UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 9 November 2011

CERITA HARI RAYA AIDILADHA 2011



Pose dulu kat umah sebelum kuar solat Hari Raya Aidiladha......

Ni cerita Hari Raya haji (Hari Raya Aidiladha) aku tahun ni. Sambut kat umah sendiri je . Aku dan family tak balik kampung pon. Rasa sedih le juga coz tak pernah lagi celebrate hari raya kat bandar ni....Ni kira first time lah.

So, nak amik mud raya..pagi tu sebelum kuar solat sunat Hari Raya Aidiladha sempatle aku dan my hubby posing dulu kat umah.


Alhamdulillah.....@ Masjid di Bandar Kajang....

Sampai kat masjid, aku tengok dah ramai orang . Ramai juga yang tak balik kampung cam aku agaknya. Lepas selesai solat dan dengar khutbah, my hubby tetiba ajak pegi ke Tesco. Dia mintak aku masak ketupat dan apa2 yang patut. Bukan apa sekadar nak amik mud raya...* maklum le jauh dari keluarga tercinta..hu3.......cry



Balik dari solat sempat juga tengok sekali imbas program korban yang dijalankan di taman tempat aku tinggal ni...3 ekor lembu sumenye yang jadi korban.


Kat Tesco pon dah ramai orang membeli-belah keperluan untuk hari raya. First time menyopping bahan2 basah di pagi raya...he3....Memang tak penah2 aku buat sebelum nih.


Ini bukan daging korban tapi ayam yang aku sempat beli balik dari masjid selepas solat Hari Raya Aidiladha.Sempat lagi ke Tesco Kajang menyopping ketupat segera dan apa2 yang patut untuk dimasak Hari Raya tu.....


Disebabkan jauh dari family di kampung...plus teringatkan juadah yang bese my mum masak di pagi raya...aku decide masak menu cam kat atas tu. Bukan rendang..gulai pon bukan. Tapi menu inilah yang jadi my family's faveret kalau hari raya.

First time try masak menu ni, coz my hubby pon dh terpikat dengan rasa masakan nih. Alhamdulillah menjadi juga masakan aku walaupun main campak2 je. Dan yang penting my hubby n my princess sker nak makan.Yang bestnyer ..pada akulah...rasa masakan ni ada pedas, masam dan masin. Untuk resepi ni , kalau berminat next time aku share kat blog ni ye...biggrin

Ini jelah citer hari raya haji aku kali nih...Yang pasti walau jauh di mata, resepi ibunda tercinta tetap jadi pilihan di hari raya...wink


P/S: Daging korban banyak juga aku dapat tahun ni. Baru sempat masak SUP DAGING ...Masih banyak dalam peti sejuk kat umah tu.....lol

7 ulasan:

misya berkata...

sya pun tahun ni beraya ala kadar ja kak azie

rasp berkata...

sempat shopping lepas solat ek sis hehehehe...
gini lah gayanya bila raya kat bandar kan :)

Iffah Afeefah berkata...

mcm rosyam nor

hehe

JunAina berkata...

aina pun raya kat kajang je...malam raya sah siap rebus nasi impit dan masak rendang dan kuah kacang. persiapan raya tetap buat khas utk anak2 dan jiran2...

MamaEma berkata...

SERONOKNYA SIAP SEDONDON LAGI....dan ada baju raya pun..huhuh

fairus berkata...

lor.. apesal tak balik kampung...

ArELeEz berkata...

org xdpt daging korban. tsk3.. mintak sebungkus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs