UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

KALAU DAH MEMANG REZEKI ..

Kalau dah rezeki tak kemana kannnn..... Tak payah susah2 kita nak fikir. Kalau dah memang sesuatu perkara tu Allah tentukan untuk kita ; akan jadi hak kitalah juga akhirnya. Tapi kalau dah memang bukan rezeki kita ; buatlah macam mana pun takkan kita dapatnya juga.

Aku serahkan segalanya pada Dia untuk memberikan aku ‘perkara’ itu andai itu yang terbaik buat aku dan masa depan dalam kerjaya aku.

* Aku ditawarkan oleh salah seorang Timbalan Penguasa kat office aku ni untuk masuk ke dalam unit dia. ; memang bidang yang aku minat. Tapi sape aku untuk kata okay. Semuanya terpulan kepada budi bicara my boss juga…:)

Rabu, 16 Februari 2011

REZEKI APC .. MUFFIN FREE


~ 3 pek Muffin free. 1 untuk aku...1 untuk my hubby .....1 untuk my princess....:)


Alhamdulillah....bukan orang yang dapat APC je yang murah rezeki. Rezeki aku pun murah juga.Rezeki dapat muffin free 3 pek. Muffin coklat lagi......

Actually ni untuk tetamu jemputan yang datang ke majlis APC pagi tadi....* mesti member aku yang dapat APC tu tengah syok2 tido kat umah nih..hati senang pagi tadi terima APC....He3....*

Dah orang nak bagi juga kat aku Muffin ni......siap tanya berapa orang ada kat umah....agaknya kalau aku cakap nak untuk 1 kampung pun ...dia boleh bagi kot...hu3....

Jumaat, 11 Februari 2011

DAPAT ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG......REZEKI

Rezeki tu . Dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang). Bukan senang nak dapat tu. Hanya 'insan2 terpilih' je yang bakal menerimanya....Heh3...Insan terpilih tu means yang cemerlang dalam perkhidmatan le. Sahsiah dan jati diri pun diambil kira.

Sume ni sedikit sebanyak bergantung juga pada markah SKT yang kita dapat setiap tahun. Dan staff yang dipilih selalunya dah berkhidmat selama 3 tahun ke atas... Best tau dapat APC ni. Selain dari sijil dapat RM gak. Banyak juga nilainya...Boleh le kalau nak usha2 hp baru...hu3....

Opps...lupa plak nak citer sape yang dpat APC nih. Jangan salah faham bukan aku yang dapat...tapi member aku yang dah 8 tahun kerja. Aku? Jauh panggang dari api...3 tahun service pun tak cukup lagi.....Lain le kalau ada rezeki , orang nak bagi juga....aku amik je....*ha3...angan2 lebey....*

Khamis, 21 Oktober 2010

ALHAMDULILLAH.....BERITA GEMBIRA

Alhamdulillah........hati berbunga2 gembira . Alhamdulillah dengan beberapa berita gembira hari ni. Rezeki lagi. Terima jelah. Dah 'orang' nak bagi......

Mudah2an 'rezeki' ini sentiasa ada dan berterusan.Insyaallah.....amin

Ahad, 10 Oktober 2010

CAR WASH & REZEKI ORANG KITA

Pagi2 tadi aku ke Car Wash untuk cuci My Baby 'H' nih. Dah lama juga tak mandikan dia.......Rasa kagum bila tengok Car Wash milik orang kita maju cam kedai makan! Lepas sebuah......sebuah lagi keta masuk mintak dicuci.

Aku tengok pekerjanya yang lebih kurang 5-6 orang tu pon tak menang tangan dibuatnya. Cara bekerja mereka memang pantas. Sepanjang 20 minit aku kat situ........4-5 buah keta siap dicuci dan di vacum sekali. Sungguh pantas!!! Hasil keja pon bagus......

Rezeki memasing kannnnnnnn..........Yang penting halal dan tak kacau orang......

Jumaat, 8 Oktober 2010

DAH REZEKI

Kalau korang ingat lagi entry aku sebelum ni tentang Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup program majlis Tadarus kat office aku sepanjang bulan pose ari tu. Masa tu aku tak dapat join.....coz kena cover kawan yang bercuti......

Tapi dah memang rezeki agaknya.....pagi ni aku dapat juga cenderahati sebagai tanda menyertai majlis tu. Dapatlah senaskhah Tafsir Al-Quran, sejadah, tasbih dan sekotak biskut......

Tulah namanya ......dah rezeki kannnn........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs