UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Menu makan tengahari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu makan tengahari. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

SAMBAL UDANG FOR MY PRINCESS

Semalam terbaca entry kat blog kakchik@ella (DARI JARI JARI HALUSKU)....tentang Butter Prawn yang dia masak untuk bodyguard dia .Rasa macam teringin plak nak makan udang.

So, petang semalam lepas balik keja aku pon terus ke Pasar Malam kat PRIMA SAUJANA. Cari udang yang fresh2 dan murah kat situ. Teringin nak buat Butter Prawn .....tapi tak reti......*shhhhhhhh...jangan citer kat orang ek....*

Jadi aku masakle Sambal Udang ni untuk lauk makan t/hari my princess hari ni.




RESEPI SAMBAL UDANG VERSI AZZEYATIN:-

Udang (yang sederhana besar tu) 10-12 ekor
Cili kering 10 biji
Bawang besar 1 1/2 biji (1 biji dimayang dan 1/2 biji lagi dikisar)
Bawang merah 4-5 biji
Bawang putih 2 ulas
Air secukupnya
Asam keping (sekeping)
Garam dan serbuk perasa


CARA-CARA MEMASAKNYA :-

1. Udang dibersihkan
2. Tumiskan bahan2 yang dikisar bersama sehingga naik bau
3. Masukkan sedikit air dan asam keping.Kacau2 sampai mendidih
4. Masukkan udang dan kacau2 lagi sampai udang masak. Perlahankan api
5. Taburkan dengan bawang besar yang dimayang dan kacau bersama2 udang tadi
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
6. Bila dah masak boleh lah dihidangkan


Selamat mencuba.....:)

Khamis, 23 Disember 2010

MAKAN TENGAHARI DI PETANG HARI

Baru jelepas makan. Nasi berlaukkan ikan bilis goreng dengan bawang dan timun sebagai ulam. Makan dengan Kicap Kipas Udang......Nasi panas2 ; sedapppppppp........Tau2 kenyang je.. :)

Tengahari tadi tak makan ; tak sempat. Sempat masakkan my princess je. Kelam kabut sikit coz pegi belikan buku2 sekolah dia. Hari ni pun agak busy ; tu yang tak dapat nak update sesangat tu..hu3..

Sekarang baru ada masa nak update lagi dan BW. Sementara tunggu my hubby balik. Boleh minum petang sama2. Petang ni goreng keropok lekor dan buat air teh 'O'panas.....okay kot.. he3..


P/S: Malam ni nak tengok citer JANIN kat Alamanda......Ada sape2 nak join ??? Heh3..

Khamis, 16 Disember 2010

NASI PUTIH DAN SAYUR NANGKA MASAK LEMAK

Baru lepas lunch. Kat rumah tak sempat ; sibuk melayan kerenah my princess yang tengah update blgo dia. Tapau je nasi berlaukkan ayam goreng dan Sayur Nangka Masak Lemak.......Ada ikan masin sikit yang digoreng pagi tadi.

Alhamdulillah kenyang juga. Line tenet kat umah okay.....means memang kat office aku ni yang tak de access pagi tadi. sekarang dah okay. Risau gak takut2 lappy problem........Bukan sikit RM tu....hu3......

Korang mesti dah makan. Ada ke yang makan kat McD tadi??? Heh3......

Jumaat, 10 Disember 2010

MEE SEGERA PUN BOLEHLAH.........

Plan nak masak nasi goreng. Sekali tengok2 nasi dah basi. Cepat sangat nasi jadi basi.....Sudahnya aku masak je Mee Segera . Maukkan cili padi dan bawang dan 1 biji telur......

Alhamdulillah kenyang juga. Sesekali makan mee segera tak pelah ; lagipun dah lama tak makan mee segera......:)

Cepat sangat masa berlalu. Tengok jam dah pun pukul 1.40 tengahari. Sunyi je kat luar tu. Hari Jumaat kannnnnn. Ramai yang masih kat masjid ni........

Jumaat, 12 November 2010

KARI SOTONG

Kelmarin teringin nak makan Kari Sotong. Dah lama tak masak resepi nih. Nak masak pun senang je.......

Bahan-bahan:
  • 6-7 ekor sotong yang sederhana besar
  • Pati santan dari 1 biji kelapa
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit jintan putih
  • Daun kari
  • 1/2 paket serbuk kari
  • Sebatang kayu manis
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit gula, garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:
  1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  2. Bawang besar dipotong bulat
  3. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. kemudian masukkan jintan putih, kayu manis dan daun kari. Tumiskan bersama
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula dan garam. Tumiskan sebentar dan masukkan pula bawang besar yang dah dipotong bulat tadi.
  6. Kemudian masukkan pati santan dan kacau. Perlahankan api. Masukkan juga sotong. Bila kuah mendidih masukkan asam keping.
  7. Kacau-kacau dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa.
  8. Setelah masak bolehlah dihidangkan.

~ Kari Sotong......Sedap dimakan dengan nasi putih yang panas2 dan kicap!

~ Menu lain.......Ikan masin, telur dadar dan Kangkung goreng dengan cili padi.......


PS: Pssssssssssssssssssssssttttttttttttttttttt......nak tanya ni......Korang dah makan ke? Heh3......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs