UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Juadah berbuka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juadah berbuka. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

PASAR RAMADAN (PARAM) ; PRIMA SAUJANA, KAJANG

Air yang kaler merah dan ada buah2an kat dalam tu favourite my princess ; AIR TROPICANA FRUIT (RM2.50)

Memang ramai orang kat Pasar Ramadan (PARAM) ni.

Petang semalam lepas amik my princess dari sekolah ( bulan pose ni budak2 sekolah balik awal ; pukul 5:30 petang), we alls terus ke PARAM yang berdekatan. Kat Prima Saujana. Plan asalnya nak cuba PARAM kat tempat lain plak ...tapi masa tak mengizinkan coz aku nak masak lauk lagi, nanti takut tak sempat.

PARAM ni je yang agak dekat dengan area umah aku, tu yang selalu ke sini je. Actually aku bukan nak cari lauk pon , cuma sker kuih buah Melaka yang ada satu gerai tu jual. Sedap ; lemak , lembut dan manis je. Bukan tak reti nak buat kuih ni sendiri tapi beselah kan.....busy...:P

Korang selalu ke beli juadah kat PARAM?




Jumaat, 27 Ogos 2010

PUASA TANPA TAHU JUADAH BERBUKA

Dah masuk hari yang ke - 17 kita berpuasa. Setiap hari bila sampai je waktu berbuka, pelbagai juadah berbuka terhidang di depan mata. Tak kiralah.....yang kita beli atau pon yang dimasak sendiri.

Tetapi bagaimana dengan nasib 'orang2' yang berpuasa tanpa tahu juadah berbuka. 'Orang2' yang aku maksudkan ini adalah seperti fakir miskin, anak2 yatim yang terbiar, orang2 yang kurang kemampuan dan seumpamanya. Kasihan bila mengenangkan nasib mereka2 ini.

Jadi, sebaiknya bagi kita yang ada rezeki lebih dan berkemampuan, hulur2kanlah bantuan kepada mereka2 ini. Kerana kalau kita ni kadang2 merungut dengan menu yang sama sahaja, jemu dengan juadah yang ada......tapi mereka ini jangan kan nak merasa apa yang teringin untuk dimakan......tapi untuk memikirkan juadah kegemaran pun jauh sekali!

Bulan Ramadan bulan keinsafan........Sama2lah kita menginsafi diri dan mensyukuri nikmat byang ada dengan berkongsi bersama2 merka yang memerlukan........

Sabtu, 14 Ogos 2010

MEMANG PUAS HATI !!!

~ Juadah berbuka hari ke-3, semalam.....Ayam goreng, ayam goreng bertepung, sup ayam wif sambal kicap, ikan masin goreng dan kari udang


Memang puas hati! ........Tapi apa yang puas hati? Ha3.....Puas hati bila masak sendiri. Boleh masak ikut sker. Bukan nak kata aku masak sedap, tapi bila masak sendiri, boleh ikut citarasa kita.....Nak pedas ke, nak masin ke, nak masam ke......Pas tu boleh jimat belanja!

So, semalam (ha3.......semalam punyer, hari ni baru nak citer....), aku masak Sup Ayam wif Sambal kicap, Ayam goreng, Ayam goreng bertepung dan ikan masin goreng. Masak untuk bersahur sekali!

~ Sup ayam sedang dimasak......

~ Sup ayam

This Ramadan aku dah plan kurangkan membeli.....banyakkan masak sendiri. Plus yang jual kat bazar tu tak berapa menepati citarasa aku. Tapi FYI.....bukan sebab aku masak sedap dari apa yang ada kat bazar tu.....cuma apa yang ada tun kat bazar tak menepati selera aku.....

You all plak macam mana???

Jumaat, 13 Ogos 2010

LEBIH BEST MASAK SENDIRI.....

Sementara nak tunggu waktu berbuka......sempat lagi aku update blog. Dah masuk 3 hari pose.....aku tak sempat lagi jengah bazar Ramadan, walhal kat sini punyer le banyak bazar! Bukan ape.....so far aku prefer masak sendiri. Lebih jimat dan menepati citarasa aku.....hu3....

Baru hari ni first time beli kuih kat bazar.......Tu pon sebab rasa teringin nak makan kuih......Nak harap aku buat sendiri.......jangan harap le ye.....he3.

So, selamat berbuka puasa ye!

Ahad, 1 Ogos 2010

PeRtUkArAn WaKtU KeRjA

~ Tq Google

Sempena bulan Ramadahan ( bulan pose ) ni, aku dah apply untuk tukar waktu keje. Dari 7: 30 pagi - 4:30 petang. Sebelum ni dari 8:00 pagi - 5:00 petang. So, aku boleh balik awal. Boleh get preapare untuk juadah berbuka.

Memang banyak bazar Ramadahn kat sini. Nak makan ape pon....tunjuk je....pas tu bayor. Tapi kekadang jemu juga kalau everyday asyik2 menu yang lebih kurang sama. So, kalau balik awal, banyak masa untuk masak sendiri kat rumah!

Aku apply pertukaran waktu keje ni untuk bulan2 seterusnya. Hopefully dapat kelulusan lah hendaknya!

p/s: Tak sabor nak tunggu bulan pose.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs