UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Mangsa kemalangan ngeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangsa kemalangan ngeri. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Disember 2010

SOLAT UNTUK MANGSA2 KEMALANGAN BAS JATUH GAUNG

Pukul 2:45 petang masuk office semula. Tadi di masjid ; my hubby kata ada didirikan solat gahib untuk mangsa2 kemalangan semalam. Yelah walaupun berlainan institusi kami tetap di bawah jabatan yang sama.

Ada orang tak faham sangat dengan apa yang diistilahkan solat ghaib ni (termasuk le aku sendiri) Apa yang dijelaskann oleh seorang teman ; solat ghaib bermaksud (lebih kurang maksudnya....) solat yang didirikan sebagai doa dan 'sedekah' kepada si mati yang tidak ada jasadnya di hadapan kita.

Macam tulah lebih kurang maknanya solat ghaib nih. Kalau aku kurang tepat mintak maaf ye; kalau ada yang boleh menerangkan tentang solat ghaib ni , sudilah kiranya kita share sama-sama.......

BACAAN YASSIN DAN MINUM PAGI

Alhamdulillah, baru lepas minum pagi. Sebelum tu sempat juga aku ke Majlis Bacaan Yassin & Tahlil tadi. Sayu je hati sepanjang majlis tu....

Teringat kan mangsa2 kemalangan yang terlibat. Dan juga teringat kan aruah abah aku ; yang dah 16 tahun meninggalkan aku dan adik2 .Kerana kemalangan jalan raya juga.

Tu yang buat aku seriau sangat bila ada kes2 kemalangan jalan raya nih.......Orang yang dah melauinya je yang akan merasai....:(


P/S: Kalaulah abah masih ada...............................:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs