Misi mencari kain uniform sekolah my princess berakhir semalam di KAMDAR Prima Saujana. Punyalah jauh sampai ke KL aku mencari hari tu….kat tempat yang dekat dengan umah juga yang jumpa….:)
So, MISI SUDAH BERAKHIR YE…..:)
Misi mencari kain uniform sekolah my princess berakhir semalam di KAMDAR Prima Saujana. Punyalah jauh sampai ke KL aku mencari hari tu….kat tempat yang dekat dengan umah juga yang jumpa….:)
So, MISI SUDAH BERAKHIR YE…..:)
Dah dekat pukul 4:30 petang. Waktu untuk pulang ke rumah selepas 8 jam bekerja. Petang semalam ke Bangi …..hari ni may be Kamdar atau BILLION…….misi mencari kain sekolah untuk my princess…..
Mintak2 adalah hendaknya. Sebab asyik tak de saiz je……hu3….
Masa on the way ke office tengahari tadi, ada sebuah motorsikal kat depan keta aku. Aku sengaja perlahankan keta dan follow motorsikal tu. Aku tengok kat atas tempat duduk bahagian belakang ; timbunan kotak2 yang siap disusun dan diikat. Kat tangannya plak satu plastik penuh dengan tin2 minuman yang kosong ; mungkin baru je dikutip agaknya tu......
Perlahan je dia bawak motor. Aku pun terasa gak kesiannya….sebab yang bawak motorsikal tu seorang perempuan. Yang terfikir di hati aku adalah… "Mesti itu adalah salah satu punca rezeki-Nya ….dan ada kemungkinan dia tidak ada sape2 untuk bergantung hidup. So, terpaksa mencari rezeki dengan cara yang macam gitu.
Terbit rasa insaf dan kesian pada dia. Syukur sangat sebab aku selesa drive kereta (walaupun bukan kereta mewah) dan bekerja di dalam office yang lengkap dengan penghawa dingin …..TAK SEPERTI DIA…….
*Rasa insaf sebab tak semua manusia ni bernasib baik kannnnnnnnn ....................

Just nak inform pada kengkawan sume. Aku dah sediakan SHOUTBOX ye untuk kengkawan sume say salam, hai , hello dan hape2 jugalah …..asalkan kita terus jadi kawan ye…Hi3…..
Sebelum ni dah ada kawan2 blogger yang mintak aku buat SHOUTBOX ni …..Baru malam tadi sempat buat. Itupun my princess yang tolong buatkan…..hu3……
Hari ni dah 29.12.2010. Hanya 3 hari je lagi untuk kita melangkahkan kaki ke tahun baru 2011. Tahun 2010 pula akan melabuhkan tirainya…..
Sebagaimana biasa…..Tahun Baru sinonim dengan azam baru. Apa azam baru korang? Aku plak….yang pasti nak jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai seorang hamba-Nya, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak dan seorang pekerja……..Perghhhhhhhhhhhhhh…..banyak tu. Mudah2an dapat ditunaikan.
Azam yang jelas boleh dilihat…nak join senamrobik kat office aku every week tanpa gagal ; kecuali kalau tak sihat atau outstation….hu3……
‘Aku turut..aku turut.................. bersamamu
Aku jua…aku jua……ingin bersamamu
Aku ingin…..iaku ingin …….. bersamamu jua nanti..
Bagaikan hari2 dulu lagi……’
* Sker lagu nyanyian artis Indonesia ni……Saje je nak share pagi2 nih……Korang dah breakfast?
Terdengar caakp2 seorang kawan…..
“Dia tu tau sume benda….Pandai 'kautim' tu…..”
Tapi kalau ‘kautim’ yang dimaksudkan ialah menipu apa gunanaya? Pandai ke dengan cara menipu? Itu ke yang diistilahkan pandai?
Pandai menyusahkan orang lain....... mungkin agaknya…..Tapi ingat sesuatu…..
‘Sepandai2 tupai melompat…akhirnya jatuh ke tanah juga’……:)
Bila kita sibuk2 discuss ‘dia’ sibuk dengan ‘dunia’ dia sendiri. Cakap berapi2 ; macam banyak sangat ilmu ….macam tau semua perkara.
Sekarang ‘dia’ jugalah yang macam tikus …senyap je. Buat kerja pun dah tak tentu hala. Yelah orang lain sume dah submit ; 'dia' je yang sibuk buat keja last minute! Sumenya serba tak kena ….sumenyer serba tak betul belaka.
Dah orang kata jangan suka buat kerja last minute ; tapi last minute itu juga yang ‘dia’ suka….Sudahnya kepala sendiri yang sakit ….hu3……
P/S: Itu sebab jangan suka kerja bertangguh. Buat sikt..lama2 siap juga. Daripada nanti2…sudahnya tak siap langsung….
Beberapa minit je lagi ke pukul 4:30. Mesti my hubby dah kuar dan on the way ke office ni untuk jemput aku. Hari ni ada driver yang menghantar dan menjemput. Rasa macam tuan besar plak…heh3….
Tapi untuk hari ni je. Esok kembali berdikari dan lone ranger. Hari ni sebab my hubby nak servis keta je tu yang aku tak leh nak bawak keta tu…
So, selamat meneruskan tugas hingga ke masa penamat ye kengkawan sume. Aku balik dulu…..hu3….
P/S: Jangan lupa offkan suis computer tu……hu3…..