JUMAAT LAGI ... MOOD CERIA NI

Update blog pagi ni dengan hati yang penuh dengan taman. Bukan setakat ada taman je tau ; siap penuh dengan bunga yang mekar berkembang lagi tu......:P

Kenapa dan mengapa??? Sebabnya hari ni kan ke dah hari Jumaat. Dengan waktu keje yang singkat.....waktu rehat yang panjang.....dan esok plak cuti.Itu yang bestnya dan buat aku rasa happy.

Anyway, selamat pagi untuk sume. Harap2 korang pun happy juga ye.


P/S: Esok plan nak beli baju raya.......berapa pasang nak beli ek? Duit upah je sepasang pun dah 50-60......owwhhhhhhhhhhhhhhhhh...:P

Jumaat, 1 April 2011

SKERNYA HARI NI DAH HARI JUMAAT


Seperti selalunya, hari Jumaat adalah hari yang paling best untuk bekerja. Ada 2 sebab ; pertama...waktu keja yang agak singkat (dengan waktu rehat yang panjang) dan kedua.....sebab hari Jumaat adalah last bekerja untuk setiap minggu dan esok adalah cuti.....yahooooooooooooooooooooo! Tu yang best tu....

Korang camne? Sker tak keje hari Jumaat ni?


Jumaat, 18 Mac 2011

NAK BALIK KAMPUNG ....YEAY2!!!

Salam pagi Jumaat. Semoga korang sume ceria2 je hari ni. Bila dah ceria baru senang nak buat keja. Esok dah cuti . May be ada yang amik peluang untuk balik kampung ;macam aku....hu3......Aku nak balik kampung , ada sape2 nak ikut. Jeles gak bila dengar kakchik balik Teluk Intan bulan lepas. Kali ni turn aku plak......he3.....

Macam bese , bila sebut nak balik kampung....badan je kat sini ;tapi hati dah lama kat kampung.Tengahari ni waktu lunch nak packing baju2 . Petang ni lepas keja terus je balik kampung.

Aktiviti kat kampung pun dah ada.....so tunggu je aku citer nanti ye.....


Mood: Taman dalam hati ni makin berbunga2......:)

Jumaat, 7 Januari 2011

MENDUNG.....SALAM PAGI JUMAAT DI AWAL TAHUN BARU 2011

Hari ni aku kuar awal dari biasa. Bukak je pintu tengok ke luar ; cuaca agak gelap. Pelik juga. tengok jam kat dinding dah 7:15 pagi. Agaknya hari nak hujan.....

Eloklah pun aku kuar cepat. Kalau hujan nanti susah juga. Walaupun naik kereta, tapi dari tempat parking ke office bukannya ada bumbung pon....hu3.....Tetap basah kalau hujan yang lebat sangat tu.....*nak cite sebenornye aku tak sker guna payung*.....

Dah pun hari Jumaat yang pertama di minggu pertama tahun baru 2011. Hari Jumaat yang mulia ; penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam buat kita semua. Insyaallah.....


* Perbanyakkan amalan sunat hari ini...salah satunya dengan bersedekah.....Senyum pun satu sedekah juga......:)

Jumaat, 24 Disember 2010

SALAM PAGI JUMAAT..SENYUM SELALU

Hari ni bekerja lagi seperti biasa ; dah masuk hari terakhir untuk hari bekerja minggu nih. Salam pagi Jumaat untuk semua.

Seperti mana yang kita semua maklum..(hu3.. macam nak ceramah plak..), hari Jumat adalah penghulu segala hari. Banyak perkara2 yang disunatkan untuk kita lakukan hari Jumaat nih. Salah satunya memperbanyakkan sedekah. Sedekah dalam bentuk yang kita mampu.

Senyum itu pun satu sedekah. Banyakkan senyum di hari Jumaat yang mulia ini. Senyum yang seikhla s hati. Moga2 dengan itu hari Jumaat ini akan merapatkan lagi ukhwah di antara kita semua..insyaallah..


P/S: SENYUM SOKMO YE KENGKAWAN SEMUA.......:)

Jumaat, 17 Disember 2010

ASAM GARAM KEHIDUPAN ..... SALAM PAGI JUMAAT SEMUA......

Salam pagi Jumaat untuk semua. Hari yang penuh keberkatan , mudah2an segala amalan dan pekerjaan yang akan kita lakukan hari ni juga akan diberkati oleh-Nya....amin

Hari ni mungkin ada cerita suka......cerita duka....bercampaur-baur semua tu. Anggaplah semuanya sebagai asam garam kehidupan. Macam kita memasak ; pasti ada manisnya....pedasnya....dan serasi masinnya. Adakalanya sedikit masam sebagai penambah perisa.....

Apa2 pun semoga kita semua terus kuat untuk menempuh apa juga ujian dan cabaran dalam meneruskan kehidupan ini....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs