Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.
JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.
Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.
Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara.
*Sumber : Berita Harian Online
8 ulasan:
super power sungguh jaringan dia semalam..taniah n.9..memang skong n.9 semalam..hi3.
dah den koba an, noghi den memang handaaaa! heeeeeeeeehe
MANA-MANA MENANG TIDAK MEMBAWA SEBARANG ERTI KEPADA SAYA KERANA SAYA ORANG MELAKA. NAMUN, SAYA MENYOKONG KEDUA-DUA PASUKAN KERANA MEMANG SELAYAKNYA MEREKA KE PERINGKAT AKHIR.
PADA PERLAWANAN TEMPOH HARI, SAYA MENJANGKAKAN TERENGGANU YANG AKAN MENANG..
uiks! layan bola ke? macam xpecayalah! hmm..
Tahniah!
tahnia negeri sembilan ;)
tak minat bola sangat...
xper... nak wat camane. tu laa adat permainan, ada menang kalah. esok2 giliran org lain pulak akan merasa kemenangan tu.
Catat Ulasan