KUALA LUMPUR - Dalang sindiket jurunikah palsu dikenali sebagai Pak Hashim yang terlepas dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Pantai Dalam di sini kelmarin akan terus diburu sehingga dia ditangkap.
Menurut sumber, bagi membantu usaha menangkapnya, Jawi memerlukan kerjasama dan maklumat daripada orang awam bagi mempercepatkan tangkapan ke atas Pak Hashim.
"Kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Pak Hashim sila salurkan ke Jawi bagi membantu siasatan.
"Maklumat yang disalurkan amat penting dan berguna kepada pihak kami dalam menjalankan usaha memburu individu licik seperti itu," katanya kepada Kosmo! semalam.
* Sumber : KOSMO
Semua pun nak dipalsukan sekarang ni....macam2 hal!