
IBNU SINA menunjukkan laporan polis  yang dibuat terhadap seorang lelaki yang ingin melarikan Nurul ke Lombok  ketika ditemui di Kota Masai, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang bapa menyebarkan khidmat  pesanan ringkas (SMS) untuk mengesan anak perempuannya yang bakal  berkahwin pada Sabtu ini dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada  dilarikan seorang lelaki ke Lombok pada 9 Mei lalu.
 Ibnu Sina, 50, mendakwa, dia menyedari kejadian itu pada pukul 4 pagi  apabila mendapati anaknya yang dikenali sebagai Nurul, 21, hilang  ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.
 Katanya, dia terus memberitahu penduduk kampung sebelum anak kedua  daripada lapan beradik itu dikesan di laluan 'tikus' di Ulu Tiram di  sini yang biasa digunakan oleh warga asing untuk pulang ke Indonesia.
 "Dalam SMS itu, saya nyatakan segala maklumat peribadi mengenai anak  saya sebelum seorang tekong bot di situ dapat mengesan Nurul sebelum dia  dilarikan ke Lombok.
 "Ketika disoal, lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri  berusia 24 tahun itu memberitahu wanita itu berketurunan India namun  pemeriksaan pada Mykad menunjukkan namanya sama dengan SMS yang  diterima," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai di sini  semalam.
 Tambahnya, lelaki Lombok itu kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis
*Sumber - 
KOSMOP/S: Berhati2 lah kepada anak2 gadis sume ye....Menyesal dahulu pendapatan ; menyesal kemudian tidak berguna....