UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Segmen Bila Si Dia Bertanya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen Bila Si Dia Bertanya. Papar semua catatan

Khamis, 10 Februari 2011

TANYA JE LAH.. APA NAK TAKUT?

Malu bertanya sesat jalan...Kalau kita tak nak bertanya susah plak nak teruskan perjalanan...heh3....Kadang2 bukan apa, ada member yang malu sangat nak bukak mulut untuk bertanya sesuatu..especially tentang kerja.

Bagi aku kalau dah tak tau, kena lah buat cara tak tau. Kena bertanya. Tapi anggapan diaorang ni nanti kalau banyak tanya...orang marah. Masalahnya dah kita tak tau, kalau kita buat2 tau...kena plak keja tu silap ; kantoi lagi dengan boss. Lagilah teruk kena marah. Kaw2 lagi.

So lebih baik bertanya daripada takut orang marah kalau kita tanya. Orang nak marah ke hape ke itu soal kedua..yang penting kita cuba dulu bukak mulut untuk bertanya.....

Tak rugi pun...kalau tak dapat apa yang kita nak tau...kurang2nya kita dapat kawan baru....:)

Jumaat, 3 Disember 2010

BILA SI DIA BERTANYA

Blogger otai ; si BEN ASHAARI ni buat segmen baru lagi. Segmen yang diberi nama 'BILA SI DIA BERTANYA'. Secara tak langsung dapat berkongsi pendapat sesama blogger tentang blog.

Sekadar berkongsi pendapat.........tak salah kannnnnnnn......:)

Pada pendapat anda, apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog?
Bagi aku dari isi kandungan blog tu sendiri mesti ada semua perkara yang diperlukan pembaca. Macam suratkhabar.......semua peristiwa baik..... hiburan, ekonomi, hal2 semasa, sukan......bagus untuk diceritakan ; walaupun kita tidak meminatinya.....*kerana blog bukan sekadar untuk kita syok sendiri*.
Selain tu, macam beselah.......... follower, profile, bloglist dan lain2 yang sewajarnya.

Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda?
Melalui BW setiap hari dengan meninggalkan jejak @ komen. Dan juga melalui facebook ; suatu laman sosial yang cukup popular sekarang nih! Uupdate setiap hari tanpa JEMU........Diulang tanpa JEMU! Heh3.......Dan 'mudah mesra atau peramah' dengan rakan2 blogger yang lain even di alam maya je.......

Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk, dan kenapa?
Blog yang lambat loading pageview nya! Heh3.....Coz aku guna broadband je........hu3...... line selalu meroyan.......

Jika anda masuk ke dalam sesebuah blog bahagian manakah yang menarik perhatian anda?
Of course bahagian entry. Dan juga profile blogger itu sendiri.....* mana tau kot2 jiran sebelah umah ke......hu3......*

Apakah kata-kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca?
Jangan GIVE-UP!( Itu yang aku praktikkan) Beberapa orang je yang tak suka atau mengkritik.......TAPI masih ada yang suka dan memberi komen membina. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.......

Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda?
Blog yang entrynya santai dan bersahaja ; mungkin sedikit sinis (yang masih dalam kawalan) atau berkias tapi mempunyai mesej yang boleh diterima pembaca. Dan juga cara penyampaian yang ada sedikit sense of humor.......*sesekali pun kira okay......sebagai selingan.....*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs