UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Nasi goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi goreng. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Oktober 2010

NASI GORENG GANTI UDANG

~ Nasi goreng by me..........:)

Balik lunch tadi, perut dah rasa lapor.....berkira2 nak masak. Drop by kat kedai yang bese, plan nak beli udang basah yang kecik2 tu. Tup2......kedai tu tutup le plak. Aku lupa yang hari ni memang tutup coz pekedai tu nak solat Jumaat.

Dengan rasa hampa aku terus balik umah. Sampai umah bukak2 peti sejuk nampak ada ikan bilis dan udang kering. Dalam periuk ada nasi lebih malam tadi.

At last aku decide masak nasi goreng je. Tak sampai 10 minit.....siap dan terus makan. Tau2 kenyang........alhamdulillah. Petang nantilah baru beli udang tu.......:)

Selasa, 24 Ogos 2010

BERSAHUR SORANG2 LAGI

Pagi ni aku bersahur sorang2 lagi. Memula plan malas nak makan. Cadang nak minum Milo jerk. Tapi my hubby call kejutkan suruh bangun pukul 5.00 pagi. So, bangun jugalah.

Tak tau nak masak apa. Tengok ada nasi lebih berbuka semalam. So, aku buat nasi goreng jelah. Makan sikit dah rasa tak selera. Dah makin tak de selera nak makan sekarang ni. Lagi2 kalau sorang2.

Tak pelah.....yang penting ikut sunnnah. Bangun bersahur tu kan memang digalakkan. Itu yang buat semangat sikit nak bangun juga tu......hu3.......

Ahad, 15 Ogos 2010

FIRST TIME BERSAHUR DENGAN 'SI DIA'

~ Cili padi yang ditumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.....ha3...amik ko, gambor lesung batu aku update tak hagak2!

~ Ikan bilis dibelah

~ Nasi putih........bukan hijau, kelabu atau kuning ye.....hi3....

Sorylah aku update entry tentang makan jerk.....Bukan ape, hari ni adalah first time aku bersahur dengan 'si dia' terchenta.....my hubby. Coz hari ni dia coti.....so ade le kat umah. Bila first time nak bersahur sama2 ni, my hubby mintak aku masakkan nasi goreng. Macam kedai mamak plak dia order. Siap dengan milo panas dan telur mata lagi!

So, sebagai seorang isteri yang mithali.....kah3....aku pon masakkan lah. Pukul 4.30 pagi aku dah bangun. Subuh2 tumbuk cili api. Nasib baik umah aku kat bawah sekali......kalau tak mau ramai yang bengang dengan aku......he3.......

If masak nasi goreng ni aku sker tumbuk cili padi dengan bawang. Dan masukkan ikan bilis sikit. Coz dah terbiasa dengan masakan my mum yang sker guna ikan bilis untuk nasi goreng.

Sekejap jerk buat nasi goreng ni.....Campak itu, campak ini....kacau2 sikit....dah siap......

~ Tataraaaaaaaaaaaaa.........Nasi goreng sudah siap!

Bila dah siap......makan jelah, ape lagi kannnnnnn..........Haiiiiiiiiiiii, kalau aku bersahur sorang2 tak de makne nyer aku nak bangun subuh2 memasak. Sudah nyer aku goreng telur je buat lauk. Tak pon aku minum susu dan makan biskut jerk.........Yelah, kadang2 tak selera nak makan waktu subuh2 sangat ni!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs