UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Sakit mata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit mata. Papar semua catatan

Selasa, 21 Disember 2010

KEMBALI BEKERJA

Hari ni aku kembali bekerja macam biasa setelah 2-3 hari sakit mata. Semalam MC ; sakit mata dan demam sekali. Malas nak MC lagi. Aku gagahkan juga pegi keja. Sakit mata dah beransur okay. Cuma agak sensitif dengan cuaca panas.......Kat luar kena pakai spek hitam le jawabnya.Kat office kalau pakai jugak.....ada plak yang tak kenal nanti....hu3......

Dah breakfast? Aku tak sempat nak breakfast kat umah tadi. Bawak je ke office ; Air susu dan roti dengan sosej. Simple tapi yang penting berkhasiat....Heh3.......

Hari ni maybe tak de kesempatan sangat nak BW. Ada 2-3 orang member yang bercuti dan berkursus. Officemate aku yang preggie hari tu dah selamat bersalin hari Sabtu lepas. Dapat baby boy....Seronok dengar orang dapat baby. Semoga dia bahagia dengan kehadiran 'orang baru' tu bersama suami tercinta....:)

Isnin, 20 Disember 2010

MC ; SAKIT MATA

Selamat petang. Agak lewat update hari nih.... Hari ni MC ; setelah beberapa hari sakit mata , hari ni aku terpaksa jumpa doktor . Doktor kata ada infection....may be faktor cuaca panas juga menyebabkan mata jadi sakit.

So untuk beberapa hari ni aku tak boleh pakai lens ; dinasihatkan supaya pakai cermin mata je sampai sakit mata betul2 dah okay......Maybe sebab semalam aku pakai lens masa pegi KL shopping barang2 sekolah untuk my princess tu.

Sambil update blog ni pun smbil kedip2 mata....Hu3.......Yang penting update........:)

Rabu, 15 Disember 2010

KENYIT2 MATA

Ape citer plak aku kenyit2 mata malam nih.......Hu3.......Bukan kenyit2 mata nak mengorat ; tapi kenyit2 mata sebab mata aku ni rasa sakit semacam je. Pedih plak terkena cahaya kat monitor nih.......

Tapi gigih gak nak mengupdate juga. Tak senang je hati ni kalau tak update. Tak pelah pelan2 buat kannnnnnn......At least ada gak buat.

Daripada aku kenyit2 mata mengadap TV je.Mata sakit.......bertambah pedih. Baik update blog.......dapat gak 1 - 2 entry.......

P/S: Pelan2 ...tak dapat banyak ; buat sikit dari tak buat langsung....:)

MATA AKU MERAH LAGI

Semalam aku ada citer tentang mata aku rasa sakit. So petang semalam my hubby belikan lah ubat untuk wife kesayangan dia ni....* perasan sensorang....he3........*

Pagi tadi dah okay sikit lepas akau titiskan ubat tu 2 kali malam tadi.......Tapi sekarang ni aku rasa sakit balik. Merah semacam je. Risau gak nih.......

Kalau tak okay juga, memang aku kena pegi jumpa doktor jugak ni.......:(

Selasa, 14 Disember 2010

AKU SAKIT MATA ?

Tiba2 je mata rasa macam ada sesuatu. Macam rasa sepet sebelah. Tiba2 marah.....then okay sekejap. Kejap2 lagi rasa macam gatal2 plak........

ADAKAH AKU...........Sakit Mata?

P/S: Sakit mata.....hati pun turut sakit sebab susah bila nak bukak mata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs