UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Kelemahan manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelemahan manusia. Papar semua catatan

Rabu, 9 Februari 2011

'TULAH ...AKU DAH KATA......."

Kita sker menilai seseorang dari luarannya. Tapi dalamannya kita sendiri pon belum betul2 mengenalinya. So, jangan lah kita mudah menghukum seseorang hanya dengan satu kesalahan atau perkara kurang elok yang dibuatnya, entah2 sebelum kita kenal dengan dia banyak dah kebaikan yang dia buat tanpa kita tahu.

Lagi pun sape kita ni nak mengadili dia. Kita pun bukan sape2 untuk kata kita berhak mengadili.....Muhasabah diri itu yang sepatutnya. Kalau kesilapan itu memang dia yang lakukan....mungkin kelemahannya sebagai manusia dan kita doakan agar dia tak buat silap lagi.....bukannya dok terus kata..." Tulah, aku dah kata dia tu memang teruk..."

Walhal, itulah kali pertama kita berdepan dengan kesalahannya. Kita bukannya ada hak untuk menuding jari cam gitu. Ingat dalam menuding jari pada orang lain...4 jari lagi menghala ke arah kita. Jangan kita lupa atau buat2 lupa. Satu masa kita mungkin boleh 'tersilap' juga. Yelah kita ni kan manusia biasa. Mana ada yang sempurna.

Tepek le bedak mahal jenama M.A.C ker hape ke (itu je aku nak sebut sebab itu je yang aku penah guna..hu3....) Lipstick jenama CD ker......Memang muka nampak cantik halus sempurna...tapi dalaman...sikap kita....boleh di 'cover' juga ke?

Jadinya.....berfikir2 lah kita sebelum kata...."TULAH....AKU DAH KATA DIA TU MEMANG TERUK"....

Jumaat, 24 Disember 2010

MARAH .... JANGAN SERKAP JARANG

Kenapa kita mudah menilai orang lain akan kemarahan mereka...Sedangkan bila kita marah ; orang lain pula yang akan menilai diri kita?

Marah adalah suata perkara yang biasa dengan kita manusia. Yelah mana ada masa yang kita asyik suka je ; mesti ada satu2 masa kita akan merasa marah juga. Kita manusia biasa yang punya kelemahan ; dan sikap marah adalah salah satu kelemahan kita..

So, kesimpulannya jangan mudah menuduh orang lain tu asyik nak marah2 je tanpa usul periksa. Mungkin ada yang sesuatu yang mengganggu dia yang kita tidak tahu....Kerana kita pun ada kalanya tau marah juga.....


P/S: Bak kata orang .....cakap siang pandang2.....cakap malam dengar2.....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs