UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Ketam masak lemak cili api. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketam masak lemak cili api. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

MENU BERBUKA 9 RAMADAN ; KETAM MASAK LEMAK CILI API DAN CENDAWAN TUMIS AIR

Menu berbuka 9 Ramadan

Dah masuk 14 Ramadan ....dan baru hari ni ada kesempatan nak citer tentang juadah berbuka 9 Ramadan. He3......Ke'busy'an yang melampau...:)

So, hari tu kebetulan ada officemate yang jual cendawan. Aku pon dah lama tak masak sayur cendawan. Aku memang sker cendawan. Kalau tak masak sup aku akan masak cam gini je ; Cendawan Tumis Air .

Lauknya plak Ketam Masak Lemak Cili Api. Kebetulan my hubby n my princess pon sker lauk nih ......so senang le keje aku ; tak payah nak sediakan macam2 menu lagi....

Kalau ada yang nak try masak ketam cam gini bolehle jenguk2 kat SINI....:)

Ahad, 22 Ogos 2010

2nd EKSPERIMEN SUCCESS.......KETAM MASAK LEMAK CILI API

~ Bahan utama......of course le .....ketam (yang segar tau......he3....)


Setelah lama menanti.......dengan line yang lembap @ terhegeh2......berjaya gak aku upload gambar. Sabor jelah. Sib baik tak offline.......Kalau tak aku sumpah broadband jadi ketam hari ni! Hu3......

Semalam.......2nd eksperimen aku menjadik. Alhamdulillah.......jadi juga Ketam Masak Lemak Cili Api aku. Seriously, aku tak penah masak menu ni. Tapi my hubby dah banyak kali request akum masak, so aku yang menurut perintah.....follow jelah.......Selalu aku beli yang dah siap jerkkkkk.......Tetiba, teringat My princess......dia memang sker menu ni. Nanti ada masa aku masakkan untuk dia plak!

So, nak masak ketam ni ikut citarasa aku ye........ cam bese......bahan2 nyer:-

  • Ketam yang segar ; disiang & dibersihkan ( 3 ekor)
  • Santan (dari 1 biji kelapa - asingkan santan pekat dengan santan cair)
  • Bawang merah (2 biji)
  • Cili padi (6-7 biji ; ikut sker......aku & my hubby tak berapa sker pedas sangat.....)
  • Kunyit hidup (1 inci)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun kunyit
  • Asam keping (1 keping ; yang kecik jerk...)
  • Garam dan serbuk perasa

~ 2nd Chef of The Day......My hubby....:)

~ My hubby tolong siang ketam......

Jangan tak tau.....beliau inilah yang tolong siang ketam tu.....coz.......psssssttttttttt, jangan citer kat orang, aku tak pandai nak siang ketam. Takut2 kalau aku siang.....dah tak tinggal ape dah ketam tu....kah3......Tak tau mana satu nak potong! So thanks a lot for u my dear......mmmmuahhhhhhhhh!

~ Bahan2 yang diperlukan........

Tugas aku ialah ...sediakan bahan2 lain dan masak...........

~ Santan pekat

~ Santan cair

Satu lagi......jangan lupa santan pekat dan santan cair kena asingkan ye......... Jangan tersilap pulak.

~ Bahan2 yang telah ditumbuk


Cara nak masak menu ni.........senang jerk:-

  1. Tumbuk lumat cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.
  2. Masukkan ketam yang dah dibersihkan ke dalam periuk bersama bahan2 yang ditumbuk tadi.Pastikan api perlahan dan tunggu sampai air ketam agak kering setelah digaul dengan bahan2 tumbuk tu.
  3. Bila dah mula kering, masukkan santan cair dulu.Masukkan juga serai dan daun kunyit.
  4. Kacau perlahan2 ( boleh la kuatkan api sikit untuk kuah mendidih)
  5. Bila dah mendidih, masukkan pula santan pekat. Perlahankan api dan kacau pelahan.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Bila dah sesuai rasa nya, masukkan pulak asam keping.
  7. Tunggu sebentar. Bila dah masak bolehlah dihidangkan

~ Dah masak boleh le dihidangkan......KETAM MASAK LEMAK CILI API


Dah pun siap. Senang jerk kan? Ada resepi sume senang. Seronok masak sendiri, coz boleh masak ikut sesedap rasa. Jimat pun ia juga.Ketam masak lemak ni kalau beli dah siap.....seekor RM6. Beli yang mentah 3 ekor RM12. So, jimat lah sikitkan.Lagi2 untuk keluarga yang besor tu.

Selamat mencuba ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs