UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Streamyx. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Streamyx. Papar semua catatan

Rabu, 13 Oktober 2010

PC DESKTOP

Tetiba je berangan2 nak beli PC DESKTOP! Kalau ada mesti lagi best. Lagi laju dari ape yang ada sekarang. Lagilah aku boleh blogging sesedap rasa!

Bukan tak bersyukur dengan hape yang dah ade, cuma teringin nak beli je. Tapi budget tak ada lagi nih. Ada sape 2 nak derma kan aku untuk beli PC DESKTOP nih??? Ha3......Aku terima je.......:)

Tapi kalau aku nak beli pon......aku kena survey umah lain dulu. Makesure tak de masalah lagi untuk pasang streamyx. Kalo sama je cam umah sewa aku sekarang, baik lupakan jelah niat untuk beli PC DESKTOP. Takkan nak wat tukun jadi hiasan kat umah. Yelah kalau dah tak leh nak pasang streamyx......No point lorrrr.........

Isnin, 11 Oktober 2010

CITER TENTANG STREAMYX & TM

Baru2 ni my hubby sempat sembang2 dengan salah sorang jiran. Rupa2 nya dia pon penah apply line telefon kat TM coz nak pasang streamyx. Tapi nasib dia sama cam aku kena reject gak. Reason yang sama......Tak de kemudahan infra red. Kena refer dengan pemaju!

Masalahnya takkan kami berdua je nak pegi ke hulu ke hilir cari pemaju! Susah juga cam gitu......:(

Nak tak nak kenalah terima je perkara tu.........Broadband jugalah sudah nyer.........

Khamis, 30 September 2010

STREAMYX....BUKAN REZEKI AGAKNYA

Semalam ke TM POINT untuk kali ke-2 selepas permohonan aku untuk Streamyx ari tu.....Agaknya memang bukan rezeki aku dengan Streamyx nih. Jawapan yang diberi oleh staff di situ......Kediaman yang aku dok sekarang ni tak de fasiliti infra red yang membolehkan talian dipasang oleh TM ke situ.

So, secara automatiknya.....Streamyx pon tak leh nak install.Kata staff tu lagi aku kena refer dengan pemaju coz pihak pemaju yang bertanggungjawab untu menyediakan infra red tu.......

Soal nya???.......Takkan aku sebagai penyewa satu2nya yang nak pegi cari pemaju! Tension dan geram pon ada...........Sabor jelah.......

P/S: Means......aku kena cari umah lain plak .......TAK KOSE DAH pindah2 nih !!!

Selasa, 7 September 2010

KE TM .....

Semalam lepas waktu keja aku terus ke TM untuk submit permohonan streamyx. Masa mula2 sampai agak terkejut dan sikit frust coz penerangan yang diberi oleh staff di bahagian Customer Servis buat aku kurang senang.Dia inform aku perlu submit payslip yang dah disahkan sekali sedangkan masa kali pertama pegi tak pula dibagitau.

Tapi untuk memuaskan hati, aku still amik nombor untuk jumpa terus dengan bahagian yang membuat permohonan tu. Even, agak kecewa dengan jawapan staff yang mula2 tu, tapi kerjasama dan layanan yang diberi oleh staff seterusnya berjaya 'melegakan' hati aku yang sikit 'panas'. Aku respect dengan cara layanan staf ke-2 coz sentiasa senyum dan menjawab soalan2 aku dengan baik.

Cuma, timbul pulak satu problem lain...........my addres unmatch with the system! Ha3......Dulu kat KWSP thumb print unmatch, ini address plak......Aku tertanya2 dalam hati, salah aku ke? Since aku sewa umah sekarang ni, itulah address yang dibagi dah tak de addres lain dah! Nak gelak pun ada......confused pun ada.

Tapi that guy tetap relax je buat keja dia. Dia promise akan send their staff untuk survey address aku.Dan insyaallah hal ni akan settle after raya.Senang hati aku. Yang penting pada aku, perkara tu bolth settle. Coz itu bukan my problem. They should know how to handle the problem......kannnnnnnnnnn.

p/s: Lega dah mula nak 'berjinak2' ngan Streamyx!

Selasa, 24 Ogos 2010

CUBA 'BERKENALAN' NGAN MR STREAMYX

HAHA.....Dah tak de orang lagi nak dijadikan kenalan. Dengan Mr Streamyx gak aku nak berkawan. Tapi kalau 'dia' mendatangkan kebaikan untuk aku apa salah nya kannnnnnnn.........:)

Aku dah amik borang kat TM semalam. Rasa macam ter'bekenan' le pulak! Sementelahan......(ha3....amik ko ayat purbakala sudah kuar.....) line tenet broadband aku dah cam 'hidup segan, mati tak mau jerk'....tu yang rasa macam nak bertukar angin tu.

Tapi masih dalam peringkat penelitian dan insyaallah akan dipertimbangkan setelah urusan timbang tara boleh dijalankan! Hu3........

Korang tak nak berhijrah ke? Atau pon korang jenis yang setia, tak macam aku.......hi3......:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs