UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kuala Perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Perlis. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Jun 2010

YeAhhhhhhhh !!!!!! SaMpAi Di KuALa PeRLiS

Sampai juga akhirnya aku ke Kuala Perlis.....Sedikit info ye.....

Kuala Perlis adalah sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis. Juga di kenali sebagai pintu masuk ke Langkawi. Ada juga yang ke Langkawi melalui Kuala Kedah.....Macam masa aku pegi Honeymoon bulan April hari tu..... he3......

Kuala Perlis ni terkenal dengan laksanya, selain daripada makanan laut yang segar dan murah ( tapi aku tak pekena laksa pun.....coz dah pekena yang lain....nanti aku cite ).


Perjalanan we alls ke situ bermula dari Changlun. Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak 42 km dari Bandar Raya Alor Star. Asal usul perkataan Changlun adalah daripada bahasa Thai yang bermaksud Gajah (Chang), jatuh (lun).

Bermula sebagai sebuah pekan kecil, bandar ini terus berkembang . Tambahan pula dengan wujudnya Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS). Dengan menggunakan Lebuhraya ini......perjalanan ke Kuala Perlis lebih pantas. Yang penting.....TIADA TOL.....he3.....

Lokasi pekan Changlun memang strategik, kerana menjadi laluan utama ke Sempadan Malaysia - Thailand di Utara, Kampus UUM Sintok di Timur dan Alor Star di Selatan.

~ PUTRA BRASMANA HOTEL, Kuala Perlis

Kepada yang inginkan lebih keselesaan....boleh lah check - in kat Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Nampak cantik jerk landskapnya. Betul2 berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. Soal makan tak perlu risau....sebab banyak gerai2 makanan disediakan di Jeti berkenaan.....Dan memang banyak pilihan....Yummi yummi.......

* To be continue....

Khamis, 17 Jun 2010

JaLaN2 CaRi MaKaN

~ Ready to go.......hu3....

~ Sawah padi yang terbentang luas

Selesai mandi dan relax2 sekejap, we alls pun mulakan perjalanan ke tempat yang dituju. Hujan pun dah mula turun. lebat juga, sampai tak berapa clear keadaan jalanraya. Tapi tak lama.....Lebih kurang 10 minit sampailah kami ke destinasi....Kuala Perlis.....Sepanjang jalan ke situ, sawah padi adalah pemandangan wajib yang bese.... Dah nama pun Negeri Jelapang Padi.


~ My princess

~ Tak lepas peluang posing atas batu2 kat tepi Pantai Kuala Perlis.....

Sampai jerk kat tepi pantai tu....first thing yang perlu dibuat...apalagi kalau bukan amik gambor...he3....... Kebetulan kat situ banyak gerai2 yang didirikan untuk menjual makanan dan minuman ringan. yang paling beshhhhnya....Pelbagai jenis nuget dan sosej yang dibakar. Kita boleh pilih sendiri dan terus bakar kat situ juga.Memang sedap rasanya. Kepak ayam panggang dan jagung bakar pun ada.

~ Standing from in front: My hubby, my BIL, my sista, my mum & my princess...

~ Gerai menjual minuman & makanan ringan

So, sambil2 meratah ayam, nugget, jagung bakar .....boleh posing amik gambor lagi. Yang pastinya, memang enjoy saat tu..... tak caya, tengok jelah gambor ni sume ek......hu3......

Sebenarnya ada satu destinasi yang penting untuk we alls terjah selepas ni.....Nak tau..... tunggu entry seterusnya......

* To be continue
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs