UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Ayam goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam goreng. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2011

NASI GORENG AYAM



Ini menu dinner kelmarin. Hasil air tangan my hubby. Hari tu Nasi Goreng Kampung. Kelmarin Nasi Goreng Ayam dan Ayam Goreng. Ha3.....Berapa banyak ayam goreng ; goreng ayam daaaaaaaaaaaaaaa.

Beselah bila si wife nya ni penat ; dia akan ambil alih untuk tolong memasak. Bersilat le dia kat dapur sorang2. Sebab my hubby ni kalau dia buat keja kat dapur ; dia tak sker orang lain tolong......Aku sker je.

Dia nak menggoreng hari2 pun aku redha je. At least aku boleh rehat dan rehat sepuas2nya.....


* Nasi Goreng makan sesekali okay le pada aku.....Kalau selalu jemu juga. Korang tadi makan apa?

Jumaat, 31 Disember 2010

LUNCH FOR TODAY !

~ Menu of the Day.......


Hari cuti hari ni yang membolehkan aku masak untuk my family. So lunch hari ni was my own cooking hokay. Nasi putih , berlaukkan ayam goreng, sambal tumis udang dan sayur bayam masak lemak.....

Alhamdulilah, syukur dengan rezeki dari-Nya . Mudah2an terus dilimpahkan rezeki yang baik untuk masa2 akan datang kannnnnn.....Korang dah lunch?

Ape menu lunch hari ni....?

Isnin, 27 Disember 2010

LUNCH DENGAN NASI DAN GULAI NANGKA …….ALHAMDULILLAH

Baru lepas lunch. Ha3…dah pukul 3 lebih baru nak lunch…….Yelah sebab tadi aku tak balik umah ; so my hubby just tapaukan je aku nasi ngan Gulai Nangka, Ayam goreng dan telur masin. Makan plak dengan kicap Kipas Udang ; yang jadi favourite aku tu…..Memang sedap….

Alhamdulillah nak sambung kerja semula. Yelah kan waktu kerja ni ; macam aku citer pagi tadi. Kita ni pekerja yang diamanahkan dengan tanggungjawab dan dibayar upah. So kenalah laksanakan tanggungjawab sebagai pekerja tu….:)


P/S: Tak lama lagi pukul 4:30 petang. Dah boleh balik……..Plan nak join senamrobik petang ni kat office, tapi teringat nak belikan kain sekolah untuk my princess plak….

Ahad, 29 Ogos 2010

DAPAT JUGA MAKAN PECAL AKHIRNYA.....

~ Dapat gak makan pecal untuk berbuka.....RM3.50


Sebelum ni aku ada citer tentang teringin nak makan pecal untuk berbuka. Tapi hari tu tak de rezeki agaknya......puas gak pusing satu PARAM.......peacal nan ado! So, semalam ; 18 Ramadan aku tak plan........jumpa pulak dengan pecal ni.

Sedap juga rasanya. Harga RM3.50. Mahal ke? Dari segi rasa okay......cuma kuahnya tu macam sikit sangat. Beselah kan orang berniaga. Kita yang nak makan ni, tak de pilihan ......beli jelah. Nak buat malas! Ha3...........

~ Ayam goreng


Selain tu......aku goreng ayam, untuk tambah2 lauk. Lately sker plak makan ayam goreng. Tapi tak sker yang bersalut tepung. Sker yang goreng bese jerk. Lagi2 kalau makan panas2 dengan nasi panas. Fuh! Memang marvelous!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jumaat, 27 Ogos 2010

PECAL PUN SEDAP UNTUK JUADAH BERBUKA

Petang rasa macam nak berbuka dengan pecal. Sedap juga makan dengan nasi panas2 dan ayam goreng.

Pecal beli je kat PARAM......Ayam goreng tu wat sendiri. Lagi sedap dan berbaloi2.........Tak delah sume pun nak beli . Separuh beli dan separuh lagi masak.

Lagi pun hari ni rasa letih sangat. May be sebab pagi tadi tak bersahur dengan nasi. Rasa tak selera. So, aku just makan kurma dan minum air jerk. Tu yang rasa lemah semacam tu.Tetiba je rasa nak makan pecal, coz 2 -3 hari bila pusing2 kat PARAM asyik ternampak pecal je........

Mintak2 adalah petang ni. 2-3 hari ni pun tengok kat PARAM makin ramai yang tak berniaga. Agaknya dah terkena 'angin raya' kot........hu3......

Sabtu, 14 Ogos 2010

MEMANG PUAS HATI !!!

~ Juadah berbuka hari ke-3, semalam.....Ayam goreng, ayam goreng bertepung, sup ayam wif sambal kicap, ikan masin goreng dan kari udang


Memang puas hati! ........Tapi apa yang puas hati? Ha3.....Puas hati bila masak sendiri. Boleh masak ikut sker. Bukan nak kata aku masak sedap, tapi bila masak sendiri, boleh ikut citarasa kita.....Nak pedas ke, nak masin ke, nak masam ke......Pas tu boleh jimat belanja!

So, semalam (ha3.......semalam punyer, hari ni baru nak citer....), aku masak Sup Ayam wif Sambal kicap, Ayam goreng, Ayam goreng bertepung dan ikan masin goreng. Masak untuk bersahur sekali!

~ Sup ayam sedang dimasak......

~ Sup ayam

This Ramadan aku dah plan kurangkan membeli.....banyakkan masak sendiri. Plus yang jual kat bazar tu tak berapa menepati citarasa aku. Tapi FYI.....bukan sebab aku masak sedap dari apa yang ada kat bazar tu.....cuma apa yang ada tun kat bazar tak menepati selera aku.....

You all plak macam mana???

Khamis, 29 Julai 2010

CiTeR PaSaL MaKaN

Cite pasal makan.....teringat lunch hari nih. Tetiba jerk rasa cam nak makan Rojak Ayam yang agak popular kat tempat aku nih. Sejenis rojak yang bese juga.....cuma di tambah dengan ayam goreng.


~ Jom Makan.....By google
Tapi hari ni punya roak..... tak memenuhi citarasa aku.....coz ayamnya yang tak digoreng garing. Isi ayamnya rasa tak berapa sedap. Selalu aku boleh habiskan...Tapi hari ni aku cuma makan rojak tanpa ayam goreng!
Pelik la orang berniaga ni.....bila dah laku...bila dah ramai customer....mulalah tak jaga dari segi kualiti makanan. Tu yang boleh buat orang 'lari' dan tak nak datang lagi....Macam aku. Rasa bengang je bila selera nak makan tengah ada....tapi makanan yang kita teringin....tak seperti yang kita harapkan!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs